Monday, March 30, 2020

LAWATAN K2 KE SINARAN AGROFARM


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, kami sudah selamat sampai di sini! (TMPB)
"Dengan nama Allah yang dengan namaNya, tidak ada suatu pun yang dapat memberikan kemudaratan di bumi dan di langit, Dia lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
                                                               
Alhamdulillah, Allah masih lagi beri peluang kita untuk bernafas dan menikmati sehari lagi dari kehidupan ini sama ada bersama orang yang tersayang ataupun berjauhan. Yang penting kita sama-sama mensyukuri nikmat yang telah dikurniakan kepada kita. Ujian yang diberikan oleh Allah kali ini amat besar dan mencabar keimanan dan ketakwaan kita umat-umatNya. Semoga kita sama-sama sentiasa bersangka baik dan terus memperbaiki amal ibadah kepadaNya.

Maaf kerana agak lama tidak update di blog. Di sini saya ingin kongsikan aktiviti terakhir murid-murid bersama – sama dengan para guru sebelum PKP dilaksanakan; lawatan murid-murid K2 ke Sinaran Agrofarm.

Seawal pagi murid-murid sudah mula berkumpul di tadika masing-masing. Semua yang terlibat teruja dengan lawatan yang bakal mereka lalui sebentar nanti ditambah pula dengan pengalaman menaiki bas bersama rakan-rakan dan guru-guru. Jumlah bas yang digunakan untuk lawatan adalah 6 buah kesemuanya. Bas 1 adalah untuk peserta lawatan TPB Taman Mawar, Bas 2 adalah peserta lawatan TIPB dan pihak pengurusan, Bas 3 bagi TS1 dan sebahagian TMPB, Bas 4 untuk peserta TS2 dan sebahagian TMPB, Bas 5 bagi TIB dan TIMB dan akhir sekali Bas 6 untuk TNPB dan juga TKM.  Seperti yang dijadualkan, mereka memulakan perjalanan ke tapak lawatan pada pukul 7.30 pagi.

Terima kasih ibu dan bapa yang memberi sokongan. (TIPB)

Babai.. kami jalan dulu.. (TIPB)

Sempat lagi berposing sebelum naik bas (TIPB)
Seronoknya kami!! (TIB)

First time naik bas ni cikgu, saya nervous.. (TIB)

Hehe.. jauh lagi ke cikgu? (TIB)

Ok semua beratur untuk naik bas.. (TKM)

Doakan kami selamat pergi dan balik ya! (TKM)

Kami nak tidur dulu, dah sampai nanti cikgu tolong kejut ya. (TKM)

Mana kawan-kawan yang lain ni.. kena tinggal bas nanti.. (TM)

Ok semua tadah tangan, kita nak baca doa naik kenderaan. (TM)

Beratur semasa menanti giliran untuk naik bas. (TNPB)

Hati-hati.. seorang demi seorang.. (TNPB)

Mari sarapan dulu dalam bas. (TNPB)

Lambat lagi ke nak naik bas ni cikgu? (TS2)

Jom kita sarapan dulu! (TS2)

Cikgu-cikgu busy agihkan makanan ke murid-murid. (TS2)

Setibanya di sana, para peserta dibahagikan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan, kumpulan A, B dan C. Ini bertujuan memudahkan para guru mengawal dan mengatur aktiviti- aktiviti yang telah dirancang. Waktu untuk makan juga dibahagikan mengikut kumpulan yang sama, jadi pihak Sinaran Agrofarm tidak terkejar-kejar untuk menyediakan juadah sekali banyak untuk semua peserta lawatan.

Secara keseluruhannya, perjalanan aktiviti di Sinaran Agrofarm adalah seperti berikut:

1)      Aktiviti menanam pokok mulberi.
Melalui aktiviti ini, anak-anak murid dapat merasa pengalaman menanam pokok mereka sendiri dan melihat proses tumbesaran pokok tersebut. Setiap peserta lawatan akan diberikan sepotong batang pokok mulberi dan cawan. Kemudian mereka perlu mengisi cawan tersebut dengan tanah. Potongan pokok mulberi akan dicucuk di tanah tersebut yang kemudiannya akan di sembur dengan air.

Ok.. bahan-bahan untuk tanam pokok mulberi dah sedia. (TIB)

Errr... siapa nak ajar kita tanam pokok ni? (TIB)
Tengok dulu cara saya buat, lepas ni semua buat sama, ya. (TIMB)

Ok, giliran kami pula. (TIMB)

Ish.. terkeluar pula tanah ni.. (TIMB)
Kan cikgu dah pesan, jangan main pasir. (TKM) 
Siapa nak buat dulu ni? Awak ke kita? (TKM)


Bersama hasil tanaman masing-masing. (TKM)
Letak sikit ke tanah ni, tak perlu penuh-penuh. (TM)

Macam dah banyak je tanah ni. (TMPB)

Satu je kan batang pokok ni kena cucuk kat tanah ni? (TMPB)

Senang aje nak buatnya ni.. (TMPB)

Saya punya ni dah siap kan cikgu? (TS2)

Step last, semburkan air!! (TS2)

Mari cikgu pula yang cuba buat. (TS2)

2)      Aktiviti art n craft.
Aktiviti ini menguji idea kreatif murid-murid. Mereka diberikan helaian yg ada gambar bakul dan kena hias gambar bakul itu menggunakan bunga dan daun yang diberi. Bagi aktiviti yang ini, pemilihan pemenang johan, naib johan dan ketiga diadakan berpandukan hiasan yang paling cantik. Di ruangan ini juga murid-murid berpeluang untuk merasai madu kelulut dan juga memegang ulat sutera.

Eh.. gambar bakul saya terbaliklah. (TIB)

Kita penuhkan semua dulu dengan bunga. (TIB)

Cantik tak hasil hiasan kami? (TIB)

Ini ulat betul-betul tau, bukan main-main. (TIB)

Geli cikgu, dia gerak-gerak. (TIB)
Kami baru nak mula cikgu. (TIMB)

Ambil gambar dulu sebelum teruskan aktiviti. (TIMB)

Cikgu, lepas ni tolong saya siapkan tau. (TIMB)
Alamak, macam nak habis je bunga ni. (TIPB)

Cantik tak saya buat ni? (TIPB)

Eh, betul ke tani saya pegang? Dari belakang nampak macam lain je.. (TIPB)

Saya nak tampal bunga ni satu je, boleh? (TKM)

Saya dah siap!! (TKM)

Nak letak bunga banyak-banyak! (TKM)

Bolehlah macam ni kan cikgu? (TM)

Khusyuk masing-masing. (TM)

Tampal elok-elok. (TM)

Mula-mula kita susun daun dulu.. (TMPB)

Gam jangan ambil banyak sangat.. (TMPB)

Ooo.. ini rumah lebah kelulut.. (TNPB)

Kita mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim. (TNPB)

Kami dah siap! (TNPB)

Kami sedang berusaha siapkan! (TS1)

Siapa nak cuba rasa madu kelulut? (TS1)

Ohhh.. kat sini ulat sutera tinggal. (TS1)

Eh, awak tak siap lagi? (TS2)

Kita sapu gam penuh-penuh dulu.. (TS2)

Mari tolong kami siapkan hiasan ni. (TS2)

3)      Lawatan ladang.
Lawatan ladang ini terbahagi kepada 3 bahagian juga. Ladang ternakan (arnab, itik, angsa, lembu, kambing dan ikan), laman pokok malberi dan juga bendang padi. Di ladang ternakan haiwan, murid-murid berkesempatan memberi makan dan membelai haiwan-haiwan tersebut di bawah pantauan guru-guru mereka. Suka melihat gelagat mereka yang teruja apabila melihat haiwan-haiwan yang jarang mereka lihat di depan mata. Di laman mulberi pula mereka berpeluang memetik dan merasa mulberi yang fresh. Di sawah bendang, mereka berpeluang melihat pokok-pokok padi yang hidup subur.

Berjalan menuju ke ladang. (TIB)

Lembutnya bulu arnab ni. (TIB)

Beri kambing makan. (TIB)
Marilah sini cik arnab. (TIMB)

Macam ni rupanya pokok padi. (TIMB)

Di kolam ikan. (TIMB)
Nak kemana tu ramai-ramai? (TIPB)

Mari kita rasa buah mulberi! (TIPB)

Jangan lari.. mari sini.. (TIPB)

Cuba teka haiwan apa kat belakang kami? (TKM)

Baiknya dia tak lari. (TKM)
Ini bunga kegemaran cikgu saya. (TKM)

Ikan apa tu? (TM)

Apa ada dalam ni ya? (TM)

Nak bawa balik seekor boleh cikgu? (TM)

Kami seronok di sini. (TMPB)

Sedang mendengar penerangan. (TMPB)

Takut pula kita nak pegang. (TMPB)

Kita tengok dia nak pilih makanan dari tangan siapa? (TNPB)

Rasa macam kat kampung kita lah cikgu. (TNPB)

Comel-comel je mulberi yang dah masak ni. (TNPB)
Berani tunjuk dari jauh sahaja. (TS1)

Cantik rumah di belakang tu. (TS1)

Ala.. marilah sini.. (TS1)

Ada demo cara kopek kelapa. (TS2) 
Marilah sini cik kambing.. (TS2)


Eeeiii.. bestnya!! (TS2)

4)      Rumah cendawan
Di rumah ini, murid-murid diberi pendedahan tentang cara menanam cendawan. Mereka juga berpeluang untuk masuk dan lihat keadaan di dalam rumah cendawan. Baru mereka tahu rumah cendawan tu gelap.

Penerangan berkenaan tanaman cendawan. (TIB) 
Cendawan di dalam rumah cendawan. (TIMB)
Nak lalu lorong kiri ke kanan? (TS1) 
Cuba cari mana yang dah tumbuh cendawan? (TS1)
Apa khabar pokok mulberi yang dibawa balik hari itu? Ada yang dah berputik belum? Ke ada yang dah berbuah? Semoga anak-anak jaga pokok mulberi sebaik mungkin. Kalau sudah ada hasilnya nanti boleh share gambar dengan kami.

Di kesempatan ini, marilah kita sama-sama berdoa agar musibah yang sedang melanda bukan sahaja di negara kita, tetapi di seluruh dunia berakhir dengan baik-baik sahaja. Pergunakan waktu yang sedia ada ini untuk kita sama-sama refleks diri kita, perbanyakkan dan perbaiki amal ibadah kepadaNya. Semoga Allah melindungi kita semua dari Covid19 dan rahmati hidup kita semua. Hanya kepadaNya tempat kita memohon pertolongan.

Dalam pada itu, patuhilah seruan kerajaan, jaga kebersihan diri, cuci tangan dengan sabun, duduk sahaja di rumah. Kita ingat Allah, Insyaallah Allah jaga kita. Kami keluarga besar MyBISTARI GROUP  amat-amat merindui anak-anak murid kami. Stay safe.

~Cikgu Norifah~







 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon