Monday, July 3, 2023

LEVEL UP!!

 

Bismillahirrahmanirrahim

Bergambar dahulu selepas raptai konvokesyen.

وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ


Artinya: "Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga." (HR. Muslim)

Seperti saranan kerajaan berkuatkuasa pada tahun 2023, kelayakan bagi seseorang  yang ingin bekerja sebagai guru tadika sekurang-kurangnya perlu ada diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Maka bermula episod kami yang telah berkhidmat lebih dari 3 tahun di Mybistari Group sebagai pelajar sambilan untuk siapkan portfolio untuk menaik taraf pengalaman yang kami ada ke tahap Persijilan Kemahiran Malaysia Tahap 3 Pendidikan Awal Kanak-Kanak sebelum ke tahap diploma dalam bidang berkaitan. Walaupun ada di antara kami sudah mempunyai diploma atau ijazah, masih tidak berkelayakan untuk berada di dalam bidang ini kerana kursus yang diambil berbeza. 

Seramai 37 orang guru kami yang layak dalam perlaksanaan portfolio untuk persijilan ini. 37 orang ini terdiri daripada 2 kumpulan berbeza. Kumpulan yang pertama seramai 33 orang yang telah menghadiri sesi temuduga pada April 2022 dan kumpulan kedua seramai 4 orang guru yang telah menghadiri sesi temuduga pada Mac 2023. 

Begitu sukar perjalanan yang kami tempuh untuk menyelesaikan tugasan ini, daripada fasa pendemik hingga ke endemik. Alhamdulillah akhirnya kami berjaya melepasi tahap SKM 3 ini dengan bantuan dan bimbingan dari Cik Norifah untuk melayakkan diri kami ke SKM 4 iaitu diploma dalam bidang berkaitan. Selain itu, kami juga di bantu oleh Encik Hazman selaku Pegawai Penilai kami yang banyak membantu dan menegur untuk menghasilkan portfolio yang terbaik.

Terima kasih juga kepada Unit Strategik Modal Insan Johor yang sudi menaja sepenuhnya kos pembiayaan untuk kami melangkah ke tahap ini.

Alhamdulillah pada hari Sabtu, 17 Jun 2023 hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba, masa untuk meraikan puncak kejayaan kami iaitu Majlis Konvokesyen Persijilan Kemahiran Malaysia Persatuan Tadika Johor yang julung kali diadakan di Universiti Teknologi Malaysia Skudai.

Untuk makluman konvokesyen ini melibatkan semua graduan seluruh Johor dan melibatkan guru-guru tadika swasta.

Di sini saya kongsikan sedikit gambar dan video sebagai kenangan untuk kami suatu hari nanti.

 

Perlaksanaan portfolio cikgu-cikgu batch kedua.

Tenang cikgu-cikgu batch kedua menyiapkan portfolio.

Orang kuat kami Cik Norifah yang memakai topeng muka.


Debaran cikgu-cikgu batch pertama menunggu giliran untuk ditemuduga.

Masih sempat berbincang sebelum ditemuduga.

Semakan portfolio oleh Pegawai Penilai batch kedua.

Encik Hazman bersama isterinya Pegawai Penilai batch pertama.

Bersusun portfolio untuk semakan sebelum di nilai.



Tersenyum guru-guru batch pertama selepas lulus ditemuduga.

Sementara menunggu majlis raptai kita bergambar dahulu.

       
Ambil berkat duduk di tempat VVIP. Hihihi

 
Bergambar kenangan dulu majlis raptai.
           
Pengusaha-Pengusaha Tadika Swasta Johor.

Selfie dulu sebelum masuk dewan.

Finally, officially graduate.

Yeahhh we did it!! ini je yang ada selepas konvokesyen.Hihi


                                                               
                                                                Perjuangan belum selesai

                                                                 
Apalagi...Jom follow, like, comment & share!!

Sekian terima kasih.🌹

~Cikgu Azreen~

0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon