Selesai
sudah acara Pertandingan Uji Minda, Bercerita dan Lego bagi tahun 2023 pada
hari Sabtu lepas. Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar.
Acara
dimulakan dengan ucapan perasmian oleh founder Mybistari iaitu Puan Zainun,
ucapan yang diberikan sangat ringkas dan padat. Seterusnya, acara dihangatkan
lagi dengan tarian persembahan pembukaan bunyi gitar oleh anak-anak cilik dari
Tadika Hebat Intelek.
Ucapan perasmian dari founder kami Puan Zainun.
Kemudian, acara
yang dinantikan telah pun tiba iaitu pertandingan uji minda yang menguji kehebatan
anak-anak dalam menjawab soalan. Seramai 48 orang peserta dari 8 cawangan yang menyertai
pertandingan ini dan dibahagikan kepada 3 kumpulan bagi setiap kategori yang
dipertandingkan. Kategorinya ialah kategori Bahasa Melayu dan Sains, kategori Jawi
dan Pendidikan Islam, kategori Matematik dan kategori English. Kumpulan yang
menjuarai setiap kategori ini, automatik layak ke peringkat saringan. Dalam peringkat
saringan, kami mencari 6 orang peserta terpantas menjawab soalan untuk ke
peringkat akhir dan bagi peserta yang mengumpul markah yang paling tinggi akan
dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam pertandingan ini.
Sebelum ke
peringkat saringan uji minda, acara diteruskan lagi dengan pertandingan
bercerita oleh anak-anak hebat yang berusia 5 dan 6 tahun. Bukan mudahnya untuk
membina keyakinan dan keberanian untuk berdiri di atas pentas untuk bercerita
di hadapan orang ramai. Cikgu sangat berbangga dengan kamu semua.
Namun begitu,
ada juga salah seorang peserta bercerita “demam panggung”, apabila adik
Thaqifdari Tadika Hebat Cemerlang tidak
mahu beraksi di atas pentas. Pelbagai cara kami lakukan termasuk ibunya yang
tidak berhenti memujuk untuk adik Thaqif teruskan beraksi dengan probs yang
cantik yang telah disediakan oleh ibunya sendiri. Tetapi ibunya terpaksa akur
dengan keputusan adik Thaqif yang tidak mahu meneruskan pertandingan ini. Untuk
menghargai segala usaha dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh adik ini dan
juga ibunya, kami telah meminta untuk ibu adik Thaqif merakam video persembahannya
di rumah untuk dipertontonkan kepada umum di youtube channel kami. (Apalagi…Jom
subcribe youtube kami dan tonton kehebatan adik Thaqif bercerita)
Selain dari
pertandingan uji minda dan bercerita, pertandingan lego juga turut diadakan
serentak dibelakang pentas. Bagi pertandingan lego seramai 50 peserta dari 8
cawangan berentap untuk merebut gelaran juara. Pelbagai bentuk yang dicipta
untuk menarik perhatian juri, sehingga juri rambang mata nak pilih yang mana
satu sebagai pemenang. Hihihi
Tidak lupa
juga persembahan tarian selingan dan penutup yang mencuit hati tetamu yang hadir
oleh anak-anak cilik dari cawangan Tadika Hebat Bijaksana dengan lagunya burung
kenek-kenek dan juga Tadika Hebat Ilmu dengan lagunya madu dan racun.
Terima kasih
tidak terhingga kepada semua ibu bapa yang sama-sama memeriahkan majlis pada
hari tersebut. Jutaan terima kasih Juga kepada semua ibubapa yang membantu guru-guru
dalam persediaan props bagi acara bercerita.
Tahniah kepada
semua anak-anak yang menjayakan pertandingan-pertandingan ini. Kalah menang
bukan bandingan, yang penting adalah semangat mencuba. Menang adalah bonus.
Kalah pun dapat hadiah juga.Pengalaman
baru yang telah ditimba dari pertandingan-pertandingan inilah yang paling
utama.
Pengacara majlis gandingan yang lama dan baru.
Unit hadiah yang sibuk dihujung majlis.
Pencatat markah sudah bersedia.
Kaunter pendaftaran dan kerja kosong juga di buka.
Bergambar sebelum acara bermula.
Pembaca soalan pun sudah bersedia.
Unit gelanggang lego juga bersedia untuk menjalankan tugas.
Unit audio yang paling penting untuk kelancaran program.
Tahniah!! sekali lagi kepada semua anak-anak hebat MyBistari Group yang turut serta dalam acara ini. Insyaallah kita akan berjumpa lagi di acara seterusnya Disember nanti Pertandingan Sempoa dan Congak. Nantikan ya.
“Cikgu
Ifah, boleh tolong buatkan lagu ni jadi minus one tak? Nak digunakan untuk
bercerita,” pinta salah seorang Guru Besar kami.
Permintaannya
mungkin kedengaran biasa-biasa sahaja, tetapi bagi kami, permintaan beginilah
yang menambah rasa keterujaan dan menaikkan semangat kami untuk bekerja lebih
baik lagi di belakang tabir bagi sesebuah program. Secara tidak langsung, kami
juga terlibat dalam mempersiapkan peserta untuk beraksi nanti. Bagi saya
sendiri, sengihnya lain macam bila melihat dan mendengar anak murid menyanyi
mengikut lagu yang disediakan. Itu baru sedikit tu, kalau nak diikutkan cuma
dalam 2 peratus sahaja penglibatan saya dari keseluruhan persembahan peserta.
Tak dapat saya bayangkan betapa bangga dan terharunya para ibu bapa dan guru
yang bertungkus lumus menyedia dan menyiapkan para peserta dari awal. Jika
dulu, ketika bertugas di tepi pentas, pasti wajah para ibu bapa dan guru yang
saya akan cari, untuk melihat ekspresi dan senyuman mereka sepanjang peserta
beraksi, sayangnya kali ini pemandangan itu tak dapat saya saksikan lagi.
Semoga kita semua diberi kesempatan olehNya untuk menikmati kehidupan seperti
yang sebelum ini.
Walaupun
begitu, pertandingan bercerita tetap juga kami teruskan secara alam maya. Jika
pada 22hb Ogos yang lalu diadakan Pertandingan Bercerita 2021 peringkat
saringan, pada 4 September 2021 yang lalu pula diadakan Pertandingan Bercerita
2021 peringkat akhir. Seramai 9 peserta yang layak ke peringkat akhir adalah
seperti berikut:
Adik Aathif Bin Noor Hakim dari TPB Taman Mawar (Uwais Al Qarni pemuda yg
terkenal di langit)
Adik Muhd. Fateh Elyas Bin Mohd. Aswadi dari Tadika
Inovasi Bestari (Kisah Nabi Adam dan hasutan syaitan)
Adik Siti Nur Aisyah Binti Mohd Alif dari Tadika
Nur Pintar Bestari (Sang Harimau dan bayang-bayang)
Adik Siti Aisyah Binti Nor Haidi dari TPB Tmn
Scientex 2(Gadis bertudung merah)
Adik Muhd. Fathi Bin Izzat Hilmi dari Tadika
Intelek Minda Bestari (Tongkat Nabi Musa Menjadi Ular)
Adik Arfa Ar Raudhah Binti Yong Mahmod Iskandar
dari TPB Tmn Scientex 1 (Nabi Yunus dan ikan nun)
Adik Nur Aurora Aisyah Binti Mohd Azri Haziq dari
TPB Tmn Mawar (Harta Karun Qarun)
Adik Nur Arissa Sofia Binti Omar Asaari dari Tadika Ilmu Pintar Bestari (Kisah Nabi
Musa dan Firaun)
Adik Al Akif Bin Mohd. Firdaus dari TPB Tmn
Scientex 1 (Sentuhan Emas Raja Midas)
Tak
dinafikan, kami yang bertugas di belakang pentas juga turut berasa berdebar dan
tak senang duduk sepanjang menuju ke peringkat akhir. Pertandingan kali ini
bukan seperti yang biasa kami adakan. Jika sebelum ini, setiap permasalahan
yang berlaku sebelum dan semasa pertandingan, Insyaallah mudah untuk kami atasi
kerana masing-masing berada di tempat yang sama, kali ini tidak. Kami semua
berada di tempat yang berbeza, di rumah masing-masing, begitu juga dengan para
peserta. Tetapi Alhamdulillah, dengan bantuan dan sokongan dari para ibu bapa,
pertandingan dapat dijalankan. Ada beberapa kesilapan yang mengganggu
perjalanan majlis, tetapi dapat kami atasi dengan baik. Terima kasih sekali
lagi kami ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam menjayakan pertandingan ini.
Di belakang tabir - ada yang karang skrip MC sebagai back up bagi skrip yang sedia ada, ada yang mengawal perjalanan program, dan macam-macam lagi. Lainnya suasana bila tak dapat bersua muka semasa menjalankan tugas.
Sambil check perjalanan program, semak juga skrip bercerita peserta.
Sibuknya pengurus operasi kami memantau perjalanan pertandingan.
Antara selingan yang kami paparkan semasa pertandingan. Video terdahulu program-program yang kami adakan setiap tahun.
Pemudah cara majlis kami, Puan Shawariah Saat memulakan majlis.
Ucapan alu-aluan dari founder MyBISTARI GROUP, Puan Zainun Mat Lazim.
Tahniah
kami ucapkan kepada para pemenang pertandingan. Kepada para peserta, ibu bapa
dan guru yang sama-sama berganding bahu memberikan yang terbaik dalam
menyiapkan peserta dari awal hinggalah ke akhir pertandingan.. anda semua
sangat hebat!
Dah bersedia nak bercerita ke tu?
Props bercerita yang disediakan oleh para ibubapa.
Wahhhh!!! Garangnya dia!
Mari tadah tangan baca doa sama-sama.
Tengah fikir ayat yang seterusnya ke tu?
Comel harimau ni.
Ala-ala imam tengah sampaikan khutbah.
Kagum dengan usaha para ibu bapa menghasilkan props.
Cantiknya dia dengan kostum ni.
Dik.. jangan tertidur betul-betul ya.
Hadiah yang menanti para peserta.
Sudah siap untuk dihantar ke para peserta semua.
Berikut adalah pemenang bagi pertandingan kali ini -
Juara bercerita - Adik Nur Arissa Sofia Binti Omar Asaari dari Tadika Ilmu Pintar Bestari.
Naib juara - Adik Nur Aurora Aisyah Binti Mohd Azri Haziq dari TPB Tmn Mawar.
Ketiga - Adik Aathif Bin Noor Hakim dari TPB Taman Mawar.
Bagi yang lain-lain, jangan sedih dan putus asa ya.. pertandingan sememangnya sangat sengit kerana semua peserta memberikan yang terbaik. Semuanya berbakat dan hebat!
Semoga kita dapat bekerjasama lagi di lain masa. Pengalaman baru yang sama-sama kita perolehi sepanjang pertandingan dijalankan amat bermakna bagi kami semua. Tahniah sekali lagi untuk semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan pertandingan ini.
Oh.. sebelum terlupa, kita sudahpun beralih ke Fasa 2. Tapi perlu diingat ya, tetap patuhi SOP, jaga keselamatan dan kebersihan. Tadika juga Insyaallah akan dibuka kembali, Alhamdulillah. Kami di sini menanti harinya dalam rasa seronok dan debar. Seronok untuk berjumpa kembali dengan anak-anak murid yang tersayang, berdebar kerana cabaran dan risiko yang bakal kita semua hadapi dalam menjalankan sesi PnP secara bersemuka. Di kesempatan ini, sekali lagi kami ingin peringatkan kepada para ibubapa untuk telus dengan kami sekiranya menjadi kontak rapat ataupun sedang dikuarantin. Kesihatan dan keselamatan anak-anak adalah tanggungjawab kita semua. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Rajin-rajin selawat dan istigfar. Cikgu rindu dan sayang semua. Jaga diri.