Monday, September 9, 2024

HEBATNYA TAKLIMAT KELAS BISTARI & TEKNIK PENGAJARAN SEMPOA!

 

Tersenyum menanti kehadiran ibubapa.

Pada 8 September 2024, Dewan Al-Fatih MyBistari Legacy menjadi saksi kepada program yang penuh bertenaga dan bermaklumat iaitu Taklimat Penerangan Kelas Bistari & Teknik Pengajaran Sempoa yang telah diadakan untuk kali yang kedua.

Taklimat ini dipimpin oleh Cikgu Tamizi, seorang guru yang sangat berpengalaman dan pakar dalam teknik pengajaran Sempoa. Kalau korang nak tahu, cara Cikgu Tamizi menerangkan topik ini memang power! 😎 Beliau bukan sekadar bercakap tentang teori, tetapi juga berkongsi tips & tricks yang boleh digunakan oleh anak-anak di rumah. Sempoa bukan hanya sekadar alat bantu pengiraan – ia merangsang kreativiti, fokus, dan keyakinan dalam menyelesaikan masalah matematik. 💡

Walaupun program pada kali ini Cikgu Tamizi kurang sihat, namun tetap bersemangat untuk memberi taklimat dan berkongsi ilmu tentang teknik pengajaran sempoa.

Cikgu Tamizi juga berkongsi bagaimana Sempoa membantu anak-anak mengira dengan pantas, dan yang paling menarik, anak-anak ini boleh beralih kepada pengiraan mental dengan begitu mudah selepas mahir menggunakan sempoa. Bayangkan anak-anak anda mengira tanpa kalkulator – hebat kan? 🤩

Program ini juga penuh dengan interaksi! Ibu bapa tidak melepaskan peluang untuk bertanya soalan dan berkongsi pandangan mereka. Ada yang tak sabar nak lihat sendiri hasilnya pada anak-anak di rumah nanti. Ini bukan hanya taklimat, tapi juga peluang untuk semua terlibat secara langsung dalam proses pembelajaran anak-anak mereka.

Kami di MyBistari Group sangat bangga dengan sambutan yang luar biasa. Sokongan padu dari ibu bapa seperti anda benar-benar menginspirasikan kami untuk terus memberikan yang terbaik dalam pendidikan anak-anak. 

Ternyata, hari itu bukan hanya penuh dengan ilmu, tapi juga dengan senyuman dan kenangan manis. 

Jom kita lihat aksi ibu ayah sepanjang program ini dijalankan.

Ibu-ibu perlu mendaftar kehadiran dahulu.

Penyambut tetamu sentiasa manis dengan senyuman.

Pn. Norafizah selaku pengacara majlis pada program kali ini.

Tetap semangat Cikgu Tamizi memberi penerangan kelas Bistari.

Pn Zainun sempat beramah mesra bersama ibu-ibu yang hadir.

Jangan malu-malu bertanya, kami sedia membantu.

Steady ayah pun hadir untuk belajar sempoa.

Fokus ayah membuat latihan sempoa.

Wah! seronok ibu belajar mental arithmetic.

Fokus ibu-ibu endengar taklimat dari Cikgu Tamizi.

Staf pengurusan yang bertugas.


Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini! Kami harap apa yang dipelajari hari ini akan membantu anak-anak kita untuk terus maju dan berjaya dalam pelajaran. 😊

Sekian, terima kasih.🌹

FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~

0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon