Thursday, February 20, 2020

JOM LOMPAT KOLAM!




Bismillahirrahmanirrahim.

Seronoknya kami!!! (TM)

 Maka bermulalah salah satu aktiviti yang menyebabkan anak-anak tak sabar menanti hari siang. Aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh majoriti murid-murid di MyBISTARI GROUP. Aktiviti yang membuat para ibu bapa juga sebelum ini gunakan sebagai umpan untuk menggalakkan anak-anak ke sekolah. Aktiviti yang memenatkan tetapi seronok bagi para guru dek kerana gelagat anak-anak murid di dalam kolam. Aktiviti renang.

“Betul ke cikgu ada ajar berenang nanti di tadika?”

“Cikgu nanti akan pakai baju swimming juga ke masa latih anak-anak berenang?”

“Sini tiada kolam, berenang kat mana cikgu?”

Itulah antara soalan-soalan yang kerap ditanya oleh para ibu bapa ketika sesi pendaftaran anak-anak murid. Setiap kali itu juga akan kami terangkan, kami bukan mengajar anak-anak murid berenang, kami juga tiada tukar jubah ke baju renang, cuma guru-guru digalakkan untuk membawa jubah lebihan, mana tahu perlu lompat ke dalam kolam sekiranya ada murid tidak mendengar arahan ataupun murid yang memerlukan bantuan. Bagi cawangan yang tiada kolam dan tadikanya berdekatan dengan tadika yang ada kolam, kami akan sediakan perkhidmatan van untuk berulang-alik ke tadika berkenaan. Untuk Tadika Nur Pintar Bestari, kerana perjalanan ke tadika yang terdekat agak jauh dan melibatkan laluan lebuhraya Pasir Gudang, atas faktor keselamatan dan masa, terpaksa kami tiadakan aktiviti renang. Kali ini, Tadika Inovasi Bestari juga tidak dapat menjalankan aktiviti renang kerana jiran tadika sedang melakukan renovasi rumah, dikhuatiri habuk dan sisa binaan memberikan impak yang kurang sihat kepada anak-anak murid. Insyaallah, bulan hadapan akan diadakan seperti biasa.

Di sini kami kongsikan gambar-gambar dan juga video sepanjang aktiviti ini dilakukan.

Airnya tak banyak pun, takat lutut kami je.  (TIMB)

Boleh tak mandi macam ni setiap hari? (TIMB)

Marilah baring beramai-ramai! (TIMB)
Duduk beramai-ramai, ambil mood  sebelum masuk kolam. (TIPB)

Uhhhh.. best best!!!! (TIPB)

Kami berjaya mencipta ombak! (TIPB)
Perjalanan jauh tak kami rasa, kerana hati melonjak sama! (TKM) 

Mari berendam beramai-ramai! (TKM)

Siap mandi dah, jom balik tadika! (TKM)
Untuk pertama kali, air tidak ditadah banyak. (TM)

Posing dahulu sebelum berseronok di dalam kolam. (TM)

Tersama pula baju-baju kami. (TM)

Dan kami berenang-renang ketepian.. (TMPB)

Belajar dahulu sebelum mandi manda. (TMPB)

Sedang mencuba untuk apungkan diri. (TMPB)

Marilah cikgu, join kami! (TS1)


Sejuknya! (TS1)

Beri pose comel sebelum mandi manda! (TS1)

Oh yeah! Kami happy! (TS2) 
 
Best cikgu! (TS2)

Cikgu baliklah dulu, kami tinggal kat sini je. (TS2)



Dari melihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh para guru besar dan video ini juga dapat kita lihat keseronokkan anak-anak murid bermandi manda. 

Jangan lupa bagi murid-murid K2, lawatan ke Sinaran Agrofarm yang ditunda, akan diadakan pada 6 Mac 2020, Jumaat. Sudah siap semua nak berkejaran dengan itik-itik?

~Cikgu Norifah~

Thursday, February 6, 2020

TERIMA KASIH IBU, AYAH.

Bismillahirrahmanirrahim.

Suasana sesi penerangan sempoa

“Tiada satu pemberian yang lebih utama yang diberikan ayah kepada anaknya selain pengajaran yang baik.” HR Al Baihaqi.

‘Anak yang hebat bermula dengan ibubapa yang hebat.’ Pernah dengar atau terbaca kata-kata ini? Alhamdulillah, beruntungnya kami di MyBISTARI GROUP kerana dikurniakan para ibubapa dan penjaga yang amat mengambil berat tentang perkembangan pelajaran anak-anaknya. Seawal hari pertama ada yang sudah bertanya tentang Bacalah Anakku dan juga cara-cara mengajarnya di rumah. Ada juga yang sudah bertanyakan tentang 'homework' anak-anak. 

"Cikgu, sekarang ni dah takde worksheet ya?" 

Untuk makluman para ibubapa, worksheet kami edarkan selepas sebulan sesi P&P dijalankan. Ini adalah untuk memberi masa kepada para ibubapa dan guru menyiapkan anak murid masing-masing dengan suasana persekolahan. Jangan risau ya, minggu ini adalah minggu pertama worksheet diedarkan kepada murid-murid.

Bermula pada tahun ini juga, kami telah melakukan  penambahbaikan pada program keibubapaan yang sering kami lakukan pada awal tahun. Jika sebelum ini Sesi Penerangan Bacalah dan Sempoa hanya dilakukan sekali sahaja pada awal tahun dan ianya adalah optional kepada pihak ibubapa, bermula tahun ini kami mewajibkan kehadiran pihak ibubapa. Kami juga telah aturkan sesi ini kepada 3 tarikh, jadi para ibubapa boleh memilih tarikh yang bersesuaian dengan kelapangan mereka. Minggu ini, 8 Februari 2020, Sabtu, adalah sesi yang terakhir bagi tahun ini. Terima kasih kami ucapkan kepada para ibubapa penjaga yang memberi kerjasama yang baik. Kami sangat-sangat hargai.

Di sini kami kongsikan gambar-gambar sepanjang program diadakan pada sesi-sesi yang terdahulu.

Perkongsian ilmu dari En. Ahamed Tamizi.

Alhamdulillah, kedatangan para ibubapa amat menggalakkan.

Para ibubapa melihat buku-buku yang digunakan oleh anak-anak mereka.

Penerangan penggunaan bacalah oleh Puan Suhaila.

Hebat cikgu boleh terangkan sambil tidur.

Masing-masing khusyuk mendengar penerangan  Puan Suhaila.

Para guru yang bertugas bagi sesi pagi program Bacalah Anakku.

Daftar dahulu sebelum masuk ke dalam dewan.

Sesi penerangan sempoa pun bermula.

Alhamdulillah, ramai juga para ibubapa datang di sesi petang.

Sejuk ya kak? Tapi itu tak menghalang untuk menuntut ilmu. 

Kena buat jari macam nak tembak, peng peng!


Kita tengok siapa siap dulu buat latihan ni.

Duduk diam-diam tau, mama nak belajar ni.

Guru-guru kami sedia membantu jika ada yang kurang faham.

Cuba puan semak semula jawapan puan, macam ada silap kira ni.

Jom kita cuba kira guna jari!

Sebelum waktu rehat, cikgu bantu hidangkan makanan. 

Alamak, kenapa macam lain aje jawapan dia ni.

Cepat Cikgu Tamizi, baca soalan. I am ready!!

Macam ni cara nak mengira.
Dah faham cara mengira guna sempoa, kita cuba guna jari pula.

Para guru yang bertugas di sesi petang pula, penerangan sempoa.
Sempat bergambar semasa transisi sesi bacalah anakku ke sesi sempoa.

Sekali lagi diperingatkan, mulai minggu ini kami sudah mula edarkan worksheet sebagai latihan anak-anak di hujung minggu. Jangan lupa siapkan dan hantar nanti hari Ahad ya.

Oh ya, memandangkan sekarang ini wabak novel coronavirus sedang menular, tarikh lawatan K2 ke Sinaran Agrofarm terpaksa kami tunda ke 6 Mac 2020, Jumaat. Diharap para ibubapa dapat memantau kesihatan anak-anak dan kurangkan aktiviti di luar. 

Untuk para ibubapa yang turut serta program hari Sabtu, 8 Februari 2020 ini nanti, kita jumpa ya!

~Cikgu Norifah~
 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon