Thursday, January 9, 2020

JOM LATIH SENYUM DEPAN KAMERA!

Bismillahirrahmanirrahim.

Contoh gambar kelas Semester 1 2019

Kita sudahpun berada di minggu kedua sesi persekolahan 2020 di semua tadika MyBISTARI GROUP. Setakat dua minggu ini juga bermacam cerita suka, duka, gembira dan lucu yang dikongsikan oleh para guru dan ibu bapa. Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita sama ada di whatsapp group dan juga di media sosial. Diharap para ibu bapa yang baru memasuki alam persekolahan anak-anak telahpun mula mendapat rentak perjalanan persekolahan anak-anak. Minggu ini juga, silibus mula dijalankan. Ini bermakna, murid-murid akan mula diberi ‘homework’ dan juga akan direkodkan prestasi bacaannya. Jangan pening ya, ibu.. ayah.. kita nikmati perkembangan awal anak-anak ini bersama-sama.

Minggu hadapan akan diadakan aktiviti pertama murid-murid bersama kami, iaitu Sesi Fotografi Semester 1 2020. Kami akan bergerak ke setiap tadika mengikut jadual yang telah ditetapkan untuk mengambil gambar kelas (5 dan 6 tahun) dan juga gambar individu bagi murid-murid 5 tahun. Kami amat berharap murid-murid dapat hadir ke tadika pada hari sesi fotografi. Untuk makluman, gambar kelas yang bakal diambil ini akan dipaparkan di laman web kami seperti tahun-tahun yang sudah. 

Di sini kami kongsikan gelagat anak-anak murid pada tahun lepas semasa sesi fotografi diadakan.

Mari sini, awak semua kena berdiri bahagian belakang.

Kepala kena tegak, pandang ke kamera.

Mari cikgu betulkan butang baju awak ni. Nak terbuka dah ni.

Ok semua, mari kemari beratur untuk ambil gambar!

Kita je ke? Yang perempuan mana? Tak siap lagi bersolek agaknya.

Alamak, macamana nak sebut nama murid ni eh Cikgu Shafiqah?

Beratur ambil gambar individu untuk dimuatnaik di Asis.

Ok, sedia.. satu.. dua.. tiga..!

Cikgu, saya rasa reben saya ni senget ah.

Mak saya kata side profile saya handsome, kita ambil macam ni boleh, cikgu?

Kami juga kongsikan video himpunan gambar-gambar kelas Semester 1 2019 yang lalu.



Pastikan anak-anak hadir ke tadika dalam keadaan kemas ya. Bagi lelaki jika boleh biar tersikat rapi rambutnya dan bagi yang perempuan pula jika  tidak bertudung, pastikan rambut diikat atau dipakaikan skaf rambut. Kerjasama dari pihak ibu bapa amat kami hargai. 

Jom latih anak-anak senyum depan kamera!

~Cikgu Norifah~


0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon