Sunday, September 22, 2024

HARI TEMU MESRA IBUBAPA & GURU

 

Morning circle sebelum mulakan tugas.

Hai Assalamualaikum ibuayah.

Pada 18 dan 19 September 2024, MyBistari Group melakar detik manis dengan mengadakan Hari Temu Mesra Ibu Bapa dan Guru di semua tadikanya. Acara ini bukan sahaja hari untuk ibu bapa mengambil rekod pentaksiran anak-anak, malah menjadi peluang untuk mengambil keperluan semester kedua.

Apa yang menjadikan Hari Temu Mesra kali ini istimewa ialah suasana yang tenang dan santai, bertepatan dengan musim cuti sekolah. Meskipun cuti hanya seminggu, ramai ibu bapa mengambil peluang membawa anak-anak bercuti dan pulang ke kampung. Namun, dedikasi ibu bapa MyBistari tak pernah mengecewakan—ada yang sanggup berpatah balik dari Muar ke Pasir Gudang, semata-mata untuk mengambil rekod pentaksiran anak! Bayangkan betapa besarnya komitmen mereka terhadap pendidikan si kecil!

Walaupun kehadiran sedikit berkurangan kerana cuti, sesi pertemuan ini tetap penuh makna. Guru dan ibubapa berpeluang berkongsi perkembangan anak-anak dengan lebih dekat dan membincangkan strategi untuk memastikan mereka terus cemerlang. Suasana yang teratur dan mesra menjadikan pertemuan ini lebih hangat, seolah-olah keluarga besar berkumpul!

Kesimpulannya, meskipun percutian menjadi keutamaan sesetengah keluarga, perhatian terhadap pendidikan anak-anak tetap unggul. Terima kasih kepada ibu bapa yang hadir—anda benar-benar hebat! Semoga semester kedua ini membawa lebih banyak kejayaan dan kegembiraan buat anak-anak kita.

Jom kita saksikan bingkisan gambar dan video sepanjang Hari Temu Mesra ini diadakan.

Sebelum masuk ke kelas ibubapa wajib ke kaunter pendaftaran dahulu. (TH Jaya)

Apalah tu yang dibisikkan oleh ayah. (TH Jaya)

Fokus si ayah mendengar penerangan oleh guru kelas. (TH Jaya)

Sempat lagi cikgu-cikgu di TH Ilmu menyediakan kudapan untuk tetamu yang hadir.

Bukan ibu yang tulis dibuku pelawat tapi anaknya yang tolong tulis. (TH Ilmu)

Satu keluarga hadir ke tadika. (TH Ilmu)

Masam je muka si cilik tu? okay tak tu. Hihihi (TH Ilmu)

Busy Cikgu Siti kita melayan ibubapa untuk pengambilan keperluan. (TH Intelek)

Boleh tingkatkan lagi prestasi untuk lebih cemerlang. (TH Intelek)

Sabar menunggu giliran. (TH Intelek)

Sebelum ibubapa datang- cikgu-cikgu ambil gambar dahulu.

Wah, dapat hadiah dari cikgu! (TH Bijaksana)

Comel je ibu dan si cilik bergambar. (TH Bijaksana)

Bergambar kenangan sebelum pulang. (TH Bijaksana)

Sebelum pulang, ibubapa perlu semak kuantiti buku yang diterima. (TH Cemerlang)

Tersenyum ibu mendengar perkongsian dari guru kelas. (TH Cemerlang)

Bersemangat Cikgu Fitriah berkongsi prestasi anak murid. (TH Cemerlang)

Ini bukan ibu je yang fokus, anak pun fokus dengar nasihat dari cikgu. (TH Cemerlang)

Bergambar dahulu tanda hadir. (TH Kreatif)

Tahun ni 2 orang sahaja murid 5 tahun di TH Kreatif. Inshaallah tahun hadapan
bertambah muridnya,

Sempat bergambar kenangan bersama guru kelas. (TH Kreatif)


Keputusan keseluruhan kelasa juga dipaparkan di papan notis. (TH Genius)


Tersenyum ayah melihat keputusan anak. (TH Inovasi)

Berfungsi juga tampalan carta di dalam kelas. (TH Genius)

Okay encik ini fail profailnya, nanti pulang semula hari pertama sesi persekolahan. (TH Genius)

Wah meriah photobooth di TH Genius.

Sambil menunggu ibubapa sempat lagi cikgu siapkan tugasan. (TH Inovasi)

Wah siap bawa beg sekolah nak isi buku ya. (TH Inovasi)

Anak kat sebelah tu mesti berdebarkan. (TH Inovasi)


Guru bertugas di kaunter pendaftaran akan menunjukkan arah kelas kepada ibubapa. (TH Pintar)

Komitmen seorang ibu, sanggup tinggalkan sebentar pekerjaan untuk hadir ke tadika
mengambil rekod pentaksiran anak. (TH Pintar)

Seronok ibu dan ayah mendengar progres anak. (TH Pintar)

Apa yang dimenungkan tu? (TH Pintar)

Dapat nombor berapa tu? (TH Minda)

Walaupun baru 2 bulan bekerja, Cikgu Zuliza tidak kekok untuk menerangkan pada ibubapa.
(TH Minda)

Sedondon adik dan kakak hadir ke tadika. (TH Minda)


Apalagi...Jom follow, like, comment & share!

Sekian, terima kasih.🌹

~Cikgu Azreen~

0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon