Showing posts with label bacalah anakku. Show all posts
Showing posts with label bacalah anakku. Show all posts

Tuesday, April 30, 2024

IBU BAPA HEBAT!!

Bismillahirrahmanirrahim

Penuh Dewan Al-Fatih MyBistari Legacy.

Pada hari Ahad, 28 April 2024 kami di MyBistari Group telah menganjurkan program bersama ibu bapa hebat iaitu Program Keibubapaan dan Teknik Pengajaran Bacalah Anakku.

Terlebih dahulu kami memohon maaf di atas kelewatan penganjuran program pada kali ini kerana perubahan takwim dan awal sesi persekolahan masuknya bulan Ramadan membataskan kami untuk menjalankan program ini lebih awal lagi.

Alhamdulillah, walaupun selepas sebulan setengah anak-anak menjalani sesi persekolahan, sambutan ibu bapa sangat menggalakkan sebaik sahaja link pendaftaran ini dibuka sehingga kami membuka 2 slot  tambahan untuk menampung kehadiran para ibu bapa. 

Seramai 54 orang ibu bapa yang hadir untuk slot program pertama ini. Pelbagai ilmu dan teknik yang dikongsikan oleh penceramah hebat kami yang berpengalaman lebih dari 18 tahun di MyBistari Group. Bagi ibu bapa yang belum berkesempatan untuk hadir ke program ini, jangan risau ada lagi 3 tarikh tambahan pada 4, 5 dan 11 Mei 2024 tempat adalah terhad. Ibu bapa yang belum daftar boleh daftar segera.

Ingin saya war-warkan juga pada slot yang terakhir 11 Mei ini, kami akan buka penyertaan pada ibu bapa diluar sana yang ada anak bermasalah dalam bacaan. Kami mohon kepada ibu bapa MyBistari untuk bantu kami hebahkan berita baik ini kepada kenalan yang berminat untuk sertai program kami ini.
 
Jom bantu kami ibu ayah!!

Di sini saya ingin kongsikan gambar dan video sepanjang program ini dijalankan.

Cik Najwa dan Puan Syafina sudah bersedia di kaunter pendaftaran.

Bersemut pagi-pagi founder kita ni.

Bidan terjun pengacara majlis Pn. Shawariah.

Lama tak beraksi founder kami Cikgu Tamizi.

Bapa-bapa yang hebat hadir ke program.

Pn Norafizah fasilitator buku 1 hingga 5.

Carta sukukata yang digunakan di tadika.


Berselera ibu-ibu menjamu makan.

Sempat Pn. Zainun beramah mesra dengan ibu-ibu.

Apa yang happy sangat tu Pn. Shawa? Hihi

Ada pertanyaan jangan malu-malu bertanya, pakar kami sedia menjawab.

Ibu-ibu tak lepaskan peluang untuk bertanya dan melihat hasil kerja murid. 

Fokus mendengar taklimat.

Bersemangat Cikgu Tamizi menjawab pertanyaan ibu-ibu.

Penerangan teknik bacalah anakku selepas rehat.

Buku Bacalah Anakku mestilah perlu bawa sebagai rujukan.

Kad sukukata juga penting untuk membantu anak-anak dalam mengenal sukukata.

Bersemangat Pn. Suhaila berkongsi ilmu.

Seronok ibu-ibu belajar teknik bacalah anakku.

Trademark MyBistari tidak dilupakan.

Semangat ibu ayah 💪.

Cari buku bacalah 7 ke tu? Hihihi

Sesi soal jawab dibuka.

Segala pertanyaan dijawab oleh Pn. Zainun founder MyBistari.


Baiklah sampai di sini sahaja blog kami pada kali ini. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaat sebaiknya untuk anak-anak hebat ibu ayah. Mohon maaf dari kami sekiranya ada kekurangan sepanjang program berlangsung. Semoga kita berjumpa lagi nanti.

Sekian, terima kasih🌹

~Cikgu Azreen~

Thursday, February 6, 2020

TERIMA KASIH IBU, AYAH.

Bismillahirrahmanirrahim.

Suasana sesi penerangan sempoa

“Tiada satu pemberian yang lebih utama yang diberikan ayah kepada anaknya selain pengajaran yang baik.” HR Al Baihaqi.

‘Anak yang hebat bermula dengan ibubapa yang hebat.’ Pernah dengar atau terbaca kata-kata ini? Alhamdulillah, beruntungnya kami di MyBISTARI GROUP kerana dikurniakan para ibubapa dan penjaga yang amat mengambil berat tentang perkembangan pelajaran anak-anaknya. Seawal hari pertama ada yang sudah bertanya tentang Bacalah Anakku dan juga cara-cara mengajarnya di rumah. Ada juga yang sudah bertanyakan tentang 'homework' anak-anak. 

"Cikgu, sekarang ni dah takde worksheet ya?" 

Untuk makluman para ibubapa, worksheet kami edarkan selepas sebulan sesi P&P dijalankan. Ini adalah untuk memberi masa kepada para ibubapa dan guru menyiapkan anak murid masing-masing dengan suasana persekolahan. Jangan risau ya, minggu ini adalah minggu pertama worksheet diedarkan kepada murid-murid.

Bermula pada tahun ini juga, kami telah melakukan  penambahbaikan pada program keibubapaan yang sering kami lakukan pada awal tahun. Jika sebelum ini Sesi Penerangan Bacalah dan Sempoa hanya dilakukan sekali sahaja pada awal tahun dan ianya adalah optional kepada pihak ibubapa, bermula tahun ini kami mewajibkan kehadiran pihak ibubapa. Kami juga telah aturkan sesi ini kepada 3 tarikh, jadi para ibubapa boleh memilih tarikh yang bersesuaian dengan kelapangan mereka. Minggu ini, 8 Februari 2020, Sabtu, adalah sesi yang terakhir bagi tahun ini. Terima kasih kami ucapkan kepada para ibubapa penjaga yang memberi kerjasama yang baik. Kami sangat-sangat hargai.

Di sini kami kongsikan gambar-gambar sepanjang program diadakan pada sesi-sesi yang terdahulu.

Perkongsian ilmu dari En. Ahamed Tamizi.

Alhamdulillah, kedatangan para ibubapa amat menggalakkan.

Para ibubapa melihat buku-buku yang digunakan oleh anak-anak mereka.

Penerangan penggunaan bacalah oleh Puan Suhaila.

Hebat cikgu boleh terangkan sambil tidur.

Masing-masing khusyuk mendengar penerangan  Puan Suhaila.

Para guru yang bertugas bagi sesi pagi program Bacalah Anakku.

Daftar dahulu sebelum masuk ke dalam dewan.

Sesi penerangan sempoa pun bermula.

Alhamdulillah, ramai juga para ibubapa datang di sesi petang.

Sejuk ya kak? Tapi itu tak menghalang untuk menuntut ilmu. 

Kena buat jari macam nak tembak, peng peng!


Kita tengok siapa siap dulu buat latihan ni.

Duduk diam-diam tau, mama nak belajar ni.

Guru-guru kami sedia membantu jika ada yang kurang faham.

Cuba puan semak semula jawapan puan, macam ada silap kira ni.

Jom kita cuba kira guna jari!

Sebelum waktu rehat, cikgu bantu hidangkan makanan. 

Alamak, kenapa macam lain aje jawapan dia ni.

Cepat Cikgu Tamizi, baca soalan. I am ready!!

Macam ni cara nak mengira.
Dah faham cara mengira guna sempoa, kita cuba guna jari pula.

Para guru yang bertugas di sesi petang pula, penerangan sempoa.
Sempat bergambar semasa transisi sesi bacalah anakku ke sesi sempoa.

Sekali lagi diperingatkan, mulai minggu ini kami sudah mula edarkan worksheet sebagai latihan anak-anak di hujung minggu. Jangan lupa siapkan dan hantar nanti hari Ahad ya.

Oh ya, memandangkan sekarang ini wabak novel coronavirus sedang menular, tarikh lawatan K2 ke Sinaran Agrofarm terpaksa kami tunda ke 6 Mac 2020, Jumaat. Diharap para ibubapa dapat memantau kesihatan anak-anak dan kurangkan aktiviti di luar. 

Untuk para ibubapa yang turut serta program hari Sabtu, 8 Februari 2020 ini nanti, kita jumpa ya!

~Cikgu Norifah~
 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon