Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sebenarnya
orang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu
dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." (Surah
al-Hujurat, ayat 10)
Alhamdulillah selesai sudah Majlis Apresiasi 2023 yang telah dijalankan
pada 11 Jun 2023 (Ahad). Majlis pada kali ini dibuat secara tertutup di Dewan
Al-Fatih Jalan Belatuk kerana kami ingin eratkan lagi ukhuwah bersama ibu bapa.
Kelainan yang kami bawakan pada tahun ini adalah kami staf pengurusan dan operasi turun padang ke rumah murid-murid untuk menghantar sendiri kad jemputan kepada
ibu bapa dan membawa sedikit goodies untuk meraikan kejayaan anak-anak hebat ini.
Selain itu, kami juga berpeluang untuk mendapatkan sedikit feedback
tentang MyBISTARI GROUP.
Pada tahun ini, seramai 24 orang murid terpilih menerima Anugerah
Apresiasi ini. Pemilihan dibuat berdasarkan pencapaian murid yang telah membaca
buku 8 dan ke atas dalam tempoh 6 minggu sesi persekolahan sahaja berbanding
tahun sebelum ini kita telah membuat pemilihan selepas 3 atau 5 bulan untuk
murid menerima anugerah ini. Pemilihan ini juga dibuat secara rahsia oleh pihak
operasi para penyelia cawangan tanpa pengetahuan guru besar mahupun guru-guru.
Ada sebab kenapa kami membuat pemilihan ini secara rahsia. Hal ini
kerana kami tidak mahu guru dan guru besar memberi tekanan kepada murid untuk mendapatkan
anugerah ini.
Bukan sahaja para guru terkejut dengan pengumuman pemilihan ini malah ada juga ibu bapa yang terkejut dengan majlis ini terutama ibu bapa lama yang masih ada anak yang bersekolah di sini.
Ada ibu bapa yang personal dengan kami,
"Alaaa anak saya lagi 2 muka surat je nak tamat buku bacaan. Kenapa tak tunggu?"
"Kenapa awal sangat buat Majlis Apresiasi ni, rugilah anak saya tak dapat lagi sikit je nak habis."
Tidak mengapa ibu bapa, masih sempat lagi nak kejar Anugerah Khas Bacaan penghujung sesi 2023 nanti. Hihihi
Alhamdulillah majlis ini berjalan dengan lancar dan meriah walaupun dibuat secara tertutup,ditambah pula dengan kehadiran tetamu VIP kami yang berhormat Encik Norafazi Penolong Pegawai PPD Pendidikan Swasta Pasir Gudang.
Terima kasih juga kepada ibu bapa yang sudi hadir memeriahkan lagi suasana untuk majlis ini, mohon maaf sekiranya ada kekurangan dari pihak kami. Terima kasih juga sudi santuni kami dengan baik sepanjang kami bertandang ke rumah tempoh hari.
Oh ya sebelum itu, ada 2 orang murid yang tidak dapat hadir disebabkan adanya halangan. Bagi menghargai dan meraikan kejayaan anak-anak ini, kami team operasi sekali lagi turun padang pergi ke rumah murid untuk menghantar trofi dan bouqet. Alhamdulillah seronok anak-anak ini terima anugerah walaupun tidak merasa naik ke pentas seperti anak-anak yang lain tetapi dengan kehadiran guru ke rumah cukup bermakna dan membuat mereka gembira tak lekang senyuman di bibir.
Baiklah jom lihat koleksi gambar dan video sepanjang majlis ini berlangsung.
Emcee otai kami Pn Shawariah & Pn Norafizah.
Ruangan photobooth disediakan untuk bergambar kenangan.
Persediaan guru sebelum kehadiran tetamu.
Kehadiran ibu bapa memenuhi ruang dewan.
Perkongsian ilmu dari Cikgu Tamizi.
Anak-anak yang diraikan menunggu masa untuk terima anugerah.
Kehadiran tetamu VIP kami Encik Norafazi.
Ucapan dari tetamu VIP kami.
Hi-tea dahulu sebelum sambung ke slot seterusnya.
Susun cantik-cantik ya brownies tu. Hihi
Perkongsian dari Pn Suhaila berkaitan majlis ini.
Alahai comelnya siap bertanjak adik Abid ni.
Tahniah anak-anak hebat cawangan TIPB.
Tahniah anak-anak hebat dari TNPB.
Adik Anggun Alisa malu-malu nak bergambar dengan kawan-kawan. Hihihi
0 comments:
Post a Comment