Showing posts with label peperiksaan akhir tahun. Show all posts
Showing posts with label peperiksaan akhir tahun. Show all posts

Thursday, November 27, 2025

PENILAIAN AKHIR TAHUN 2025!

 

Peperiksaan sedang dijalankan. (TH Minda)

Si Cilik Hebat Menyinar di Penilaian Akhir Tahun 2025!

Pejam celik… pejam celik, hujung tahun sudah pun tiba! Kali ini, si cilik hebat 5 & 6 tahun telah menamatkan Penilaian Akhir Tahun 2025 yang berlangsung dari 6 hingga 11 November. Setiap soalan dijawab dengan penuh semangat, hasil daripada ilmu, bimbingan, dan kasih sayang guru sepanjang semester kedua.

Penilaian ini bukan sekadar ukuran akademik semata-mata. Ia adalah permulaan perjalanan kejayaan sebenar. Setiap langkah, setiap jawapan, dan setiap senyuman yang terpancar adalah bukti bahawa si cilik hebat ini bersedia menghadapi cabaran seterusnya.

Good luck, anak-anak hebat! Semoga kejayaan sentiasa menyertai kalian. Kepada ibu bapa, jangan lupa 1 Disember 2025 adalah hari diskusi bersama guru untuk membincangkan progres dan pencapaian anak-anak. Keputusan penilaian juga boleh disemak di laman web pada 27 November (Khamis).

Mari kita terus menyokong dan memberi galakan kepada si kecil hebat, kerana setiap usaha mereka hari ini adalah asas kepada kecemerlangan esok. 🌈✨

Susah ke soalan tu? sampai tongkat kepala. (TH Minda)

Tenang menjawab kertas soalan. (TH Minda)

Baca dengan teliti sebelum menjawab soalan. (TH Pintar)

Pastikan semua soalan sudah dijawab. (TH Pintar)

Berdoa dahulu sebelum menjawab soalan. (TH Genius)

Guru bertugas sentiasa memantau. (TH Genius)

senyap kelas waktu peperiksaan berlangsung. (TH Inovasi)

Dah siap sila semak balik jawapan. (TH Inovasi)

Kelas 5 tahun di TH Kreatif menjawab soalan dengan fokus.



Tengok apa tu? (TH Jaya)

Pendidikan seni pun ada penilaian. (TH Jaya)

Warna cantik-cantik. (TH Ilmu)

Pastikan nama ditulis, (TH Cemerlang)

Fokus! (TH Cemerlang)

Tangan patah bukan alasan untuk tidak hadir menjawab peperiksaan. 
Semoga segera sembuh Adik Rijal. (TH Bijaksana)

Fikir dulu sebelum jawab. (TH Bijaksana)

Dengan usaha, semangat, dan sokongan semua, kami percaya setiap anak mampu melangkah lebih jauh. Terima kasih kerana terus bersama kami dalam membina masa depan mereka. Kejayaan bukan titik akhir, tetapi perjalanan. Dan hari ini, si cilik hebat sudah mula melangkah dengan penuh keyakinan.
Ini baru permulaan, yang hebat pasti menyusul!

Sekian, terima kasih. 🌹

FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~

Tuesday, December 10, 2024

SEMESTER PENDEK, SEMANGAT TINGGI!

Baca doa sebelum mula peperiksaan, (TH Kreatif)

Peperiksaan Akhir Tahun: Langkah Cemerlang Murid Hebat 5 & 6 Tahun

Tidak terasa, tahun 2024 kini hampir ke penghujungnya! Bermula pada 4 hingga 9 Disember 2024, murid-murid hebat berusia 5 dan 6 tahun sedang menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun Semester 2/2024. Peperiksaan ini bukanlah untuk memberi tekanan kepada anak-anak kecil ini, tetapi sebagai penilaian untuk melihat sejauh mana mereka memahami dan menguasai ilmu sepanjang semester ini.

Walaupun semester 2 tahun ini hanya berlangsung lebih kurang dua bulan, murid-murid tetap berusaha keras untuk mengejar pembelajaran yang diajar oleh guru-guru. Tiada istilah menyerah kalah bagi mereka! Kesungguhan yang ditunjukkan oleh anak-anak ini adalah bukti semangat luar biasa mereka dalam menimba ilmu, walaupun waktu yang diberikan sangat terhad.

Kami percaya, setiap usaha pasti membuahkan hasil. Semoga anak-anak ini memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kali ini. Bagi ibu bapa, keputusan peperiksaan boleh disemak melalui laman web rasmi kami pada 24 Disember 2024 (Selasa). 

Di sebalik kejayaan murid, pastinya ada usaha padu daripada guru-guru yang berdedikasi dan sokongan padu daripada ibu bapa. Terima kasih kerana sentiasa menjadi tonggak utama dalam memastikan anak-anak bersedia secara mental dan emosi.

Kepada semua murid, jangan risau jika keputusan tidak seperti yang diharapkan. Setiap langkah kecil adalah sebahagian daripada perjalanan besar. Anda sudah menjadi juara hanya dengan berani mencuba!

Selamat maju jaya kepada semua murid! 🌟

Fokus baca doa! (TH Minda)

Penerangan kehendak soalan kepada murid 5 tahun di TH Minda.

Fokus menjawab soalan! (TH Minda)

Sayang, jangan serius sangat...(TH Pintar)

Kena faham apa kehendak soalan. (TH Pintar)

Guru bertugas mengedarkan kertas soalan. (TH Pintar)

Dengar baik-baik penerangan soalan dari guru bertugas. (TH Pintar)

Sabar ya menanti guru bertugas tanda nama dahulu. (TH Genius)

Guru bertugas memastikan nama dan kelas betul sebelum menanda. (TH Genius)


Sempat cikgu Syafiqah berdoa bersama muridnya sebelum murid menjawab soalan. (TH Genius)

Macam-macam gaya anak-anak 5 tahun menjawab soalan. (TH Genius)

Jauh melayang adik kita ni.. (TH Kreatif)

Warna cantik-cantik tau. (TH Kreatif)

Dapat kertas soalan terus tulis nama dan kelas. (TH Cemerlang)

Cikgu saya dah siap! (TH Cemerlang)

Fikir baik-baik sebelum pilih jawapan. (TH Cemerlang)

Taklimat ringkas Guru Besar kepada guru bertugas. (TH Intelek)

Siapa yang dah siap boleh semak dahulu. (TH Intelek)

Murid bukan islam di TH Intelek menjawab kertas IQ Test.

Subjek killer MyBistari Sempoa pada hari terakhir peperiksaan. (TH Bijaksana)

Ulangkaji disaat akhir, selagi ada masa. (TH Intelek)

Sempoa 5 tahun, senang je kan. Hihi (TH Bijaksana)

Fokus! (TH Ilmu)

Sempat pandang kamera. (TH Ilmu)

Tenang suasana peperiksaan di TH Jaya.

Termenung jauh-fikir jawapan ke tu? (TH Jaya)

Dah siap ke menjawab tu? (TH Jaya)

Baiklah sampai di sini sahaja coretan blog pada kali ini. Ibu ayah jangan lupa follow sosial media kami untuk mendapatkan info terkini dan aktiviti anak-anak hebat kami sepanjang sesi persekolahan.

Oh ya! sebelum terlupa hari terbuka semester kedua akan dilaksanakan pada 29hb Disember 2024 (Ahad). Jangan lupa luangkan masa ibu ayah untuk hadir ke tadika anak-anak untuk berdiskusi tentang prestasi anak-anak ibu ayah.

Sekian, terima kasih.🌹

FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)


~Cikgu Azreen~

Monday, January 8, 2024

TAJAMKAN MINDA, TERANGKAN HATI!

 Bismillahirrahmanirrahim.

Semoga anak-anak diterangkan hati. (TH Pintar)

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, Supaya mereka faham perkataanku”. Amiinnn YRA - Maksud doa pembuka hati.

Semoga Allah kabulkan doa ini untuk anak-anak dipermudahkan untuk menjawab soalan dan dikurniakan keputusan yang cemerlang untuk peperiksaan akhir tahun ini. Segala usaha dan penat lelah menuntut ilmu selama setahun, inilah masanya untuk menilai tahap kefahaman anak-anak dalam subjek yang telah diajarkan oleh para guru.

Bagi murid 6 tahun sebanyak enam subjek untuk anak-anak menjawab soalan iaitu subjek Bahasa Melayu, English, Matematik, Jawi/P.Islam, Sains dan juga Sempoa/Bahasa Arab. Manakala untuk murid 5 tahun sebanyak lima subjek sahaja untuk anak-anak bertarung untuk menjawab soalan iaitu subjek Bahasa Melayu, English, Matematik, Jawi dan juga Sempoa/Bahasa Arab. 

Alhamdulillah peperiksaan penilaian akhir tahun sesi 2023/24 untuk anak-anak MyBistari Group yang telah berlangsung pada 4,7 dan 8 Januari 2024 telah pun berakhir pada hari ini. Hanya tinggal menunggu keputusannya sahaja. Nantikan ya ibu ayah keputusan anak-anak yang bakal keluar pada 25 Januari 2024 (Khamis). Raikanlah anak-anak dalam apa jua keputusan yang bakal diterima. Kegagalan sekarang bukan bererti anak-anak lemah, tetapi permulaan untuk anak-anak bangkit demi mencipta sebuah kejayaan suatu hari nanti.

Baiklah jom kita lihat gambar dan video sepanjang sesi peperiksaan berlangsung.

Cikgu, saya dah siap tulis nama dan kelas. (TH Pintar)

Sebelum mula periksa, cikgu akan terangkan dahulu kehendak soalan bagi murid 5 tahun.
(TH Pintar)

Apa yang dimenungkan tu? (TH Bijaksana)

Pastikan nama dan kelas ditulis dahulu. (TH Bijaksana)

Masa yang ada dimanfaatkan dengan mengulangkaji. (TH Bijaksana)

Susah ke soalan tu? Hihihi (TH Intelek)

Cikgu bertugas sentiasa memerhati. (TH Intelek)

Cikgu sampai tak ada suara nak terangkan. Nasib ada mini mikrofon. (TH Intelek)

Awak tunjuk arahan yang cikgu baca. (TH Cemerlang)

Kelas 6 Bistari tiada bacaan arahan. Anak-anak baca sendiri. (TH Cemerlang) 


Baca soalan betul-betul ya. (TH Inovasi)

Sebelum menjawab jangan lupa baca doa. (TH Inovasi)

Eh, kenapa pandang belakang tu? (TH Genius)

Bersemangat Cikgu Hamieza terangkan soalan. (TH Genius)

Kira jangan tak kira. (TH Ilmu)

2 orang pengawas peperiksaan. Hihihi (TH Ilmu)

Fokus semua menjawab soalan. (TH Ilmu)

Sampai berdiri ya jawab soalan tu. (TH Jaya)

Guru bertugas menyemak kertas soalan murid. Mana tahu ada mukasurat yang tertinggal. (TH Jaya)

Memerhati jawapan anak murid ke tu? (TH Jaya)




Apalagi...Jom follow, like, comment & share!!

Baiklah sampai di sini sahaja blog pada kali ini. Ibu ayah jangan lupa janji temu kita pada 28hb Januari 2024 merupakan hari terbuka untuk membincangkan prestasi anak-anak bersama guru kelas. 

Sekian, terima kasih.🌹

~Cikgu Azreen~



 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon