Showing posts with label Program Penerangan kelas Bistari. Show all posts
Showing posts with label Program Penerangan kelas Bistari. Show all posts

Wednesday, July 16, 2025

2 HARI PENUH ILMU & INSPIRASI!

 

Sempat Cikgu Tamizi beramah mesra dengan bapa-bapa yang hadir.

Program Penerangan Kelas Bistari & Teknik Pengajaran Sempoa 2025

Alhamdulillah!
Syukur atas sambutan hangat dari ibu ayah yang hadir ke Program Penerangan Kelas Bistari dan Teknik Pengajaran Sempoa yang telah berlangsung selama dua hari berturut-turut – Sabtu dan Ahad, 5 & 6 Julai 2025. Kehadiran yang luar biasa ini membuktikan betapa ibu ayah sangat komited dalam menyokong pendidikan awal anak-anak.

Disebabkan jumlah calon yang ramai, khususnya dari kalangan anak-anak 5 tahun yang terpilih untuk menyertai Kelas Bistari pada semester kedua nanti, program ini diadakan dalam dua sesi berasingan bagi memudahkan ibu ayah memilih hari yang sesuai untuk hadir.

🤔 Apa Itu Kelas Bistari?

Kelas Bistari bukanlah kelas biasa-biasa.
Ia merupakan kelas khas untuk murid yang menunjukkan prestasi luar biasa, malah berada di hadapan tahap perkembangan rakan sebaya mereka.

Antara kriteria pemilihan anak-anak ke Kelas Bistari termasuklah:

  • Sudah membaca bacaan Buku 6 Bacalah Anakku

  • Mempunyai sikap positif dan tiada masalah disiplin

  • Menyiapkan tugasan rumah dengan baik

  • Telah melalui ujian asas huruf A-Z dan nombor 1-20

Taklimat khas ini telah disampaikan oleh dua orang berpengalaman dari MyBistari:

  • Puan Norafizah (Sabtu)

  • Puan Suhaila (Ahad)

Selain penerangan tentang modul dan pendekatan dalam Kelas Bistari, ibu ayah turut dibekalkan dengan ilmu keibubapaan bertajuk “Membentuk Generasi Pejuang yang Cemerlang” — satu topik yang membuka minda dan sangat relevan dengan cabaran mendidik anak-anak masa kini.

Turut memeriahkan sesi adalah perkongsian teknik pengajaran Sempoa oleh Cikgu Tamizi, yang cukup dikenali dengan gaya penyampaian yang santai, mudah difahami dan penuh semangat.

Ibu ayah tidak hanya duduk dan mendengar — malah mereka turut turun padang mencuba sendiri teknik mengira menggunakan sempoa! Satu pengalaman yang menyeronokkan dan membuka mata bahawa pembelajaran matematik boleh jadi sangat menarik jika kena caranya.

Kami amat menghargai masa dan kehadiran semua ibu ayah yang hadir. Semoga segala ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan untuk membimbing anak-anak dari rumah, agar mereka terus melangkah gagah dalam dunia pembelajaran.

🌈 Bersama kita bina generasi Bistari — anak-anak yang bijak, berani dan berakhlak tinggi!

Guru yang bertugas di kaunter pendaftaran pada hari Sabtu.

Semak nama dan tuntut fail dan sijil penyertaan.

Sentiasa berikan senyuman yang manis penyambut tetamu kami.

Sentiasa bersemangat Cikgu Tamizi berkongsi ilmu parenting.

Ibu ayah pun fokus mendengar perkongsian dari Cikgu Tamizi.


Fokus ibu-ibu  membuat latihan sempoa.

Jangan malu bertanya, nanti sesat jalan.

Demi anak-anak, ibu-ibu sanggup belajar semula.

Waktu rehat ibu ayah tidak lepaskan peluang melihat hasil saringan anak-anak untuk masuk
ke kelas Bistari.

Ibu ayah fokus belajar sempoa demi sokong anak-anak cemerlang!

Q & A bersama Puan Zainun.

Semangat Puan Suhaila memberikan penerangan kelas Bistari.

Kelas Bistari, lahirkan anak kreatif dan hebat! 🌟📚


Merpati dua sejoli.

Teliti ayah-ayah melihat buku-buku contoh kelas Bistari.

Team bertugas hari Sabtu.

Team bertugas hari Ahad.

Baiklah sampai di sini sahaja coretan blog pada kali ini. Semoga usaha bersama ini terus menjadi pemangkin kecemerlangan si cilik hebat kita. Terima kasih atas sokongan padu ibu ayah!

Sekian, terima kasih 🌹

FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~

Monday, September 9, 2024

HEBATNYA TAKLIMAT KELAS BISTARI & TEKNIK PENGAJARAN SEMPOA!

 

Tersenyum menanti kehadiran ibubapa.

Pada 8 September 2024, Dewan Al-Fatih MyBistari Legacy menjadi saksi kepada program yang penuh bertenaga dan bermaklumat iaitu Taklimat Penerangan Kelas Bistari & Teknik Pengajaran Sempoa yang telah diadakan untuk kali yang kedua.

Taklimat ini dipimpin oleh Cikgu Tamizi, seorang guru yang sangat berpengalaman dan pakar dalam teknik pengajaran Sempoa. Kalau korang nak tahu, cara Cikgu Tamizi menerangkan topik ini memang power! 😎 Beliau bukan sekadar bercakap tentang teori, tetapi juga berkongsi tips & tricks yang boleh digunakan oleh anak-anak di rumah. Sempoa bukan hanya sekadar alat bantu pengiraan – ia merangsang kreativiti, fokus, dan keyakinan dalam menyelesaikan masalah matematik. 💡

Walaupun program pada kali ini Cikgu Tamizi kurang sihat, namun tetap bersemangat untuk memberi taklimat dan berkongsi ilmu tentang teknik pengajaran sempoa.

Cikgu Tamizi juga berkongsi bagaimana Sempoa membantu anak-anak mengira dengan pantas, dan yang paling menarik, anak-anak ini boleh beralih kepada pengiraan mental dengan begitu mudah selepas mahir menggunakan sempoa. Bayangkan anak-anak anda mengira tanpa kalkulator – hebat kan? 🤩

Program ini juga penuh dengan interaksi! Ibu bapa tidak melepaskan peluang untuk bertanya soalan dan berkongsi pandangan mereka. Ada yang tak sabar nak lihat sendiri hasilnya pada anak-anak di rumah nanti. Ini bukan hanya taklimat, tapi juga peluang untuk semua terlibat secara langsung dalam proses pembelajaran anak-anak mereka.

Kami di MyBistari Group sangat bangga dengan sambutan yang luar biasa. Sokongan padu dari ibu bapa seperti anda benar-benar menginspirasikan kami untuk terus memberikan yang terbaik dalam pendidikan anak-anak. 

Ternyata, hari itu bukan hanya penuh dengan ilmu, tapi juga dengan senyuman dan kenangan manis. 

Jom kita lihat aksi ibu ayah sepanjang program ini dijalankan.

Ibu-ibu perlu mendaftar kehadiran dahulu.

Penyambut tetamu sentiasa manis dengan senyuman.

Pn. Norafizah selaku pengacara majlis pada program kali ini.

Tetap semangat Cikgu Tamizi memberi penerangan kelas Bistari.

Pn Zainun sempat beramah mesra bersama ibu-ibu yang hadir.

Jangan malu-malu bertanya, kami sedia membantu.

Steady ayah pun hadir untuk belajar sempoa.

Fokus ayah membuat latihan sempoa.

Wah! seronok ibu belajar mental arithmetic.

Fokus ibu-ibu endengar taklimat dari Cikgu Tamizi.

Staf pengurusan yang bertugas.


Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini! Kami harap apa yang dipelajari hari ini akan membantu anak-anak kita untuk terus maju dan berjaya dalam pelajaran. 😊

Sekian, terima kasih.🌹

FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~

Tuesday, August 27, 2024

APA ITU KELAS BISTARI?

 Bismillahirrahmanirrahim

Apa itu kelas Bistari?

Kelas Bistari adalah salah satu keistimewaan yang ada di MyBistari Group.  Kelas Bistari diwujudkan untuk menggarap potensi yang ada pada anak-anak dan merangsang anak-anak supaya lebih kreatif serta berketerampilan. Selain itu, kelas bistari juga merupakan persediaan maksimum untuk anak-anak memasuki darjah 1. Silibus yang digunakan mengikut tahap kebolehan anak-anak.

Justeru, kami di MyBistari Group telah mengadakan program penerangan kelas bistari khas untuk ibu ayah yang anak-anaknya terpilih untuk memasuki ke kelas bistari pada semester kedua nanti. Program ini diadakan adalah untuk memberi taklimat dan penerangan tentang keistimewaan kelas bistari berbanding kelas normal. Jadi dengan info-info yang diterangkan di dalam program ini dapat membuka mata ibu ayah untuk anak sertai kelas bistari. Bukan sekadar hanya mendengar persepsi dari orang luar tentang kelas bistari ini.

Alhamdulillah program ini telah dijalankan dengan jayanya pada 24hb Ogos 2024, Sabtu untuk slot yang pertama. InshaAllah slot yang kedua akan dijalankan pada 8hb September 2024, Ahad. Jadi bagi ibu ayah yang masih belum mendaftar, bolehlah mendaftar dengan kadar segera agar info yang diterima tentang kelas bistari lebih jelas dan terperinci lagi.

Program ini bukan sekadar sesi penerangan kelas bistari sahaja, malah ibu ayah juga diajarkan kaedah dan teknik pengajaran sempoa. Ilmu yang diberikan ini sangat mahal dan berharga yang susah untuk diperolehi pada zaman sekarang ini. 

Semoga perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan oleh ibu ayah demi masa depan anak-anak kita.

Jom kita saksikan koleksi gambar dan video sepanjang program ini dijalankan.

Pengesahan nama di kaunter pendaftaran.


Fokus ibu ayah mendengar perkongsian ilmu dari Cikgu Tamizi.

Antara buku keluaran MyBistari untuk kelas 6 Bistari.

Rehat dijamu dengan nasi lemak dan kuih-muih.

Pameran buku hasil kerja murid bistari.

Cikgu Zainun tidak lepaskan peluang untuk beramah mesra bersama ibu-ibu yang hadir.

Kaum bapa pun tidak lepaskan peluang untuk bertanya lebih lanjut tentang kelas bistari.

Dah bersedia ke semua nak belajar sempoa.

Pening ke tu belajar sempoa. Hihihi

Fokus!

Jika tak faham jangan malu-malu bertanya.

Semangat Cikgu Tamizi mengajar sempoa.

Bapa-bapa juga tidak kurang hebatnya.

Satu-satunya pasangan ibu ayah yang hadir.

Jangan malu bertanya ya bapa-bapa jika tak faham.

Berlumba siapkan latihan.

Fokus siapkan latihan yang diberikan.

Penutup soal jawab bersama Cikgu Zainun.

Beramah mesra sebelum pulang.

Barisan guru yang bertugas.



Baiklah sampai di sini sahaja coretan blog saya pada kali ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada ibu ayah yang sudi hadir ke program-program yang kami anjurkan. Semoga segala ilmu dan perkongsian ini dapat digunakan semaksimum mungkin untuk diaplikasikan kepada anak-anak hebat ibu ayah.

Sekian, terima kasih.🌹

~Cikgu Azreen~
 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon