Wednesday, March 4, 2020

EH, AIR BOLEH BERJALANLAH!




Bismillahirrahmanirrahim.

Terbaiklah aktiviti ni! (TIMB)

“Percaya tak kalau cikgu cakap air boleh berjalan?” soalan yang membuatkan kelas yang tadinya agak bising dengan suara anak-anak berbual dan bergurau, terdiam seketika.

“Mana boleh cikgu, air mana ada kaki!” jawab seorang murid.

“Ha’ah!” yang lain turut menyokong jawapan rakan sekelasnya.

“O..k.. nanti kita sama-sama buat magik eh.. kita buat air berjalan, esok semua kena datang sekolah tau,” pesan guru kelas sebelum sesi P&P hari itu berakhir.

Rasanya semangat ke tidak anak-anak nak ke tadika esoknya? Mestilah bersemangat kan? Tak sabar nak tengok magik yang bakal mereka lakukan bersama-sama dengan rakan sekelas.

Ada juga para ibu bapa lama kami yang bertanya,

“Eh.. masa abang dan kakak dia dulu takde pun aktiviti macam ni?”

Ini jawapan kami.

Apa yang sedang dilakukan sekarang adalah sebahagian dari proses penambahbaik yang kami adakan di tadika-tadika kami. Semoga penambahbaikan yang kami sedang lakukan memberikan manfaat dan menjadikan anak-anak murid kami semakin seronok dan teruja untuk hadir ke tadika.

Nak tengok betapa seronoknya mereka semasa aktiviti ini dijalankan? Mari tengok gambar-gambar ini.
Kami sudah bersedia untuk aktiviti ini! (TIB)

Cikgu beri penerangan dahulu sebelum mula. (TIB)

Dengan penuh keyakinan, aktiviti ini dimulakan. (TIB)

Ok jom kita perhatikan air ni mula berjalan. (TIB)

Selesai aktiviti, hasil pemerhatian perlu dicatatkan. (TIB)

Jangan minum ya air yang saya tuang ni.. (TIMB)

Kalau terlipat senget sikit boleh cikgu? (TIMB)

Awak, tepilah sikit.. kita tak nampak.. (TIMB)

Yang dah siap boleh tulis hasil pemerhatian, yang belum masih
leka perhatikan air. (TIMB)

Hasil kerja anak murid. (TIMB)

Penerangan oleh Cikgu Syafiqah sebelum bermula. (TIPB)

Berat cikgu, boleh tolong pegang tak? (TIPB)

Tengok ni cikgu, saya pintal-pintal tisu ni! (TIPB)

Jangan silap warnakan gelas tu tau! (TIPB)

Semua dah sedia belum nak dengar pembentangan kami? (TIPB)

Air kosong kurang manis satu!(TKM)

Wah.. warnanya macam air asam boi lah, cikgu! (TKM)

Macam tengah belajar lipat lampin adik. (TKM)

Mencatat hasil pemerhatian dengan bantuan guru. (TKM)

Ala.. Cikgu Nana tolong grup sana, bila dia nak tolong kami ni.. (TKM)

Oppp.. jangan penuh sangat airnya. (TM)

Yang sana tu macam sikit je airnya, cikgu. (TM)

Kami dah siap isikan air ni! (TM)

Cikgu pesan kena diam masa air berjalan, kalau tak nanti air tu merajuk. (TM)

Hasil pemerhatian di dalam proses. (TM)

Sedang khusyuk mendengar penerangan Cikgu Ayu. (TMPB)

Cukup ke banyak ni kuning? Ke nak tambah lagi? (TMPB)

Cikgu tengok ni! Air dah mula berjalan! (TMPB)

Yes!! Eksperimen kami berjaya! (TMPB)

Awak tak tulis pun bahagian yang ni.. nampak ni air berubah warna. (TMPB)

Boleh tak tu lipat tisu? (TNPB)

Pegang betul-betul tisunya, mudah terbang ni. (TNPB)

Hati-hati, jangan sampai tertumpah airnya. (TNPB)

Boleh tahan mengantuk juga ya tunggu air ni berjalan.. (TNPB)

Alhamdulillah, tugasan kami ni berjaya! (TNPB)

Pegang kuat-kuat sudunya, cikgu nak tuang warna ni. (TS1)

Rasa macam nak minum ubat batuk pula ni. (TS1)

Alamak, tisu ni nak terkeluarlah! (TS1)

Awak silap eja kuning tu.. huruf 'i' lah.. bukan 'e' .. (TS1)

Sukanya kami eksperimen kami berjaya!

Tekan sikit tisu ni supaya tak terkeluar dari gelas. (TS2)

Nak kena kacau air ni sampai bila cikgu? (TS2)

Hmmm.. apa lagi saya nak tulis ni? (TS2)

Ok.. siapa nak tulis dulu? (TS2)

Semua dah sedia ke nak dengar pembentangan kami? (TS2)

Di sini kami kongsikan link untuk video aktiviti air berjalan.

Minggu ini adalah minggu Ujian 1 bagi murid-murid K2. Semoga dipermudahkan bagi anak-anak ini menjawab soalan ujian yang disediakan. Harus diingat, ini adalah ujian pertama mereka bagi tahun 2020, diharap para ibubapa, penjaga dan guru supaya menerima apa sahaja keputusan mereka nanti dengan berlapang dada.

Seperkara lagi, hujung minggu ini juga adalah hari lawatan ke Sinaran Agrofarm bagi murid-murid K2 yang telahpun menghantar borang penyertaan. Segala info berkenaan lawatan akan dikongsikan di grup whatsapp yang sedia ada. Selamat bercucuk tanam dan meneroka ladang ya anak-anak!

~Cikgu Norifah~


















0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon