Sunday, June 18, 2023

TITIK BERMULANYA KEJAYAAN

 

Bismillahirrahmanirrahim

Kad jemputan program diedit oleh Pn. Shawariah.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sebenarnya orang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." (Surah al-Hujurat, ayat 10)

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Apresiasi 2023 yang telah dijalankan pada 11 Jun 2023 (Ahad). Majlis pada kali ini dibuat secara tertutup di Dewan Al-Fatih Jalan Belatuk kerana kami ingin eratkan lagi ukhuwah bersama ibu bapa.

Kelainan yang kami bawakan pada tahun ini adalah kami staf pengurusan dan operasi turun padang ke rumah murid-murid untuk menghantar sendiri kad jemputan kepada ibu bapa dan membawa sedikit goodies untuk meraikan kejayaan anak-anak hebat ini. Selain itu, kami juga berpeluang untuk mendapatkan sedikit feedback tentang MyBISTARI GROUP.

Pada tahun ini, seramai 24 orang murid terpilih menerima Anugerah Apresiasi ini. Pemilihan dibuat berdasarkan pencapaian murid yang telah membaca buku 8 dan ke atas dalam tempoh 6 minggu sesi persekolahan sahaja berbanding tahun sebelum ini kita telah membuat pemilihan selepas 3 atau 5 bulan untuk murid menerima anugerah ini. Pemilihan ini juga dibuat secara rahsia oleh pihak operasi para penyelia cawangan tanpa pengetahuan guru besar mahupun guru-guru.

Ada sebab kenapa kami membuat pemilihan ini secara rahsia. Hal ini kerana kami tidak mahu guru dan guru besar memberi tekanan kepada murid untuk mendapatkan anugerah ini. 

Bukan sahaja para guru terkejut dengan pengumuman pemilihan ini malah ada juga ibu bapa yang terkejut dengan majlis ini terutama ibu bapa lama yang masih ada anak yang bersekolah di sini. 

Ada ibu bapa yang personal dengan kami,

"Alaaa anak saya lagi 2 muka surat je nak tamat buku bacaan. Kenapa tak tunggu?" 

"Kenapa awal sangat buat Majlis Apresiasi ni, rugilah anak saya tak dapat lagi sikit je nak habis."

Tidak mengapa ibu bapa, masih sempat lagi nak kejar Anugerah Khas Bacaan penghujung sesi 2023 nanti. Hihihi

Alhamdulillah majlis ini berjalan dengan lancar dan meriah walaupun dibuat secara tertutup,ditambah pula dengan kehadiran tetamu VIP kami yang berhormat Encik Norafazi Penolong Pegawai PPD Pendidikan Swasta Pasir Gudang. 

Terima kasih juga kepada ibu bapa yang sudi hadir memeriahkan lagi suasana untuk majlis ini, mohon maaf sekiranya ada kekurangan dari pihak kami. Terima kasih juga sudi santuni kami dengan baik sepanjang kami bertandang ke rumah tempoh hari.

Oh ya sebelum itu, ada 2 orang murid yang tidak dapat hadir disebabkan adanya halangan. Bagi menghargai dan meraikan kejayaan anak-anak ini, kami team operasi sekali lagi turun padang pergi ke rumah murid untuk menghantar trofi dan bouqet. Alhamdulillah seronok anak-anak ini terima anugerah walaupun tidak merasa naik ke pentas seperti anak-anak yang lain tetapi dengan kehadiran guru ke rumah cukup bermakna dan membuat mereka gembira tak lekang senyuman di bibir.

Baiklah jom lihat koleksi gambar dan video sepanjang majlis ini berlangsung.


Emcee otai kami Pn Shawariah & Pn Norafizah.


Ruangan photobooth disediakan untuk bergambar kenangan.

Persediaan guru sebelum kehadiran tetamu.

Kehadiran ibu bapa memenuhi ruang dewan.

Perkongsian ilmu dari Cikgu Tamizi.

Anak-anak yang diraikan menunggu masa untuk terima anugerah.

Kehadiran tetamu VIP kami Encik  Norafazi.

Ucapan dari tetamu VIP kami.

Hi-tea dahulu sebelum sambung ke slot seterusnya.


Susun cantik-cantik ya brownies tu. Hihi

Perkongsian dari Pn Suhaila berkaitan majlis ini.

Alahai comelnya siap bertanjak adik Abid ni.

Tahniah anak-anak hebat cawangan TIPB.

Tahniah anak-anak hebat dari TNPB.


Adik Anggun Alisa malu-malu nak bergambar dengan kawan-kawan. Hihihi


Tahniah anak-anak hebat TPB Taman Mawar.

Tahniah anak-anak hebat TPB Taman Scientex 1.


Tahniah anak-anak hebat TPB Taman Scientex 2.


Tahniah adik Ainul dari TIB.

Tahniah adik Aisyah Nur Hannan dari TIPB.


Tahniah anak-anak hebat yang terpilih ke Majlis Apresiasi.









Baiklah sampai di sini sahaja coretan blog pada kali ini. Nantkan program seterusnya dari kami semoga kita berjumpa lagi. 

~Sekian terima kasih~

-Cikgu Azreen-
 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon