Sunday, July 2, 2023

SERUAN HAJI KEMBALI LAGI!!

 

Bismillahirrahmanirrahim.

Poster edited by Pn Shawariah.

وَأَذِّن فِى ٱلنَّاسِ بِٱلْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ


Artinya: "Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh," (QS. Al Hajj: 27).

Sudah menjadi rutin tahunan kami untuk mengadakan Program Simulasi Haji Cilik untuk murid-murid 6 tahun sejak dari 2015 lagi. Walaupun pada tahun pertama kami menyertai program ini di bawah anjuran Persatuan Tadika Johor dan hanya disertai oleh murid-murid yang terpilih sahaja, namun dengan sedikit pengalaman yang ada bermula pada tahun 2016 kami mengambil langkah berani untuk mengadakan program ini sendiri untuk memberi pengalaman kepada murid-murid kami untuk menyertai program ini dengan lebih ramai lagi.

Alhamdulillah sehingga kini program ini merupakan program yang dinanti-nantikan setiap tahun. Yela bukan cikgu-cikgu sahaja yang teruja, malah murid-murid dan ibu bapa juga teruja dengan program yang diadakan ini. Orang cakap ambil vibes orang-orang yang sedang mengerjakan ibadah haji di Mekah. Walaupun belum ada rezeki untuk menunaikan haji, dengan adanya program ini dapat jugalah merasai sedikit suasananya. Hihihi

Program Simulasi Haji Cilik ini telah diadakan pada 25 Jun 2023 dengan jumlah penyertaan murid 6 tahun seramai 207 orang. Alhamdulillah program ini berjalan lancar walaupun pada awalnya cuaca mendung seakan-akan petanda hujan lebat mahu turun, signal cuaca di telefon bimbit pun menjangkakan hujan lebat akan membasahi bumi pada jam 11 pagi, tanpa melengahkan masa kami segerakan aktiviti-aktiviti simulasi haji ini selepas ucapan perasmian dari Penasihat MyBISTARI GROUP oleh Cikgu Tamizi, manakala taklimat ringkas kami tiadakan dan bertukar menjadi upacara lintas langsung dari setiap checkpoint oleh pemudahcara kami Puan Suhaila.

Dengan izin Allah, cuaca yang mendung pada awalnya bertukar menjadi cuaca yang baik. Siapa kita hendak merancang sesuatu padahal Allah sebaik-baik perancang. Terima kasih Ya Allah, Engkau permudahkan segala urusan kami sepanjang program ini berlangsung.

Terima kasih diucapkan kepada para mutawifah yang terdiri dari kalangan ibu-ibu yang terpilih untuk mengetuai dan membawa jemaah haji cilik kita dari awal sehingga akhir checkpoint.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada ibu bapa yang sudi hadir untuk memeriahkan suasana program. Mohon maaf di atas segala kelemahan dan kekurangan dari pihak kami. Semoga dengan adanya program ini sedikit sebanyak dapat memberi pengalaman dan pembelajaran kepada anak-anak tentang perlaksanaan ibadah haji ini.

Jom kita lihat gambar-gambar dan video sepanjang program ini berlangsung.

Ibu yang teruja menghantar anak ke tapak simulasi haji. (TM)

Alhamdulillah selamat sampai ke tapak simulasi haji jemaah haji dari TS2.


Hati-hati turun bas tu. (TIB)

Beratur dulunya sebelum bergerak ke tapak program. (TIMB)

Menyusuri ke tapak program dengan laungan talbiah. (TNPB)

Alhamdulillah semua jemaah haji cilik sudah selamat tiba.


Petugas-petugas checkpoint sedang menanti kehadiran jemaah haji cilik.

Penyerahan panji kepada mutawifah.

Ucapan perasmian oleh Cikgu Tamizi ringkas dan padat.

Laungan talbiah diketuai oleh adik Muhammad Zaid dari TS1.

Lafaz niat ihram dibaca oleh En Wan Mohd Al-Hafidz.

Jemaah sedang berwukuf.

Jemaah khusyuk mendengar taklimat dari petugas checkpoint.

Panji kedua mula bergerak ke checkpoint.

Bersedia semua keluarkan buku panduan haji.

Kutip 21 biji batu je tau. Hihihi

Eh awak macam terlebih je ambil batu ni.Hihihi

Aksi jemaah haji cilik lelaki melontar jamrah.

Aksi jemaah haji cilik perempuan melontar jamrah.

checkpoint 4 jemaah haji cilik bertawaf.


Sebelum mulakan tawaf, petugas akan memberi taklimat dan
mengajar murid bacaan zikir yang perlu dibaca.

Checkpoint 5 Saie.

Jemaah haji cilik panji 4 sedang melakukan aktiviti saie
dari Bukit Safa ke Bukit Marwah.

Jemaah panji 5 sedang menunggu giliran untuk masuk ke checkpoint saie.

Bersemangat jemaah dari panji 6 berlari anak di checkpoint saie.

Eh cikgu kenapa gunting rambut kawan saya tu.

Cikgu potong sikit je buat syarat rukun haji. Hihihi

Bacaan doa selepas bertahallul.

Penyerahan cenderahati dan sijil kepada para mutawifah.

Mutawifah bergambar bersama Pn. Zainun dan Pn. Suhaila.

Tahniah haji dan hajah cilik dari TM, TIB dan TNPB.

Tahniah haji dan hajah cilik TS2, TIMB dan TKM

Tahniah haji dan hajah cilik TIPB & TS1

Disebalik kejayaan program ada orang-orang hebat yang
bertungkus lumus untuk membuat persiapan.

Peralatan program yang akan dibawa ke tapak program dari stor kami di TIMB.

Orang kuat program En Wan Mohd Al-Hafidz memasang backdrop photobooth.




Apalagi...Jom follow, like, comment & share!!

Sekian terima kasih🌹

~Cikgu Azreen~

0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon