Monday, December 30, 2019

2020, DIMULAKAN DENGAN BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.


Bismillahirrahmanirrahim.

Selamat kembali ke tadika semua warga MyBISTARI GROUP!

“Cikgu, kasut hitam tak beli lagi, anak saya guna kasut putih lagi boleh?”
“Cikgu, tudung nak masukkan ke dalam atau biarkan di luar?”
“Cikgu, nama sulam ni tampal belah mana ya?”
“Cikgu, kenapa ada baju senaman yang hijau?”
“Cikgu, bila anak saya nak dapat uniform?”

Dan bermacam lagi soalan yang kami terima sepanjang minggu terakhir sebelum bermulanya sesi 2020. Selagi tak bermulanya sesi 2020, selagi itulah akan timbul bermacam soalan dari pihak ibu bapa. Di dalam kesibukan menyiapkan segala kelengkapan untuk menerima murid-murid baru, perkara-perkara sebeginilah sedikit sebanyak memberi motivasi kepada kami. Kami dapat merasai keterujaan para ibu bapa dalam membuat persediaan untuk anak-anak memulakan fasa baru dalam kehidupan mereka. Ini sahaja sebenarnya sudah cukup buat kami rasa tak sabar-sabar menerima kedatangan murid-murid baru dan juga murid-murid lama yang bakal menjadi kakak dan abang senior. Terima kasih kami ucapkan kepada para ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama.

Terima kasih juga bagi pihak ibu bapa yang tolong menjawab segala persoalan di grup Whatsapp. Maklumlah, guru-guru kami ada masanya tak cukup masa untuk melihat mesej-mesej yang dihantar, lebih-lebih lagi jika dihantar ketika waktu bekerja.

Minggu ini sudah pun bermula sesi persekolahan 2020. Seperti biasa, kami akan awalkan tarikh permulaan persekolahan supaya tidak bertembung dengan tarikh awal persekolahan sekolah rendah dan menengah. Tujuan kami agar para ibu bapa tidak terkejar-kejar untuk menguruskan pendaftaran anak-anak.

Alhamdulillah, maklum balas yang kami terima dari pihak guru dan para ibu bapa, hari pertama persekolahan berjalan dengan lancar. Tetap akan ada murid yang menangis dan sukar untuk melepaskan ibu atau bapa mereka, dah namanya pun anak-anak tadika yang baru hendak belajar berjauhan dengan keluarga, keadaan ini akan berlaku saban tahun. Emosi anak-anak murid sepanjang minggu ini akan bercampur aduk, contohnya, ada yang teruja untuk menaiki van, ada juga yang takut dan menangis apabila tahu dia akan balik dengan van. Kami masih lagi menanti laporan dari pihak guru-guru berkenaan hari kedua persekolahan, iaitu bila murid-murid mula datang tadika dengan menaiki van tadika. Macam mana agaknya keadaan di setiap tadika kami ya?

Kami kongsikan di sini beberapa gambar sepanjang hari pertama sesi 2020.

Alamak, terlekat pula kesan lipstik mama kat pipi ni, mari mama lap. (TM)

Urusan dengan pihak van pula. (TM)

Ok jom kita nyanyi!! (TM)

Hi semua, saya dah mula sekolah! (TM)

Kawan-kawan semua, tengok depan ni, kawan
kita ni nak kenalkan diri. (TM)


Daftar dulu puan sebelum hantar anak ke kelas. (TS1)

Dah kena pakai nametag ni.. maksudnya dah kena masuk kelas ke? (TS1)

Sebentar ya, cikgu cari nametag awak dulu. (TS1)

Nanti hantar anak saya, tolong berhenti van betul-betul depan rumah ya. (TS1) 


Agaknya lagu apa yang cikgu tengah nyanyi dengan murid-murid ni ya? (TS1)

Murid-murid diajar cara turun tangga oleh Cikgu Fattin. (TS2)

Cikgu Baizura sedang mengajar cara mencuci tangan yang betul. (TS2)

Ok semua tadah tangan nak baca doa sebelum makan. (TS2)

Hasil kraftangan kami hari pertama, comel tak macam kami? (TS2)

Nanti dulu, cikgu tak panggil nama awak lagi. (TS2)
Eh, jangan lupa bawa masuk beg sekolah ni. (TKM)

Cuti sekolah haritu awak jalan-jalan pergi mana? (TKM)

Hmm.. ok.. macam senang je ni. (TKM)

Susun kasut elok-elok.. (TKM)

Aktiviti mengumpul buku-buku yang akan disimpan di tadika. (TKM)

Belon-belon cantik menanti kehadiran para ibu bapa dan murid-murid. (TIB)

Ok cikgu, dah jumpa nama anak saya. (TIB)

Puan check dulu, betul tak alamat yang tertulis tu. (TIB)

Hi semua! Jom belajar sama-sama! (TIB)

Setia menanti arahan seterusnya dari cikgu. (TIB)

Kaunter pendaftaran di TNPB.

Ok semua, dengar tak tadi dia sebut namanya apa? (TNPB)

Kami dah jadi abang dan kakak senior. (TNPB)

Jangan berebut.. kan cikgu dah pesan tadi, seorang demi seorang. (TNPB)

Kita nak nyanyi lagu apa lagi cikgu? (TNPB)

Masuk kelas jangan lupa susun kasut ya. (TIPB)

Comelnya dia.. (TIPB)

Ada tak anak-anak kawan yang sekelas eh? (TIPB)
Inilah tempat duduk saya untuk tahun ni. (TIPB)

Alhamdulillah, tiada yang menangis. (TIPB)
Murid-murid diajar cara menyusun kasut sekolah. (TMPB) 

Dengan adanya tanda nama ni, bermulalah hidup
saya sebagai anak murid di TMPB.

Tekun mendengar arahan yang diberi oleh guru. (TMPB)

Inilah kelas kami! (TMPB)

Tamat sudah hari pertama sesi 2020. (TMPB)

Wajah ceria guru-guru TIMB menanti kehadiran anak-anak murid.

Nametag ni pakai, jangan buka tau. (TIMB)

Beratur untuk mendengar penerangan dari guru. (TIMB)

Jangan lompat-lompat atas mangkuk tandas ni ya, bahaya. (TIMB)

Sesi memperkenalkan diri. (TIMB)
Kami kongsikan juga video awal  sesi 2020 untuk tatapan para ibu bapa.



Baru hari pertama, sudah bermacam ragam yang dikongsikan oleh para guru. Tak sabar kami hendak lalui hari-hari yang mendatang dengan anak-anak murid semua. Semoga pihak ibu bapa dan penjaga
sentiasa memberi sokongan dan kerjasama yang baik. Segala komen positif dan juga negatif diharap dapat terus diberikan dan disalurkan kepada kami di platform yang betul agar kami dapat memperbaiki segala kekurangan pihak kami dalam sama-sama mendidik anak-anak ini. 

Jom datang tadika!

~Cikgu Norifah~
















1 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon