Assalamualaikum.
|
Jom bermain puppet. |
Apa ya
aktiviti anak-anak pada minggu ini?
Baiklah
pada minggu ini anak-anak didedahkan dengan permainan puppet haiwan untuk
subjek Pendidikan Jasmani.
Apa itu
puppet haiwan?
Puppet
haiwan adalah sejenis boneka atau figura berupa haiwan atau apa-apa jenis benda
lain untuk dianimasikan dan dimanipulasikan oleh pemain untuk persembahan.
Tujuan kami
mengadakan permainan ini adalah untuk anak-anak meningkatkan daya keyakinan
anak-anak dalam berkomunikasi bersama kawan-kawan, disamping menonjolkan daya
kreativiti anak-anak dalam mencipta dialog untuk melakonkan watak yang diberi.
Selari
dengan tunjang komunikasi yang ingin diketengahkan iaitu menunjukkan
kebolehan murid melalui pelbagai kaedah komunikasi serta bercerita dan memberi
pendapat dengan yakin.
Aktiviti ini telah dijalankan di kesemua cawangan di
Mybistari Group pada minggu ini.
Jom kita lihat gambar aktiviti murid.
|
Pak Belang yang garang baham zirafah. (TH Intelek)
|
|
Dialog apa yang sesuai. (TH Intelek) |
|
Harimau yang manja. (TH Genius) |
|
Katak si katak lompat. (TH Genius) |
|
Wah, seronok bermain secara berkumpulan. (TH Inovasi) |
|
Saya nak juga puppet. (TH Inovasi) |
|
Sebelum bermain jom ambil gambar dahulu. (TH Jaya) |
|
Cikgu, saya comel atau puppet yang comel? (TH Jaya) |
|
Watak-watak haiwan yang perlu dilakonkan. (TH Cemerlang) |
|
Cikgu ni puppet anak ayam ke anak itik? (TH Cemerlang)
|
|
Cikgu, saya nak buat apa dengan puppet ini? (TH Bijaksana) |
|
Comelnya semua. (TH Bijaksana) |
Jom kita lihat pula video anak-anak untuk aktiviti puppet haiwan.
Baiklah sampai di sini sahaja blog kita pada hari ini. Nantikan aktiviti-aktiviti menarik untuk anak-anak lakukan nanti.
Jom follow, like, comment & share.😍
Sekian, terima kasih. 🌹
~Cikgu Azreen~
0 comments:
Post a Comment