Wednesday, September 27, 2023

MEMORIES TO REMEMBER

 

Assalamualaikum 😀

Bergambar kenangan bersama guru kelas sebelum tamat belajar. (TH Jaya)


“Eh ada cikgu baru la.”

“Nama cikgu siapa?’

“Cikgu, Cikgu nak buat apa tu?”

Bertalu-talu pertanyaan anak-anak murid setiap kali saya datang ke cawangan. Tambah pula pada kali ini saya datang dengan membawa peralatan fotografi banyaklah persoalannya. Hihihi

Alhamdulillah selesai sudah sesi fotografi semester 2 yang telah berlangsung selama 8 hari bermula dari Tadika Hebat Genius dan diakhiri di Tadika Hebat Jaya.

Pelbagai kerenah dan gelagat anak-anak sepanjang sesi fotografi ini diadakan yang teruja, berdebar-debar dan yang paling mencabar murid menangis. Puas sudah cikgu-cikgu memujuk masih tetap menangis juga, tak tahulah apa yang ditakutkan sangat  tu. Hihihi akhirnya, saya mengambil keputusan untuk mengambil gambar murid ini kemudian bersama-sama murid yang tidak hadir. Harap pada hari tersebut mood murid dalam keadaan yang baik.

Untuk pengetahuan ibu bapa, gambar-gambar ini akan diserahkan pada hari terbuka semester kedua nanti. Bolehlah gambar ini digantung di rumah sebagai kenangan di tadika untuk anak-anak.

Terima kasih juga kepada semua guru besar dan guru-guru cawangan yang memberi kerjasama sepanjang sesi fotografi ini diadakan.

Jom kita lihat koleksi gambar dan video sepanjang sesi fotografi ini diadakan.

Senyum sikit sayang cikgu. (TH Jaya)

Kekemasan murid yang penting untuk kelihatan cantik di dalam gambar. (TH Jaya)

Comelnya anak-anak menggayakan jubah konvo. (TH Ilmu)

Manis senyumannya. (TH Ilmu)


Eh kenapa pejam mata tu? (TH Ilmu)

Fokus Cikgu Dini memakaikan anak murid topi. (TH Ilmu)

Awak buat gaya mini love macam ni. (TH Intelek)

Rendahkan sikit tangan tu, tak nampak muka. (TH Intelek)

Okay sayang berdiri di sini, pandang kamera. (TH Intelek)

Bukan senang ya nak betulkan posisi murid untuk bergambar. (TH Cemerlang)

Bersabar menunggu giliran. (TH Cemerlang)

Okay awak buat peace macam ni. (TH Cemerlang)

Candid sementara menunggu giliran. (TH Bijaksana)

Okay awak buat macam ni. (TH Bijaksana)

Sempat lagi buat peace. Tahu je cikgu nak ambil gambar. (TH Bijaksana)

Hensem anak-anak cikgu. (TH Pintar)

Meh sini cikgu betulkan topi awak. (TH Pntar)

Kembar lelaki di Tadika Hebat Pintar. (TH Pintar)

Kami kembar juga. (TH Inovasi)


Jangan tukar tempat tau, cikgu dah susun ikut senarai nama. (TH Inovasi)

Mata tengok mana tu? (TH Inovasi)

Di belakang tabir ada guru kelas yang menunjukkan gaya kepada murid. (TH Genius)

Bila giliran saya ni cikgu. (TH Genius)

Kemaskan baju dahulu sebelum pakai topi. (TH Genius)


















Apalagi jom support kami...Jangan lupa like, comment and share. 😍

Sekian terima kasih.🌹

~Cikgu Azreen~




Monday, September 11, 2023

WASPADA BUDAYA KITA

 

Assalamualaikum🌹

Buku panduan PKJR.

Apa itu PKJR?

PKJR adalah singkatan untuk Pendidikan Keselamatan Jalan Raya.

Program ini diwajibkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada seluruh institusi pendidikan termasuklah tadika-tadika swasta.

Program PKJR ini bermatlamat untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran asas tentang keselamatan jalan raya bagi melahirkan generasi pengguna jalan raya yang berhemah. Selain itu, murid dapat memahami, menghayati serta mengamalkan langkah-langkah memelihara keselamatan diri dan menghormati hak pengguna jalan raya yang lain.

Oleh itu, kami di Mybistari Group menyahut seruan kementerian untuk melakukan aktiviti pembelajaran PKJR ini bermula semester 2. Di mana setiap kali perhimpunan pada hari Ahad kami akan selitkan penerangan tentang PKJR ini mengikut topik yang diberikan berdasarkan buku panduan yang telah diberikan oleh Kementerian Pendidikan kepada kami sebagai rujukan.

Sebelum itu, pada 10hb Jun 2023 yang lepas semua guru besar cawangan, penyelia dan beberapa orang staf pengurusan telah menyertai kursus PKJR ini untuk mengenali dan memahami dengan lebih terperinci tentang program ini sebelum diajarkan kepada semua murid-murid di MyBistari Group.

Kursus PKJR yang diadakan di Paragon International School.

Para guru besar dan staf pengurusan yang menyertai kursus ini.


Kursus melibatkan pengusaha dan tenaga pengajar tadika swasta negeri Johor.

Alhamdulillah, dengan kerjasama dari semua guru dan pihak pengurusan, program ini dapat kami laksanakan di semua cawangan Mybistari Group secara serentak untuk julung kalinya bermula Ahad lepas dengan topiknya Kegunaan Jalan Raya.

Objektif pembelajaran yang ingin di ketengahkan dalam topik ini adalah untuk menyatakan fungsi jalan raya, jenis-jenis kenderaan dan simbol-simbol yang terdapat di jalan raya. Selain itu, nilai sikap berhati-hati di jalan raya juga turut ditekankan di dalam topik ini agar anak-anak lebih cakna lagi tentang pentingnya keselamatan jalan raya terutama sewaktu anak-anak ingin melintas jalan.

Jom kita lihat gambar dan video sepanjang aktiviti ini di jalankan.

Siapa tahu ini simbol apa? (TH Bijaksana)

Dengar dengan baiknya,balik nanti boleh cerita dekat ibu dan ayah.
(TH Bijaksana)

Kenderaan apa yang bergerak di jalan raya? (TH Cemerlang)

Lebih mudah penerangan dengan menggunakan ABM kenderaan.
(TH Cemerlang)

Perhimpunan pagi dimulakan dengan bacaan doa. (TH Genius)

Bagus semuanya tangan letak dibelakang. (TH Genius)


Semangat cikgu-cikgu TH Ilmu membuat simulasi kenderaan memotong.


Lampu isyarat ada berapa warna? (TH Ilmu)

Ini simbol berhenti ya anak-anak. (TH Inovasi)

Ini pula simbol bonggol. Bermakna, kenderaan perlu perlahan. (TH Inovasi)

Cantik ABM cikgu-cikgu Intelek buat. Tahniah!!

Fokus betul ni. Tak berkelip mata. Hihihi (TH Intelek)

Lampu kuning tandanya apa? (TH Jaya)

Di TH Jaya giliran Cikgu Akasyah untuk memberi penerangan kepada murid.

Sebelum menaiki motosikal kita perlu pakai apa? (TH Pintar)

Pakai helmet cikgu. (TH Pintar)






Sampai di sini sahaja blog kita pada kali ini. Oh ya, sebelum itu ibu bapa jangan lupa bantu kami untuk isikan link borang kaji selidik tentang keberkesanan dan kesedaran tentang program PJKR ini terhadap anak-anak.

Apalagi...Jom follow, like, comment & share!!

Sekian, terima kasih.🌹

~Cikgu Azreen~

Thursday, September 7, 2023

APA ITU 3M?

 Assalamualaikum🌹

3M target kami untuk anak-anak yang menuntut ilmu di sini.

Ibu ayah tahu tak apa itu 3M yang diterapkan di Mybistari Group?

M- yang pertama adalah murid boleh membaca.

M- yang kedua adalah murid boleh menulis.

M- yang ketiga adalah murid boleh mengira.

Pentingnya 3M ini untuk persediaan anak-anak melangkah ke darjah 1 nanti. Hal ini adalah kerana kebanyakan info-info yang kami terima daripada guru-guru sekolah rendah hampir 30% anak-anak yang berusia 7 tahun yang memasuki sekolah rendah masih belum menguasai 3M.

Oleh sebab inilah, kami mengambil pendekatan untuk menerapkan nilai 3M di tadika kami. Sekurang-kurangnya kami dapat membantu kurangkan bebanan guru-guru di sekolah rendah disamping melahirkan anak-anak yang menguasai 3M.

Namun bukan mudah untuk melahirkan anak-anak yang menguasai 3M jika tidak ada bantuan dan sokongan daripada ibu bapa. Sebab itulah, dari awal tahun lagi pihak tadika berusaha untuk mengadakan program bersama ibu bapa untuk program bacaan mahupun pengiraan (sempoa).

Alhamdulillah, setakat hari ini lebih daripada separuh murid 5 tahun kami sudah boleh membaca dengan lancar.

Seperti yang ibu ayah boleh lihat di dalam video yang saya kongsikan di atas. Video tersebut adalah video murid 5 Bistari yang boleh mengetuai bacaan arahan di dalam kelas sewaktu PdP berlangsung. Hebatkan!

Selain itu, dari segi penulisan murid juga kekemasan sangat dititikberatkan. Di sini anak-anak perlu menulis sentuh garisan dalam setiap penulisan yang di buat.

Jom lihat hasil tulisan murid setelah 6 bulan sesi persekolahan berlangsung.


Hasil penulisan murid di TH Intelek.


Practice make perfect. Tahniah!

Oleh itu, kami mohon kerjasama dari ibu bapa untuk bersama-sama kami membantu anak-anak dalam menguasai 3M ini. Jom ibu ayah, bantu kami agar anak-anak dapat menguasai 3M dengan cepat. ANAK HEBAT dari ibu ayah yang hebat.

Sekian terima kasih.🌹

~Cikgu Azreen~

EASY MATH WITH UTEM STUDENT

 Assalamualaikum.

Pelajar UTEM bersama murid kelas 6 Bistari.

Peluang keemasan tidak akan kami lepaskan.

Alhamdulillah pada 5hb September lepas, cawangan kami di Taman Bukit Dahlia iaitu di Tadika Hebat Inovasi telah terima kunjungan dari pelajar akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Media Interaktif) dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka iaitu Hadif Fakhri. 

Tujuan pelajar ini hadir  ke tadika adalah untuk menjalankan kaji selidik berkenaan education application iaitu easy math yang melibatkan operasi tambah dan tolak melibatkan murid-murid 5 dan 6 tahun. 

Untuk pengetahuan ibu bapa, aplikasi ini dicipta untuk projek akhir pelajar ini. Bagi melihat hasil projek ini sudah tentu pelajar ini, memerlukan golongan kanak-kanak untuk mencuba keberhasilan aplikasi yang dicipta. 

Oleh itu, pelajar ini telah memilih Tadika Hebat Inovasi untuk mencuba aplikasi yang dicipta ini. Aplikasi ini juga dicipta untuk menarik minat kanak-kanak untuk belajar menggunakan gadjet.

Alhamdulillah anak-anak di TH Inovasi sangat teruja dan seronok dengan aplikasi yang dicipta oleh pelajar ini.

Jom lihat gambar dan video sepanjang aktiviti ini dijalankan.

Hadif Fakhri bersama guru-guru di Tadika Hebat Inovasi.

Hadif Fakhri turut dibantu oleh Muhammad Fahmi.

Betul tak jawapan saya ni abang Fahmi?

Mana satu ya jawapan yang betul?

Kira dahulu sebelum memilih jawapan.

Betul-betul fokus ni.

Inilah aplikasi yang dicipta oleh Hadif Fakhri- sesuai untuk anak-anak tadika.

Terima kasih abang Hadif Fakhri.


Jutaan terima kasih diucapkan kepada Hadif  Fakhri  kerana sudi memilih tadika kami untuk program easy math ini. Semoga anda beroleh kecemerlangan di dalam bidang yang diceburi nanti.

Sekian terima kasih 🌹

~Cikgu Azreen~
 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon