 |
| Peperiksaan sedang dijalankan. (TH Minda) |
Si Cilik Hebat Menyinar di Penilaian Akhir Tahun 2025!
Pejam celik… pejam celik, hujung tahun sudah pun tiba! Kali ini, si cilik hebat 5 & 6 tahun telah menamatkan Penilaian Akhir Tahun 2025 yang berlangsung dari 6 hingga 11 November. Setiap soalan dijawab dengan penuh semangat, hasil daripada ilmu, bimbingan, dan kasih sayang guru sepanjang semester kedua.
Penilaian ini bukan sekadar ukuran akademik semata-mata. Ia adalah permulaan perjalanan kejayaan sebenar. Setiap langkah, setiap jawapan, dan setiap senyuman yang terpancar adalah bukti bahawa si cilik hebat ini bersedia menghadapi cabaran seterusnya.
Good luck, anak-anak hebat! Semoga kejayaan sentiasa menyertai kalian. Kepada ibu bapa, jangan lupa 1 Disember 2025 adalah hari diskusi bersama guru untuk membincangkan progres dan pencapaian anak-anak. Keputusan penilaian juga boleh disemak di laman web pada 27 November (Khamis).
Mari kita terus menyokong dan memberi galakan kepada si kecil hebat, kerana setiap usaha mereka hari ini adalah asas kepada kecemerlangan esok. π✨
.jpg) |
| Susah ke soalan tu? sampai tongkat kepala. (TH Minda) |
.jpg) |
| Tenang menjawab kertas soalan. (TH Minda) |
 |
| Baca dengan teliti sebelum menjawab soalan. (TH Pintar) |
.jpg) |
| Pastikan semua soalan sudah dijawab. (TH Pintar) |
.jpg) |
| Berdoa dahulu sebelum menjawab soalan. (TH Genius) |
 |
| Guru bertugas sentiasa memantau. (TH Genius) |
 |
| senyap kelas waktu peperiksaan berlangsung. (TH Inovasi) |
.jpg) |
| Dah siap sila semak balik jawapan. (TH Inovasi) |
 |
| Kelas 5 tahun di TH Kreatif menjawab soalan dengan fokus. |
 |
| Tengok apa tu? (TH Jaya) |
 |
| Pendidikan seni pun ada penilaian. (TH Jaya) |
.jpg) |
| Warna cantik-cantik. (TH Ilmu) |
 |
| Pastikan nama ditulis, (TH Cemerlang) |
 |
| Fokus! (TH Cemerlang) |
.jpeg) |
Tangan patah bukan alasan untuk tidak hadir menjawab peperiksaan. Semoga segera sembuh Adik Rijal. (TH Bijaksana) |
.jpeg) |
| Fikir dulu sebelum jawab. (TH Bijaksana) |
Dengan usaha, semangat, dan sokongan semua, kami percaya setiap anak mampu melangkah lebih jauh. Terima kasih kerana terus bersama kami dalam membina masa depan mereka. Kejayaan bukan titik akhir, tetapi perjalanan. Dan hari ini, si cilik hebat sudah mula melangkah dengan penuh keyakinan.
Ini baru permulaan, yang hebat pasti menyusul!
Sekian, terima kasih. πΉ
FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)
~Cikgu Azreen~
0 comments:
Post a Comment