Sunday, March 13, 2022

ON YOUR MARK, READY.. SET 2022!


Aktiviti kraftangan pra tadika 2022.


Bismillahirrahmanirrahim.

"Barangsiapa yang keluar untuk menuntut ilmu, maka ia berada di jalan Allah hingga ia pulang," (HR Tirmidzi)

Alhamdulillah.. pejam celik, pejam celik kita sudahpun masuk ke tahun baru 2022. Untuk tahun ini, bukan sahaja tahun yang baru, penggal sekolah juga akan ikut takwim yang baru, agak sukar juga untuk kami memahami perjalanan takwim yang baru ini, banyak perkara yang perlu kami ubah dan aturkan semula, tetapi Alhamdulillah, dapat juga kami susunatur mengikut keadaan yang terkini.

Seperti biasa, aktiviti awal semester kami bermula dengan pra tadika bagi anak-anak baru yang akan menjadi ahli keluarga baru MyBISTARI GROUP. Walaupun masih terikat dengan SOP Covid19, perjalanan permulaan pra tadika dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur. Terima kasih kami ucapkan kepada para ibu bapa dan penjaga yang memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses permulaan pra tadika.

Pra tadika pada tahun ini adalah antara tempoh pra tadika yang paling singkat yang pernah kami adakan. Hanya selama 8 hari sahaja iaitu dari 27hb Februari hingga 9hb Mac 2022 sahaja. Tetapi hasil yang diperolehi sepanjang tempoh yang singkat ini tetap mambanggakan bagi kami.

Anak-anak yang baru ini juga setiap tahun semakin bijak. Meskipun masih ada lagi murid-murid baru yang menangis, tetapi jumlahnya sangatlah sedikit berbanding dengan tahun-tahun yang terdahulu. Mereka juga lebih mudah faham dengan arahan yang diberi seperti menyusun atur kasut, cara memegang pensel dan pensel warna malahan juga ada yang sudah mengenal suku kata awal dan terbuka.  Teruja kami melihat foto-foto dan video yang dikongsikan oleh para guru besar setiap cawangan berkenaan prestasi anak-anak didik mereka yang baru.

Mari kita lihat gambar-gambar sepanjang 8 hari aktiviti ini diadakan.

Meja pendaftaran menanti para ibu bapa dan murid hadir.

Ok, sudah ada yang mula datang.

Semak dahulu nama dan alamat sebelum ambil nametag dan ke kelas.

Urusan di kaunter van tadika.

Marilah dengar penerangan cara penggunaan tandas.

Nak turun tangga kena beratur dahulu ya.

Cikgu taknak ada yang tolak-tolak ya masa turun tangga, bahaya.

Murid-murid diajar cara yang betul mencuci tangan.

Ok, sila cuci tangan, cikgu nak tengok betul tak caranya.

Oppsss.. hati-hati, jangan sampai terkoyak.

Haaaaaaaa.. cuba teka siapa saya?

Cantik tak tempat letak pensel saya?

Kemasnya dia mewarna!

Ok, jom ikut cikgu baca suku kata ni.

Saya suka belajar!!!

Mari baca doa sebelum makan.

Menanti giliran untuk balik ke rumah.

Hati-hati naik van. Esok Insyaallah kita jumpa lagi ya!

Kami kongsikan juga video berkenaan Pra Tadika 2022.

15hb Mac 2022, Selasa ini akan bermula sesi persekolahan 2022/23. Persiapan akhir sedang rancak dilakukan di semua tadika kami. Semoga dipermudahkan segala urusan semuanya. Harapan kami, anak-anak murid yang bakal bersama melalui semester 2022/23 dengan kami sudah bersedia. Tak sabarnya untuk terima kehadiran semuanya!!! Dalam pada itu, tetaplah kita menjaga SOP supaya memudahkan semua pihak. Kita ingat Allah, Allah jaga kita!

On your mark, ready.. set.. go!!

~Cikgu Norifah~




0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon