Thursday, February 20, 2020

JOM LOMPAT KOLAM!




Bismillahirrahmanirrahim.

Seronoknya kami!!! (TM)

 Maka bermulalah salah satu aktiviti yang menyebabkan anak-anak tak sabar menanti hari siang. Aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh majoriti murid-murid di MyBISTARI GROUP. Aktiviti yang membuat para ibu bapa juga sebelum ini gunakan sebagai umpan untuk menggalakkan anak-anak ke sekolah. Aktiviti yang memenatkan tetapi seronok bagi para guru dek kerana gelagat anak-anak murid di dalam kolam. Aktiviti renang.

“Betul ke cikgu ada ajar berenang nanti di tadika?”

“Cikgu nanti akan pakai baju swimming juga ke masa latih anak-anak berenang?”

“Sini tiada kolam, berenang kat mana cikgu?”

Itulah antara soalan-soalan yang kerap ditanya oleh para ibu bapa ketika sesi pendaftaran anak-anak murid. Setiap kali itu juga akan kami terangkan, kami bukan mengajar anak-anak murid berenang, kami juga tiada tukar jubah ke baju renang, cuma guru-guru digalakkan untuk membawa jubah lebihan, mana tahu perlu lompat ke dalam kolam sekiranya ada murid tidak mendengar arahan ataupun murid yang memerlukan bantuan. Bagi cawangan yang tiada kolam dan tadikanya berdekatan dengan tadika yang ada kolam, kami akan sediakan perkhidmatan van untuk berulang-alik ke tadika berkenaan. Untuk Tadika Nur Pintar Bestari, kerana perjalanan ke tadika yang terdekat agak jauh dan melibatkan laluan lebuhraya Pasir Gudang, atas faktor keselamatan dan masa, terpaksa kami tiadakan aktiviti renang. Kali ini, Tadika Inovasi Bestari juga tidak dapat menjalankan aktiviti renang kerana jiran tadika sedang melakukan renovasi rumah, dikhuatiri habuk dan sisa binaan memberikan impak yang kurang sihat kepada anak-anak murid. Insyaallah, bulan hadapan akan diadakan seperti biasa.

Di sini kami kongsikan gambar-gambar dan juga video sepanjang aktiviti ini dilakukan.

Airnya tak banyak pun, takat lutut kami je.  (TIMB)

Boleh tak mandi macam ni setiap hari? (TIMB)

Marilah baring beramai-ramai! (TIMB)
Duduk beramai-ramai, ambil mood  sebelum masuk kolam. (TIPB)

Uhhhh.. best best!!!! (TIPB)

Kami berjaya mencipta ombak! (TIPB)
Perjalanan jauh tak kami rasa, kerana hati melonjak sama! (TKM) 

Mari berendam beramai-ramai! (TKM)

Siap mandi dah, jom balik tadika! (TKM)
Untuk pertama kali, air tidak ditadah banyak. (TM)

Posing dahulu sebelum berseronok di dalam kolam. (TM)

Tersama pula baju-baju kami. (TM)

Dan kami berenang-renang ketepian.. (TMPB)

Belajar dahulu sebelum mandi manda. (TMPB)

Sedang mencuba untuk apungkan diri. (TMPB)

Marilah cikgu, join kami! (TS1)


Sejuknya! (TS1)

Beri pose comel sebelum mandi manda! (TS1)

Oh yeah! Kami happy! (TS2) 
 
Best cikgu! (TS2)

Cikgu baliklah dulu, kami tinggal kat sini je. (TS2)



Dari melihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh para guru besar dan video ini juga dapat kita lihat keseronokkan anak-anak murid bermandi manda. 

Jangan lupa bagi murid-murid K2, lawatan ke Sinaran Agrofarm yang ditunda, akan diadakan pada 6 Mac 2020, Jumaat. Sudah siap semua nak berkejaran dengan itik-itik?

~Cikgu Norifah~

0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon