Thursday, August 27, 2026

CINTA RASUL MEKAR DI HATI SI CILIK HEBAT!

 

Perarakan di TH Cemerlang.

Cinta Rasul Mekar di Hati Si Cilik Hebat

Sambutan Maulidur Rasul 2026

Pada 24 Ogos 2026 (Isnin), suasana di seluruh cawangan Tadika Hebat MyBistari dipenuhi dengan keceriaan dan kemeriahan apabila Sambutan Maulidur Rasul 2026 diadakan secara serentak.

Ayu dan segak, masing-masing melangkah masuk ke tadika dengan penuh bergaya. Si cilik lelaki tampil segak berbaju Melayu lengkap bersongkok, manakala si cilik perempuan pula kelihatan manis dan comel berbaju kurung dengan lilitan tudung yang indah. Wajah ceria mereka jelas menunjukkan keterujaan untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang telah disediakan.

Seharian si cilik hebat menghayati sambutan Maulidur Rasul dengan aktiviti yang bukan sahaja menyeronokkan, malah sarat dengan pengisian ilmu. Aktiviti pertama dimulakan dengan Origami Biografi Rasulullah S.A.W.. Sambil menghasilkan origami masing-masing, si cilik berpeluang mengenali kisah dan perjalanan hidup Rasulullah S.A.W. dengan cara yang lebih menarik dan mudah difahami.

Selesai menyiapkan origami, tiba pula masa untuk menguji ingatan! Si cilik hebat bermain teka-teki berkaitan biografi Rasulullah S.A.W.. Gelak tawa dan keseronokan jelas terasa apabila mereka cuba menjawab setiap soalan yang diberikan.

Seterusnya, semua si cilik hebat dikumpulkan di tapak perhimpunan untuk mendengar perkongsian daripada guru tentang sirah Rasulullah S.A.W. bermula daripada kelahiran sehinggalah kewafatan Baginda. Si cilik begitu tekun mendengar kisah perjalanan hidup Rasulullah S.A.W. yang penuh dengan pengajaran, kesabaran dan akhlak mulia.

Semoga kisah yang disampaikan dapat menyemai rasa cinta dalam hati si cilik hebat agar menjadikan Rasulullah S.A.W. sebagai contoh dan suri teladan dalam kehidupan seharian. Sesungguhnya, Allah S.W.T. telah berfirman dalam Surah Al-Ahzab, ayat 21:

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik...”

Kini tiba masa yang paling dinanti-nantikan — perarakan sambil berselawat! Walaupun hanya berarak di sekitar ruang perhimpunan tadika, kehangatan sambutan tetap terasa dengan laungan selawat yang bergema daripada si cilik hebat. Langkah kecil mereka diiringi suara selawat yang penuh semangat, menceriakan lagi suasana Maulidur Rasul.

Selepas berehat, aktiviti diteruskan lagi mengikut peringkat umur. Si cilik 6 tahun menghasilkan kraftangan Biografi Rasulullah, si cilik 5 tahun pula mewarna poster Maulidur Rasul, manakala si cilik 4 tahun menghasilkan kolaj bertemakan Maulidur Rasul. Setiap aktiviti memberi ruang kepada si cilik untuk belajar, berkarya dan mengenali Rasulullah S.A.W. dengan cara yang sesuai dengan usia mereka.

Bukan sekadar sambutan, hari ini menjadi satu pengalaman bermakna untuk menanam benih cinta kepada Rasulullah S.A.W. dalam hati si cilik hebat. Semoga benih yang disemai sejak kecil ini terus tumbuh subur sehingga mereka membesar sebagai insan yang mencintai Rasulullah, mengamalkan sunnah Baginda dan sentiasa menjadikan akhlak Rasulullah S.A.W. sebagai panduan dalam kehidupan.


Comel! (TH Genius)

Cikgu origami saya dah siap. (TH Genius)

Jom selawat! (TH Genius)

Fokus melakukan aktiviti kolaj. (TH Minda)


Manis senyumannya. (TH Minda)

Bersedia untuk berarak. (TH Pintar)

Bergambar bersama rakan sekelas. (TH Pintar)

Wah! siap ada Bunga Manggar. (TH Ilmu)

Masing-masing fokus mendengar perkongsian oleh guru. (TH Ilmu)

Cikgu origami saya sudah siap! (TH Ilmu)

Si cilik Tadika Hebat Jaya.


Cantik tak cikgu saya mewarna? (TH Jaya)

Hero di Tadika Hebat Jaya.

Hasil kraftangan kisah Nabi Muhammad S.A.W. (TH Inovasi)

Cikgu nak main teka-teki dengan saya? (TH Jaya)

Berarak sambil berselawat. (TH Inovasi)


Kemasnya lipatan kertas. (TH Inovasi)

Buat kraf sambil menjawab soalan sirah Baginda. (TH Minda)


Cikgu-Cikgu Tadika Hebat Intelek siap berkain batik di kepala.

Dengar ya, Cikgu Siti nak bercerita ni. (TH Intelek)

Cikgu Fatimah memberikan penerangan untuk membuat origami. (TH Intelek)

Balik rumah nanti bolehlah bermain dengan ahli keluarga. (TH Bijaksana)

Comelnya si cilik 4 tahun di TH Bijaksana. 

Ayu dan segak si cilik 6 tahun di TH Cemerlang.

Macam-macam gaya si cilik bergambar. (TH Cemerlang)







Semoga si cilik hebat terus membasahkan lidah dengan selawat, menyuburkan hati dengan cinta kepada Rasulullah S.A.W. dan membesar menjadi generasi yang berakhlak mulia. 

Selawat dilafaz, cinta disemai, sunnah Rasul menjadi pedoman. ❤️

Koleksi gambar Sambutan Maulidur Rasul klik di sini.

Sekian, terima kasih. 🌹

FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~



Wednesday, August 26, 2026

SUKANEKA 2026 AKSI, SEMANGAT & KESUKANAN!

 

Macam-macam gaya si cilik hebat membuat pemanasan badan.

Sukaneka 2026: Si Cilik Hebat, Ibu-Ibu Hebat, Sama-Sama Havoc!

22 Ogos 2026 (Sabtu) | Dewan Muafakat Masai

Hari yang dinanti-nantikan akhirnya tiba! Setelah segala persiapan, latihan dan debaran dilakukan sepanjang minggu menuju program, tibalah masa untuk Sukaneka 2026 berlangsung. Bukan si cilik sahaja yang excited, ibu-ibu pun tidak kurang hebatnya! Malah, para sukarelawati yang telah mendaftar seawal tiga minggu sebelum program berlangsung sudah tidak sabar menantikan hari penuh kemeriahan ini.

Walaupun Sukaneka 2026 diadakan secara tertutup dan hanya tetamu wanita dibenarkan masuk demi menjaga ikhtilat, suasana tetap meriah, gamat dan penuh dengan sorakan. Dari awal hingga ke penamat, program berjalan dengan lancar dan pastinya meninggalkan banyak kenangan manis buat semua yang hadir.

Acara dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Founder MyBistari, Puan Zainun binti Mat Lazim. Seterusnya, suasana terus dipanaskan dengan acara pemanasan badan melalui senaman aerobik yang diketuai oleh adik-adik cilik dari Tadika Hebat Ilmu.

Baru sahaja sesi pemanasan badan bermula, sudah gamat satu dewan! Si cilik begitu bersemangat mengikut setiap pergerakan sehingga terasa seperti pertandingan sebenar sudah bermula.

Selepas itu, tiba pula acara perbarisan Si Cilik Hebat mengikut zon.

Zon 1 – Taman Scientex diwakili oleh murid-murid Tadika Hebat Bijaksana, Tadika Hebat Intelek dan Tadika Hebat Cemerlang.

Zon 2 – Kota Masai pula terdiri daripada wakil si cilik hebat dari Tadika Hebat Jaya dan Tadika Hebat Ilmu.

Manakala Zon 3 – Pasir Gudang diwakili oleh Tadika Hebat Minda, Tadika Hebat Pintar, Tadika Hebat Genius dan Tadika Hebat Inovasi.

Perbarisan berlangsung penuh semangat dengan wajah-wajah ceria si cilik yang sudah tidak sabar untuk memulakan cabaran!

Acara permainan kategori murid dimulakan dengan Permainan 1 – Path Maker For The Bouncing Beans dan Permainan 2 – Hurdles Hopper And The Floating Balls.

Setiap acara disertai oleh 50 orang peserta yang dibahagikan kepada 5 kumpulan. Bukan sekadar berlari dan bermain, setiap permainan turut menguji kerjasama, ketangkasan, fokus serta semangat kesukanan si cilik.

Selesai dua acara pertama, murid diberikan masa rehat selama 30 minit untuk menikmati hidangan sebelum kembali beraksi.

Belum sempat hilang penat, acara diteruskan dengan Permainan 3 – Rough Edges To Get The Ice Cream dan Permainan 4 – Feed Me To Clear The Road.

Sorakan semakin kuat, semangat semakin membara dan gelagat si cilik pula semakin mencuit hati. Ada yang begitu fokus mengejar kemenangan, ada yang tersenyum sambil bermain dan ada juga yang sekadar menikmati pengalaman bersama rakan-rakan. Inilah yang menjadikan Sukaneka 2026 begitu istimewa!

Selesai acara kategori murid, tiba pula masa yang ditunggu-tunggu — acara kategori sukarelawati!   Ibu-ibu hebat mengambil tempat untuk menyertai permainan Help Me Through The Bouncy Ride.

Kalau si cilik sudah havoc, ibu-ibu pula memang tidak mahu kalah! Aksi, gelak tawa dan sorakan memenuhi dewan. Melihat ibu-ibu bersungguh-sungguh menyahut cabaran membuatkan suasana Sukaneka 2026 semakin meriah.

Jelas sekali, semangat kesukanan bukan hanya milik anak-anak. Ibu-ibu pun boleh jadi juara!

Sebelum acara penyampaian hadiah, kemeriahan diteruskan dengan sesi aerobik “Fire & Water”.

Tetapi kali ini ada kelainan! Jika sebelum ini senaman aerobik diketuai oleh si cilik, kali ini ibu-ibu hebat sukarelawati pula mengambil alih pentas! Memang havoc!

Si cilik hanya mengikut pergerakan ibu-ibu di atas pentas. Ada yang cuba mengikut dengan penuh fokus, ada yang ketawa, dan ada juga yang teruja melihat aksi ibu masing-masing. Satu dewan benar-benar dipenuhi tenaga positif dan gelak tawa.

Akhirnya, tibalah masa yang ditunggu-tunggu — penyampaian hadiah!

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang telah memberikan aksi terbaik sepanjang Sukaneka 2026. Namun, bagi kami, setiap peserta sebenarnya adalah pemenang kerana berani mencuba, berani bermain dan paling penting, semangat kesukanan yang tinggi!

Menang atau kalah, jangan risau! Semua peserta tetap membawa pulang habuan masing-masing sebagai kenangan daripada Sukaneka 2026.


Pentas yang sudah siap dihias.

Para ibu yang hadir untuk memberi semangat kepada si cilik hebat.

Di bahagian tepi gelanggang juga ada sediakan tempat duduk.

Khas untuk program sukaneka pengacara majlis sampai tiga orang. Hihi

Sebelum taklimat dimulakan, sukarelawati memperkenalkan diri dahulu.

Ucapan perasmian dari founder MyBistari.

Persiapan sebelum acara dimulakan.


Siap berkaca mata.

Membawa semangat saudara kami di Palestin.

Jom kita buat pemanasan badan dulu.

Ambil tempat sebelum acara bermula.

Zon kedua standby!

Sukarelawati mengambil tempat.

Sebelum permainan dimulakan, guru akan menunjuk contoh cara permainan.

1...2...3 Lompat!

Nak laju tak boleh, nanti pundi kacang atas kepala terjatuh pula.


Jom lumba siapa sampai dahulu.

Wah! tinggi lompatannya.

Mencabar bawa bola atas pinggan perlukan fokus mata dan keseimbangan tangan.

Cepat keluarkan bola.

Take a break 30 minute!

Bersedia untuk permainan ketiga.

Permainan yang ambil masa lama untuk tamat. Berjalan menggunakan trompah.

Ragam si cilik hebat...Cikgu follow kerana murid tidak mahu bergerak. Hihi

Cepat lari ke sana!

Alatan untuk permainan keempat sudah disusun.

Lari bawa bawa bola ping pong guna sudu.

keluarkan cawan dari gelung.

Taklimat sebelum acara kategori sukarelawati dimulakan.

Kami dah bersedia!

Barisan staf dan guru MyBistari.


Sukaneka bukan sekadar tentang siapa yang paling pantas atau siapa yang mendapat tempat pertama. Ia tentang membina keberanian, memupuk kerjasama, mencipta kenangan dan mengeratkan hubungan antara si cilik, ibu-ibu dan seluruh warga MyBistari.

Sukaneka 2026 mungkin sudah melabuhkan tirainya, tetapi gelak tawa, sorakan dan kenangan pada hari itu pasti akan terus menjadi cerita yang dikenang.

Nak lihat lebih banyak momen dan gambar sesi penyampaian hadiah?
Jangan lupa singgah ke Facebook rasmi kami untuk melihat wajah-wajah ceria para pemenang dan kenangan manis Sukaneka 2026!

Sekian, terima kasih. 🌹

FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon