Showing posts with label awal persekolahan. Show all posts
Showing posts with label awal persekolahan. Show all posts

Monday, February 2, 2026

HARI PERTAMA SEKOLAH PENUH CERITA!

Hari pertama bermacam ragam anak-anak.

Hari Pertama Sesi Persekolahan 2026 bermula...

Murid 5 & 6 Tahun | 13 Januari 2026

Alhamdulillah, sesi persekolahan bagi murid 5 dan 6 tahun bagi tahun 2026 telah bermula pada                13 Januari 2026, lewat satu hari berbanding tarikh rasmi pembukaan sesi persekolahan KPM.

Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini yang biasanya dimulakan lebih awal, pada tahun ini kami mengambil keputusan untuk memulakan sesi persekolahan sehari lewat. Hal ini mengambil kira tempoh cuti persekolahan yang agak singkat, di samping komitmen kami melaksanakan program pratadika. Selain itu, kami juga ingin memberi ruang dan laluan kepada ibu dan ayah untuk menguruskan hari pertama persekolahan anak-anak yang lain pada 12 Januari 2026.

Alhamdulillah, pada hari pertama sesi persekolahan, kehadiran murid bersama ibu dan ayah disambut dengan penuh mesra oleh guru-guru di setiap cawangan. Seperti yang dijangka, pelbagai ragam si cilik hebat dapat dilihat — ada yang teruja dan tidak sabar untuk ke kelas, ada yang menangis berpisah dengan ibu dan ayah, dan ada juga yang malu-malu sambil memerhati suasana baharu.

Setiap tadika mempunyai suasana dan cerita tersendiri. Saya sendiri berkesempatan menziarahi bangunan baharu Tadika Hebat Kreatif di Bistari Perdana. Alhamdulillah, suasana di sana sangat tenang dan damai, tanpa kedengaran suara tangisan anak-anak. Sesi perkenalan berjalan dengan lancar dan anak-anak cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu.

Di tadika-tadika lain pula, suasananya sedikit berbeza. Kedengaran suara tangisan si kecil yang mencari ibu dan ayah, ada juga yang hanya menitiskan air mata tanpa suara — satu pemandangan yang cukup biasa dan sangat menyentuh hati pada hari pertama persekolahan.

Bukan sahaja ragam anak-anak yang mencuri perhatian, malah ragam ibu dan ayah juga turut menyentuh perasaan para guru. Terutamanya bagi ibu dan ayah yang pertama kali menghantar anak ke sekolah — ada yang tidak dapat menahan air mata sebak apabila melihat si manja yang dahulu kecil kini sudah melangkah ke alam persekolahan.

Fasa demi fasa akan ditempuhi…
Ini hanyalah langkah pertama dalam perjalanan panjang pendidikan anak-anak.

Semoga semua anak-anak ini membesar menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat.


Hari pertama sahaja ibubapa boleh hantar sehingga ke dalam kelas.

Cerianya hari pertama sekolah!

Tahun baru, jumpa kawan baru.

Behave si cilik 5 tahun hari pertama.

Sesi perkenalkan diri hari pertama masih malu-malu.

6 tahun si cilik hebat tampil lagi berani.

Cikgu terangkan cara penggunaan tandas.

Steady tak menangis hari pertama.



Hasil kraftangan hari pertama- crown.

Fokus mewarna.

Macam-macam gaya! comel.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu dan ayah yang sudi memberi kepercayaan penuh kepada kami untuk membimbing anak-anak dalam pendidikan awal kanak-kanak. Semoga kerjasama yang terjalin ini dapat diteruskan demi membentuk generasi yang berilmu, berakhlak dan terus cemerlang.


Sekian, terima kasih 🌹


FROM ZERO TO HERO

(Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~

Wednesday, February 26, 2025

PERMULAAN SESI PERSEKOLAHAN 2025

 

Semak data dahulu sebelum masuk ke kelas. (TH Pintar)

Selamat Datang ke Sesi Persekolahan 2025!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

🌟 Selamat datang kepada murid-murid baru dan selamat kembali ke tadika buat murid-murid lama! Setelah sekian lama bercuti, kini tiba masanya untuk kita bertemu kembali dengan azam yang penuh semangat. Ayuh, kita mulakan tahun ini dengan penuh keceriaan dan rasa ingin tahu yang membara! 

Seperti tradisi MyBistari, sesi persekolahan dimulakan lebih awal bagi memberi ruang kepada murid-murid untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru. Murid-murid berusia 5 dan 6 tahun telah memulakan minggu orientasi pada 13hb Februari 2025, manakala murid-murid 4 tahun pula telah memulakan sesi persekolahan mereka pada 17 Februari 2025.

Hari pertama pastinya penuh dengan pelbagai gelagat si cilik! Ada yang datang dengan wajah penuh keterujaan, ada yang tersipu malu, dan ada juga yang masih memerlukan pelukan ibu dan ayah untuk menenangkan hati. Semua ini adalah sebahagian daripada perjalanan berharga mereka dalam dunia pembelajaran.

Kami di MyBistari amat menghargai kepercayaan ibu bapa dalam menyerahkan anak-anak hebat ini kepada kami. InsyaAllah, kami akan terus berusaha memberikan pengalaman pembelajaran yang terbaik, penuh kasih sayang dan keseronokan! ❤️

Selamat menempuh tahun persekolahan yang luar biasa! Mari kita cipta kenangan manis bersama! 

Jom kita lihat koleksi gambar yang terakam pada hari pertama sesi persekolahan.

Bergambar dahulu sementara menunggu ibu dan ayah semak data. (TH Pintar)


Belajar susun kasut dahulu. (TH Pintar)

Bekal juga disusun di tempat yang betul. (TH Pintar)

Jom kenalkan diri. (TH Minda)

Masih malu-malu adik kita sorang ni. (TH Minda)

Sesi melawat kawasan tadika. (TH Minda)


Bukan anak je ceria, ibu pun ceria. (TH Cemerlang)

Kembar Inara dan Irdina playgroup di TH Intelek, 5 tahun berpindah ke TH Cemerlang.

Kaunter pengangkutan juga disediakan. (TH Cemerlang)

Taklimat penggunaan tandas juga diajar. (TH Jaya)

Perhatikan dahulu cikgu buat aktiviti ini. (TH Jaya)

Cikgu cantik tak "Bunny" saya? TH Kreatif

Fokus siapkan aktiviti. (TH Kreatif)

Comel si cilik 5 tahun dengan head crown animals. (TH Ilmu)

Bunny cute kami dah siap! (TH Bijaksana)

Happy kids! (TH Bijaksana)

Tanda hadir hari pertama sekolah. (TH Genius)

Comel-comel si cilik 5 tahun di TH Intelek.

Baiklah sampai di sini sahaja coretan blog pada kali ini. Jom follow, like, comment and share media sosial rasmi kami MyBistari Group untuk lihat lebih banyak lagi gambar dan video aktiviti murid. 😍
Semoga sesi persekolahan pada tahun ini dapat berjalan dengan lancar dan si cilik diterangkan hati untuk menimba ilmu di sini.

Terima kasih kepada ibu ayah yang masih lagi memberi kepercayaan kepada kami untuk mendidik anak-anak hebat ini. InsyaAllah kami akan membimbing dan memberi sepenuh tanggungjawab kami untuk si cilik hebat ini.

Sekian, terima kasih.🌹

FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidk)

Sunday, March 13, 2022

ON YOUR MARK, READY.. SET 2022!


Aktiviti kraftangan pra tadika 2022.


Bismillahirrahmanirrahim.

"Barangsiapa yang keluar untuk menuntut ilmu, maka ia berada di jalan Allah hingga ia pulang," (HR Tirmidzi)

Alhamdulillah.. pejam celik, pejam celik kita sudahpun masuk ke tahun baru 2022. Untuk tahun ini, bukan sahaja tahun yang baru, penggal sekolah juga akan ikut takwim yang baru, agak sukar juga untuk kami memahami perjalanan takwim yang baru ini, banyak perkara yang perlu kami ubah dan aturkan semula, tetapi Alhamdulillah, dapat juga kami susunatur mengikut keadaan yang terkini.

Seperti biasa, aktiviti awal semester kami bermula dengan pra tadika bagi anak-anak baru yang akan menjadi ahli keluarga baru MyBISTARI GROUP. Walaupun masih terikat dengan SOP Covid19, perjalanan permulaan pra tadika dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur. Terima kasih kami ucapkan kepada para ibu bapa dan penjaga yang memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses permulaan pra tadika.

Pra tadika pada tahun ini adalah antara tempoh pra tadika yang paling singkat yang pernah kami adakan. Hanya selama 8 hari sahaja iaitu dari 27hb Februari hingga 9hb Mac 2022 sahaja. Tetapi hasil yang diperolehi sepanjang tempoh yang singkat ini tetap mambanggakan bagi kami.

Anak-anak yang baru ini juga setiap tahun semakin bijak. Meskipun masih ada lagi murid-murid baru yang menangis, tetapi jumlahnya sangatlah sedikit berbanding dengan tahun-tahun yang terdahulu. Mereka juga lebih mudah faham dengan arahan yang diberi seperti menyusun atur kasut, cara memegang pensel dan pensel warna malahan juga ada yang sudah mengenal suku kata awal dan terbuka.  Teruja kami melihat foto-foto dan video yang dikongsikan oleh para guru besar setiap cawangan berkenaan prestasi anak-anak didik mereka yang baru.

Mari kita lihat gambar-gambar sepanjang 8 hari aktiviti ini diadakan.

Meja pendaftaran menanti para ibu bapa dan murid hadir.

Ok, sudah ada yang mula datang.

Semak dahulu nama dan alamat sebelum ambil nametag dan ke kelas.

Urusan di kaunter van tadika.

Marilah dengar penerangan cara penggunaan tandas.

Nak turun tangga kena beratur dahulu ya.

Cikgu taknak ada yang tolak-tolak ya masa turun tangga, bahaya.

Murid-murid diajar cara yang betul mencuci tangan.

Ok, sila cuci tangan, cikgu nak tengok betul tak caranya.

Oppsss.. hati-hati, jangan sampai terkoyak.

Haaaaaaaa.. cuba teka siapa saya?

Cantik tak tempat letak pensel saya?

Kemasnya dia mewarna!

Ok, jom ikut cikgu baca suku kata ni.

Saya suka belajar!!!

Mari baca doa sebelum makan.

Menanti giliran untuk balik ke rumah.

Hati-hati naik van. Esok Insyaallah kita jumpa lagi ya!

Kami kongsikan juga video berkenaan Pra Tadika 2022.

15hb Mac 2022, Selasa ini akan bermula sesi persekolahan 2022/23. Persiapan akhir sedang rancak dilakukan di semua tadika kami. Semoga dipermudahkan segala urusan semuanya. Harapan kami, anak-anak murid yang bakal bersama melalui semester 2022/23 dengan kami sudah bersedia. Tak sabarnya untuk terima kehadiran semuanya!!! Dalam pada itu, tetaplah kita menjaga SOP supaya memudahkan semua pihak. Kita ingat Allah, Allah jaga kita!

On your mark, ready.. set.. go!!

~Cikgu Norifah~




 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon