Assalamualaikum semua! Selamat datang ke Hari Jalinan Mesra Tautan Kasih yang berlangsung pada hari Rabu, 11 September 2024 yang lepas, di Dewan Al-Fatih MyBistari Legacy, Taman Scientex. Program hari ini sangat istimewa, terutamanya untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak berusia 4 tahun. Kita berkumpul di sini untuk membincangkan prestasi dan perkembangan anak-anak sepanjang satu semester sesi persekolahan.
Semua ibu bapa pastinya teruja nak berjumpa guru-guru, kan? Inilah masa yang terbaik untuk memahami kekuatan dan potensi anak-anak kita, serta berbincang mengenai cara terbaik untuk menyokong pembelajaran mereka.
Sambil ibu bapa menunggu giliran untuk berjumpa guru, jangan risau, anak-anak turut dihiburkan dengan pelbagai aktiviti sampingan yang menarik seperti lacing, kolaj, bermain lego, dan pom pom sort. Aktiviti-aktiviti ini memang seronok, sambil membantu perkembangan motor halus dan kreativiti si kecil.
Oh ya, ada juga kudapan disediakan! Kalau perut terasa lapar sementara menunggu giliran, ibu bapa boleh menikmati hidangan ringan seperti karipap, brownies, kek marble, sandwich, serta pilihan minuman seperti air kotak, mineral, dan air blackcurrant. Semua ini disediakan untuk memastikan pengalaman hari ini berjalan dengan lancar dan selesa.
Jadi, mari kita nikmati saat indah ini bersama. Ikatan kasih antara ibu bapa, guru, dan anak-anak semakin kuat hari ini, demi masa depan yang lebih gemilang! 😊🌟
|
Teruja tengok screen besar ada muka sendiri. |
|
Apalah tu yang dibincangkan. |
|
Ibuayah sibuk berbincang, anak-anak seronok bermain bersama kawan. |
|
Fokus Adik Affan membuat aktiviti pom pom sort. |
|
Sempat lagi Cikgu Tamizi beramah mesra bersama bapa murid. |
0 comments:
Post a Comment