Bismillahirahmanirahim.
|
Bermulanya pengambilan rekod bacaan secara video call. |
“Tidak ada daya kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah.”
Minggu ini adalah fasa ke dua PKP dijalankan di seluruh
negara. Anak-anak yang pada mulanya seronok kerana cuti sekolah yang lama,
sudah mula berbunyi kebosanan. Ditambah pula dengan arahan kerajaan supaya
semua #stayathome menyebabkan keadaan menjadi semakin membosankan bagi
anak-anak yang sudah terbiasa keluar bermain di petang hari. Ada juga yang mula
bertanya bila sekolah akan bermula, rindu kawan-kawan, guru-guru, dan pakcik
makcik van tadika. Sejujurnya, kami juga rindu dan tidak pasti bilakah keadaan
akan kembali seperti biasa.
Inisiatif yang kami ambil adalah dengan mengadakan
pengambilan rekod bacaan secara online dan juga membekalkan para ibubapa dengan
lembaran-lembaran kerja agar murid-murid kami dapat belajar dan membuat
ulangkaji. Maaf, buat masa ini hanya inilah sahaja cara yang dapat dilakukan
untuk memastikan sesi pembelajaran tetap berlangsung walaupun murid-murid tidak
dapat hadir ke tadika.
Kami faham perkara ini tidak mudah. Masalah coverage, masalah
kekangan masa, masalah tidak membawa buku bacaan apabila pulang ke kampung dan
bermacam lagi jenis masalah yang timbul. Kita semua harus faham, tiada seorang
pun di antara kita yang menjangkakan perkara sebegini akan terjadi. Terima
kasih kami ucapkan bagi ibubapa dan penjaga yang memberikan sokongan dan kerjasama yang baik, perkara ini kami
akan ingat sampai bila-bila. Together we are stronger, right? Insyaallah.
Antara gambar-gambar yang dikongsikan semasa sesi pertama video call diadakan.
|
Baru pertama kali bervideo call, mood tak sampai lagi tu. |
|
Baru bangun tidur ke ni? Hehe.. |
|
Alhamdulillah, bacaan berjalan lancar. |
|
Gambar-gambar anak murid yang dihimpunkan oleh guru kelas. |
|
Tiada buku bacaan, ibu tulis di kertas. |
|
Borak apa je berdua ni? |
|
Jom baca! |
|
Eh.. dia malu-malu lah.. |
|
Tiada buku bukan penghalang untuk diambil rekodnya. |
|
Wah.. macam nak rakam berita kat tv. |
|
This is another level ni. |
Antara gambar-gambar yang dikongsikan sesi kedua pula.
0 comments:
Post a Comment