Tuesday, December 3, 2019

IBU, AYAH! KAMI SUDAH MULA SEKOLAH!


Bismillahirrahmanirrahim.

Kenangan pertama dari beribu kenangan yang akan kami kongsi bersama. (TIB)

Cepatnya masa berlalu, sedar tak sedar kami sudahpun mulakan Pra Tadika 2020. Maaf kami tidak sempat untuk kemaskini blog untuk beberapa ketika kebelakangan ini. Masing-masing agak sibuk dengan kerja-kerja utama lain yang perlu kami selesaikan. Tapi jangan risau, segala gambar setiap event dan juga video, kami ada naikkan di Facebook dan juga Youtube kami. Silalah layari laman-laman berikut ya!

Berbalik semula pada cerita utama kita kali ini, Pra tadika 2020. Berbeza dengan zaman kami dulu yang tiada aplikasi Whatsapp, informasi yang kami kongsikan dengan para ibubapa hanyalah melalui surat dan juga panggilan telefon. Jadi kami kurang dapat rasakan keterujaan para ibubapa mempersiapkan anak-anak untuk pra tadika. Sekarang zaman pun sudah berubah dan teknologi juga semakin maju, Alhamdulillah, cara untuk berinteraksi dan berkongsi maklumat dengan para ibubapa juga semakin mudah dan cepat.

Seminggu sebelum pra tadika bermula, whatsapp group yang dikhaskan untuk murid-murid yang terlibat dengan pra tadika mula rancak dengan pelbagai soalan dari pihak ibubapa, maaf jika guru besar kami tidak dapat menjawab soalan yang diajukan dengan cepat kerana mereka juga ada tugasan lain yang perlu dilaksanakan dan telefon bimbit tadika tidak sentiasa ada bersama mereka.

Paling rancak adalah semalam; hari pertama persekolahan Pra Tadika 2020. Seawal pagi whatsapp group sudah mula berbunyi, bertanyakan soalan-soalan ‘last minute’ berkaitan dengan pra. Apatah lagi ketika pra sedang berlangsung, masing-masing sibuk ‘update’ keadaan anak masing-masing di group, kami di pejabat MyBISTARI GROUP juga turut merasa keterujaan para ibubapa dengan notifikasi whatsapp yang tak henti-henti. Terima kasih kerana sokongan yang diberikan kepada kami. Yang tak dapat hadir menghantar anak-anak juga setia menanti laporan terkini di whatsapp group. Sekali lagi kami mohon maaf sekiranya tidak dapat memenuhi kesemua permintaan para ibubapa. Gambar murid dan suasana yang dapat guru-guru kami kongsikan adalah mengikut kesesuaian masa mereka yang sama sibuk menguruskan keadaan murid-murid di tadika. 

Kami kongsikan beberapa gambar-gambar suasana hari pertama Pra Tadika 2020 di setiap tadika di bawah MyBISTARI GROUP. Untuk lebih banyak gambar hari pertama, bolehlah ke laman Facebook kami.

Mari sini sayang, cikgu pakaikan nametag. (TIB)

Hasil tangan kami untuk hari pertama. (TIB)

Alamak cikgu, tolonglah saya pula.. (TIB)

Jangan lupa pegang sisi tangga ya. (TIB)

Tinggi pula nak naik van ni. (TIB)


Hi cikgu, saya dah sampai ni! (TIMB)

Duduk sini, balik nanti abah ambil, ok? (TIMB) 
Ini tandas, awak semua tak boleh main-main dalam ni tau. (TIMB)



Bahagian celah jari tu pun kena cuci bersih-bersih. (TIMB)

Mata tengok tapak tapak tangan masa baca doa. (TIMB)

Cikgu, hari ni kan, kita bawa nasi goreng. (TIPB)


Mana ya nama anak puan.. (TIPB) 

Tekunnya semua warnakan kipas. (TIPB)
Mari cikgu bantu naik van. (TIPB)



Ok semua duduk diam-diam, pakcik nak tutup pintu van ni. (TIPB)

Ok, saya dah jumpa nama anak kita! (TKM)

Mari cikgu ajar cara pegang pensel yang betul. (TKM)

Perlahan-lahan warnakan. (TKM)

Kami tengah tunggu kawan-kawan yang lain. (TKM)

Kami dah sampai!! (TKM)
Jumpa tak nametag anak saya cikgu? (TM)
Ok semua.. dengar kawan nak kenalkan diri. (TM)

Tengok sini dulu sebelum cuci tangan. (TM)

Nyum.. nyum.. sedapnya bekal saya harini, terima kasih mama! (TM)

Ok semua, cikgu nak ajar doa naik kenderaan ni. (TM)

Urusan dengan pihak van. (TMPB)

Ayah tunggu kat luar kelas ya.. (TMPB)

Alhamdulillah.. kelas penuh. (TMPB)

Bahagian bawah  tu pun kena warnakan. (TMPB)
Dah nak balik ke? Saya nak nyanyi lagi dengan kawan-kawan!! (TMPB)

Siap daftar di bawah, kita naik ke kelas pula. (TNPB)

Bacaan doa sebelum makan. (TNPB)

Tengok ni! Kami bawa balik kipas kami! (TNPB)

Best kakak.. saya suka sekolah! (TNPB)

Yes!! Tak ramai naik van! (TNPB)

Kita ambil gambar kat sini dulu sebelum masuk kelas. (TS1)

Sini sayang, cikgu ajar cara tadah tangan. (TS1)

Ok, cikgu teman awak makan kat sini. (TS1) 

Banyaknya pensel warna saya! (TS1)

Alamak, cikgu ambil gambar saya.. susah ni nak fokus baca doa. (TS1)
Cikgu-cikgu lama yang ditukarkan ke TPB TS2, selamat berkhidmat di TS2 ya!

Cikgu, bekal kami mana? (TS2)

Mari cikgu bantu keluarkan makanan awak. (TS2)

Ikut cikgu baca doa ibubapa. (TS2) 
Siapa seronok datang tadika, angkat tangan! (TS2)
Kami kongsikan juga video sepanjang hari pertama Pra Tadika 2020.




Hari ini hari kedua pra tadika, masih lagi rancak dengan laporan dan gambar-gambar yang dikongsikan oleh para guru dan ibubapa. Sudah ada laporan murid yang tidak mahu ke tadika, dan ada juga laporan murid yang tidak sabar-sabar hendak ke tadika. Sesungguhnya, kami sangat-sangat hargai dan terharu dengan sokongan dan kerjasama dari pihak ibubapa.

~Cikgu Norifah~

2 comments:

Izzain said...

Terbaik MyBistari 😍😍

Unknown said...

Trbaikk❤️

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon