Sunday, April 19, 2020

WE LOVE OUR TADIKA


Bismillahirrahmanirrahim.

Jangan hampakan harapan mereka. 

“Tiada kekuatan dan daya melainkan dari Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia.”

Seperti yang dijangkakan, arahan PKP diteruskan lagi untuk fasa yang ketiga. Ada yang mula mengeluh dan ramai yang sebenarnya tak senang duduk. Mana taknya, sudah sebulan duduk di rumah hinggakan ada guru kami yang mengadu sudah lupa cara untuk memandu kereta manual.

Setiap hari bila masuk jam 5 petang, hati sentiasa berdebar-debar menanti lintas langsung dari Dr Noorhisham Abdullah berkenaan info Covid-19, tak kurang juga debarnya ketika tengahari bila wajah Dato’ Sri Ismail Sabri muncul di kaca televisyen. Sedih dan terkilan apabila mendapat tahu bilangan yang ingkar kepada arahan PKP semakin bertambah walaupun jumlah mereka yang dijangkiti semakin berkurangan dan yang telah sembuh dari Covid-19 semakin bertambah.

Hanya kerana virus ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan kesannya tidak akan nampak sehingga 14 hari, ramai yang merasakan perkara ini tidak seserius yang dikhabarkan. Yang penting imun badan kuat dan rajin-rajin ambil vitamin C, satu pemahaman yang salah. Ya, mungkin kita ‘kebal’ dari jangkitan virus ini, tanpa kita sedar sebenarnya kita adalah ejen yang menyebarkannya ke orang sekeliling dan lebih menakutkan ke ahli keluarga yang sebumbung dengan kita.

Setiap kali keluar untuk membeli barang-barang keperluan, rasanya seperti dihantar berperang. Walaupun segala langkah-langkah keselamatan telah diambil, bertopeng dan hand sanitizer tersedia di dalam kereta, tetap sikap sesetengah orang di luar sana yang merisaukan. Sangat sukar bagi mereka untuk mengamalkan social distance. Bila ditegur, ada yang membalas, “Ala.. tak apa, virus tak sampai sini.” Bersangka baik, mungkin dirumahnya tiada televisyen, jadi dia tidak tahu, ada kluster di Pasir Gudang, dan jumlah yang terjangkiti setakat ini 15 orang. Dalam situasi begini, hashtag kita jaga kita tak boleh digunapakai, hanya kepadaNyalah tempat kita bergantung harap. Jadi jangan lupa, setiap kali hendak keluar rumah untuk urusan-urusan penting, selain dari persediaan yang lengkap, mintalah pertolongan dari Allah agar memelihara kita sepanjang waktu pergi, ketika berurusan, dan balik ke rumah.

Bagi kami yang berada di dalam bidang pendidikan, impaknya sangat besar. Walaupun mungkin keadaan terkawal dan PKP dihentikan, kita masih tidak tahu bila tadika boleh dibuka semula. Sememangnya kami gembira bila dapat bervideo call dengan anak-anak murid sepanjang PKP ini, tetapi dalam masa yang sama turut berasa sedih bila ada yang menangis kerana rindukan guru dan rakan-rakan, ada yang memakai baju sekolah dan baju senaman untuk hilangkan rindu, dan ada yang bertanya bila boleh dapat ke tadika semula.

Oleh itu, kami terpanggil untuk mengajak anak-anak murid kami memberi pesanan dan nasihat berkenaan Covid-19. Bersemangat masing-masing cuba untuk menghasilkan kerja  yang terbaik. Ditanya kenapa begitu bersungguh-sungguh sekali? Jawapan mereka adalah, "Kami sayangkan tadika kami." Siapa tahu mungkin dengan teguran anak-anak kecil ini ada yang terbuka hati untuk lebih peka dan bertanggungjawab.

Gambar semasa dan selepas mewarna.

Ya, kami semua sayangkan tadika kami.

Masing-masing tersenyum bangga dengan hasil mereka.

Cantiknya.

Kami dah jalankan tugas kami, anda bila lagi?

Tekun mewarna.

Ok, lagi sikit je nak warnakan dinding rumah saya ni.

Ish..ish.. geram saya yang suka jalan-jalan kat luar tanpa urusan penting.

Minta dipakaikan baju senaman kerana terlalu rindu.

Ada yang pakai uniform tadika semasa rekod bacaan diambil.

Bila dah tak tertahan lagi rindu...

Kami kongsikan video himpunan gambar dan rakaman anak-anak ini ya.


Mari kita bersama-sama menjadi lebih peka dan sensitif dalam menangani masalah ini. Lebih-lebih lagi tinggal kurang dari seminggu sahaja kita akan menyambut bulan Ramadhan. Jaga jarak kita, tak perlu keluar rumah jika tiada perkara penting, sentiasa amalkan kebersihan diri, perbanyakkan zikir dan selawat, manfaatkan masa bersama keluarga, dan jangan boros berbelanja.

Jom ajar anak-anak niat berpuasa dan doa berbuka puasa!

~Cikgu Norifah~   

Sunday, April 12, 2020

WE ARE ONE BIG FAMILY.


Bismillahirrahmanirrahim.

Kami sudah siapkan tugasan kami!

Wahai Rabb Yang Maha Hidup, Wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tanpa pertolongan segala sesuatu, dengan rahmatMu aku minta pertolongan, perbaikilah segala urusanku.

Bertambah lagi jumlah minggu kita ber pkp. Semoga semua tabah dan sabar ya. Para ibubapa dan penjaga yang sudah terbiasa sibuk di awal pagi dengan urusan persiapan anak-anak ke sekolah dan juga urusan kerja masing-masing, pasti terasa kelainan jadual harian kan? Kami juga sama, yang sudah terbiasa di awal pagi mendengar riuh rendah suara anak-anak murid turun dari van dengan pelbagai cerita yang hendak mereka sampaikan, sapaan ibu bapa dan penjaga yang menghantar anak-anak ke tadika, dan pastinya sangat rindukan suasana bersama-sama murid di dalam kelas.

Semuanya sekarang ini tersimpan erat dalam ingatan dan hati kami, bersabar menanti hari semuanya pulih kembali, Insyaallah. Buat masa ini, kita kena bersyukur dengan peluang yang masih ada, manfaatkan masa yang diperuntukkan sebaiknya. Alhamdulillah, minggu lepas adalah minggu kedua kita menjalankan pengambilan rekod bacaan secara online dan juga membekalkan murid-murid dengan lembaran kerja.

Mari kita lihat sebahagian dari gambar-gambar yang dikongsikan oleh para guru semasa aktiviti-aktiviti ini dijalankan.


Macamana nak sebut ni cikgu?


Latihan tambahan dari ibu supaya anak lancar membaca jawi.

Alamak, nak dengar cakap siapa ni ya? Ibu ke cikgu?

Bermacam stail yang dibuat oleh para guru, cantik-cantik semuanya.

Antara wajah-wajah ceria bervideo call dengan guru masing-masing.


Saya tujukan lagu ini khas untuk.. eh.. silap pula.


Walaupun tak ramai, semangat tu penting.

Masing-masing fokus membaca.
   
Cantik susunannya.

Hmmm.. apa ya ni sebutannya?

Sampai ke malam sesi ini diadakan.

Wajah-wajah kesayangan cikgu.

Eh.. tunjuk yang mana tu?

Saya dah baca sampai sini!!

Comel sangat ni!

Bukan setakat itu, rekod hafalan dan latihan sempoa juga dapat dijalankan. Kami amat bangga dan berterima kasih dengan para ibu bapa dan murid-murid, we are really one big family!


Sudah siap, cikgu!

Cantik tak saya warna ni?

Latihan yang diberi oleh ibunya, bagus!!

Jom ulangkaji!

Latihan sempoa dan lembaran kerja.


Sudah siap semuanya, Alhamdulillah.

Hebatkan saya?

Ibu saya salin sahaja, tapi ilmunya tetap sampai.

Si kembar in action!

Masing-masing bersemangat siapkan kerja.

Rekod hafalan sedang diambil.
Kami kongsikan juga video himpunan gambar-gambar rekod bacaan online sesi ke 2.


Sekali lagi, kami memahami sekiranya ada pihak ibu bapa yang tidak dapat meluangkan masa untuk sama-sama menjayakan aktiviti ini. Cuma kami harapkan, ada pengisian bagi mereka, agar masa mereka terisi dengan aktiviti-aktiviti yang sihat dan berguna.

Marilah kita sama-sama berdoa agar Covid-19 dapat dihapuskan. Sementara itu, kita ikuti segala arahan dan perintah supaya duduk di rumah dan mafaatkan masa bersama keluarga tercinta.
Stay at home, stay safe. Kita ingat Allah, Allah jaga kita.

~Cikgu Norifah~







Sunday, April 5, 2020

JAUH TAPI DEKAT DI HATI

Bismillahirahmanirahim.

Bermulanya pengambilan rekod bacaan secara video call.

 
“Tidak ada daya kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah.”

Minggu ini adalah fasa ke dua PKP dijalankan di seluruh negara. Anak-anak yang pada mulanya seronok kerana cuti sekolah yang lama, sudah mula berbunyi kebosanan. Ditambah pula dengan arahan kerajaan supaya semua #stayathome menyebabkan keadaan menjadi semakin membosankan bagi anak-anak yang sudah terbiasa keluar bermain di petang hari. Ada juga yang mula bertanya bila sekolah akan bermula, rindu kawan-kawan, guru-guru, dan pakcik makcik van tadika. Sejujurnya, kami juga rindu dan tidak pasti bilakah keadaan akan kembali seperti biasa.

Inisiatif yang kami ambil adalah dengan mengadakan pengambilan rekod bacaan secara online dan juga membekalkan para ibubapa dengan lembaran-lembaran kerja agar murid-murid kami dapat belajar dan membuat ulangkaji. Maaf, buat masa ini hanya inilah sahaja cara yang dapat dilakukan untuk memastikan sesi pembelajaran tetap berlangsung walaupun murid-murid tidak dapat hadir ke tadika.

Kami faham perkara ini tidak mudah. Masalah coverage, masalah kekangan masa, masalah tidak membawa buku bacaan apabila pulang ke kampung dan bermacam lagi jenis masalah yang timbul. Kita semua harus faham, tiada seorang pun di antara kita yang menjangkakan perkara sebegini akan terjadi. Terima kasih kami ucapkan bagi ibubapa dan penjaga yang memberikan sokongan  dan kerjasama yang baik, perkara ini kami akan ingat sampai bila-bila. Together we are stronger, right? Insyaallah.

 Antara gambar-gambar yang dikongsikan semasa sesi pertama video call diadakan.

Baru pertama kali bervideo call, mood tak sampai lagi tu. 
Baru bangun tidur ke ni? Hehe..


Alhamdulillah, bacaan berjalan lancar.

Gambar-gambar anak murid yang dihimpunkan oleh guru kelas.

Tiada buku bacaan, ibu tulis di kertas. 
Borak apa je berdua ni?


Jom baca! 
Eh.. dia malu-malu lah..


Tiada buku bukan penghalang untuk diambil rekodnya.


Wah.. macam nak rakam berita kat tv.

This is another level ni.

Antara gambar-gambar yang dikongsikan sesi kedua pula.

Mmebaca di bawah bimbingan ibu. 
Baca jangan tak baca.


Hi Cikgu Munirah!! 

Ada yang sempat sarapan minum Milo.. hehe.

Masing-masing khusyuk membaca.

Kami semua dah siap baca!

Jangan tertidur masa baca ya.

Aik, masih malu-malu lagi ke?

Gaya santai.

Atuk pun nak join sekali sesi bacaan.

Manis senyuman tu.

Untuk tempoh dua kali rekod bacaan ini diambil, apa yang dapat kami lihat di sini, ianya sedikit sebanyak menyuntik semangat positif dalam diri guru-guru kami dan kami berharap para ibubapa dan murid-murid rasakan perkara yang sama. Semangat seperti ini yang kita semua perlukan dalam menghadapi situasi global sekarang ini.

Terus terang, kami amat tersentuh dengan kerjasama dan sokongan yang diberikan. Lebih-lebih lagi apabila ada para ibubapa yang sanggup menyalin soalan untuk dijadikan helaian lembaran kerja anak-anak dan ada juga yang membuat soalan sendiri berpandukan soalan-soalan yang terdahulu. Semoga segala usaha dan kepayahan para ibubapa mendapat keberkatan dariNya.

Usaha ibu menyalin soalan di buku kosong.

Pandainya dia.

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Anak saya dah siap buat ni cikgu.

Kemasnya ibu buat lembaran kerja ni.

Hasil kerja murid-murid dengan bantuan para ibubapa.

Hebat tak saya cikgu?

Jangan ganggu, saya tengah fokus.

Cantik tak saya warna gambar ni?

Latihan demi latihan saya siapkan.

Sempoa pun kami buat juga.

Belajar tak kira tempat dan masa.

Rekod hafalan juga sempat diambil.
Maaf, kami tidak dapat kongsikan semua gambar yang ada di sini. Jika para ibubapa dan penjaga ingin melihat gambar-gambar yang lain, silalah ke page Facebook kami ; MyBistari Group.

Untuk minggu ini juga, sesi bacaan video call akan kami teruskan, begitu juga dengan lembaran-lembaran kerja murid, akan kami kongsikan di group whatsapp. Marilah kita terus bekerjasama dalam memastikan anak-anak murid mendapat ilmu dan memanfaatkan tempoh cuti mereka ini dengan aktiviti yang bermanfaat. Terima kasih sekali lagi, from the bottom of our heart. Jaga diri, stay safe, stay at home. Kita ingat Allah, Allah jaga kita.

~ Cikgu Norifah~




 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon