Showing posts with label Sambutan Maulidurrasul. Show all posts
Showing posts with label Sambutan Maulidurrasul. Show all posts

Thursday, August 27, 2026

CINTA RASUL MEKAR DI HATI SI CILIK HEBAT!

 

Perarakan di TH Cemerlang.

Cinta Rasul Mekar di Hati Si Cilik Hebat

Sambutan Maulidur Rasul 2026

Pada 24 Ogos 2026 (Isnin), suasana di seluruh cawangan Tadika Hebat MyBistari dipenuhi dengan keceriaan dan kemeriahan apabila Sambutan Maulidur Rasul 2026 diadakan secara serentak.

Ayu dan segak, masing-masing melangkah masuk ke tadika dengan penuh bergaya. Si cilik lelaki tampil segak berbaju Melayu lengkap bersongkok, manakala si cilik perempuan pula kelihatan manis dan comel berbaju kurung dengan lilitan tudung yang indah. Wajah ceria mereka jelas menunjukkan keterujaan untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang telah disediakan.

Seharian si cilik hebat menghayati sambutan Maulidur Rasul dengan aktiviti yang bukan sahaja menyeronokkan, malah sarat dengan pengisian ilmu. Aktiviti pertama dimulakan dengan Origami Biografi Rasulullah S.A.W.. Sambil menghasilkan origami masing-masing, si cilik berpeluang mengenali kisah dan perjalanan hidup Rasulullah S.A.W. dengan cara yang lebih menarik dan mudah difahami.

Selesai menyiapkan origami, tiba pula masa untuk menguji ingatan! Si cilik hebat bermain teka-teki berkaitan biografi Rasulullah S.A.W.. Gelak tawa dan keseronokan jelas terasa apabila mereka cuba menjawab setiap soalan yang diberikan.

Seterusnya, semua si cilik hebat dikumpulkan di tapak perhimpunan untuk mendengar perkongsian daripada guru tentang sirah Rasulullah S.A.W. bermula daripada kelahiran sehinggalah kewafatan Baginda. Si cilik begitu tekun mendengar kisah perjalanan hidup Rasulullah S.A.W. yang penuh dengan pengajaran, kesabaran dan akhlak mulia.

Semoga kisah yang disampaikan dapat menyemai rasa cinta dalam hati si cilik hebat agar menjadikan Rasulullah S.A.W. sebagai contoh dan suri teladan dalam kehidupan seharian. Sesungguhnya, Allah S.W.T. telah berfirman dalam Surah Al-Ahzab, ayat 21:

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik...”

Kini tiba masa yang paling dinanti-nantikan — perarakan sambil berselawat! Walaupun hanya berarak di sekitar ruang perhimpunan tadika, kehangatan sambutan tetap terasa dengan laungan selawat yang bergema daripada si cilik hebat. Langkah kecil mereka diiringi suara selawat yang penuh semangat, menceriakan lagi suasana Maulidur Rasul.

Selepas berehat, aktiviti diteruskan lagi mengikut peringkat umur. Si cilik 6 tahun menghasilkan kraftangan Biografi Rasulullah, si cilik 5 tahun pula mewarna poster Maulidur Rasul, manakala si cilik 4 tahun menghasilkan kolaj bertemakan Maulidur Rasul. Setiap aktiviti memberi ruang kepada si cilik untuk belajar, berkarya dan mengenali Rasulullah S.A.W. dengan cara yang sesuai dengan usia mereka.

Bukan sekadar sambutan, hari ini menjadi satu pengalaman bermakna untuk menanam benih cinta kepada Rasulullah S.A.W. dalam hati si cilik hebat. Semoga benih yang disemai sejak kecil ini terus tumbuh subur sehingga mereka membesar sebagai insan yang mencintai Rasulullah, mengamalkan sunnah Baginda dan sentiasa menjadikan akhlak Rasulullah S.A.W. sebagai panduan dalam kehidupan.


Comel! (TH Genius)

Cikgu origami saya dah siap. (TH Genius)

Jom selawat! (TH Genius)

Fokus melakukan aktiviti kolaj. (TH Minda)


Manis senyumannya. (TH Minda)

Bersedia untuk berarak. (TH Pintar)

Bergambar bersama rakan sekelas. (TH Pintar)

Wah! siap ada Bunga Manggar. (TH Ilmu)

Masing-masing fokus mendengar perkongsian oleh guru. (TH Ilmu)

Cikgu origami saya sudah siap! (TH Ilmu)

Si cilik Tadika Hebat Jaya.


Cantik tak cikgu saya mewarna? (TH Jaya)

Hero di Tadika Hebat Jaya.

Hasil kraftangan kisah Nabi Muhammad S.A.W. (TH Inovasi)

Cikgu nak main teka-teki dengan saya? (TH Jaya)

Berarak sambil berselawat. (TH Inovasi)


Kemasnya lipatan kertas. (TH Inovasi)

Buat kraf sambil menjawab soalan sirah Baginda. (TH Minda)


Cikgu-Cikgu Tadika Hebat Intelek siap berkain batik di kepala.

Dengar ya, Cikgu Siti nak bercerita ni. (TH Intelek)

Cikgu Fatimah memberikan penerangan untuk membuat origami. (TH Intelek)

Balik rumah nanti bolehlah bermain dengan ahli keluarga. (TH Bijaksana)

Comelnya si cilik 4 tahun di TH Bijaksana. 

Ayu dan segak si cilik 6 tahun di TH Cemerlang.

Macam-macam gaya si cilik bergambar. (TH Cemerlang)







Semoga si cilik hebat terus membasahkan lidah dengan selawat, menyuburkan hati dengan cinta kepada Rasulullah S.A.W. dan membesar menjadi generasi yang berakhlak mulia. 

Selawat dilafaz, cinta disemai, sunnah Rasul menjadi pedoman. ❤️

Koleksi gambar Sambutan Maulidur Rasul klik di sini.

Sekian, terima kasih. 🌹

FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~



Monday, September 8, 2025

SI CILIK BERSELAWAT, MENGENAL RASULLULLAH DENGAN AKTIVITI KREATIF

 Seronoknya sambutan Maulidur Rasul bersama guru & murid. (TH Cemerlang) 

Sambutan Maulidur Rasul 1447H di Tadika Hebat MyBistari Group

Alhamdulillah, pada Khamis, 4 September 2025, semua Tadika Hebat MyBistari Group telah bersama-sama meraikan Sambutan Maulidur Rasul 1447H dengan penuh meriah dan bermakna. Sambutan ini bukan sekadar acara tahunan, tetapi juga menjadi ruang untuk mendidik si cilik tentang Rasul junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W yang membawa rahmat buat seluruh alam.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan mengikut peringkat umur agar setiap murid dapat merasai kemeriahan sambutan ini dengan cara yang paling sesuai untuk mereka:

✨ Berselawat bersama-sama, memenuhi ruang tadika dengan alunan penuh kasih kepada Rasulullah.
✨ Guru menceritakan biografi Nabi Muhammad S.A.W mengimbau kisah-kisah teladan Baginda untuk dijadikan iktibar kepada anak-anak.
✨ Murid 6 tahun – mewarna dan menghasilkan kraftangan yang cantik.
✨ Murid 5 tahun – mewarna gambar bertemakan Maulidur Rasul.
✨ Murid 4 tahun – membuat kolaj nama Nabi Muhammad dengan penuh kreatif.

Walaupun tiada perarakan di luar kawasan tadika, namun usaha guru tetap luar biasa. Guru-guru telah menyediakan sepanduk istimewa untuk murid-murid berarak kecil di dalam kawasan tadika sambil berselawat. Wajah ceria anak-anak jelas terpancar, seolah-olah mereka benar-benar berada dalam suasana perarakan sebenar.

Sambutan ini bukan sekadar aktiviti, tetapi juga satu didikan hati – menanam rasa cinta kepada Rasulullah S.A.W sejak usia kecil. Terima kasih kepada semua guru atas usaha dan kreativiti yang luar biasa dalam menjadikan sambutan ini indah dan bermakna buat si cilik Tadika Hebat MyBistari Group.

“Mencintai Rasulullah bermakna mencintai sunnahnya, dan mencintai sunnahnya membawa kita lebih dekat kepada Allah S.W.T.”

Cikgu Amalina menunjukkan cara yang betul melipat kertas untuk aktiviti murid. (TH Pintart)

 Kasih, ceria & ukhwah — itulah indahnya sambutan Maulidur Rasul. (TH Pintar) 

Wah, siap bunga manggar di TH Intelek!

Bertemakan batik cikgu-cikgu di TH Intelek.


Di TH Ilmu sambutan tidak kurang meriahnya.

Semangat Cikgu Iffah menceritakan tentang biografi Nabi Muhammaad SAW. (TH Pintar)

Cikgu saya dah siap warna. (TH Pintar)

Hasilnya! Balik nanti boleh bermain teka biografi Rasul dengan keluarga. (TH Pintar)

Warna cantik-cantik tau. (TH Pintar)


Wah, cantiknya hasilnya! (TH Pintar)

Aktiviti santai, ilmu tetap sampai! Jom kenali Rasulullah. (TH Jaya)

Comel-comel si cilik Hebat Jaya.

Si cilik 4 tahun di TH Inovasi bergaya.

Sepanduk hasil tangan cikgu-cikgu TH Genius.

Fokus semua mendengar perkongsian kisah teladan baginda Raulullah dari Cikgu Afiqah.

Meriah juga sambutan di TH Minda. 

Okay bersedia kita nak mulakan selawat. (TH Bijaksana)

Senyuman manis, hati ikhlas! Memupuk semangat cinta kepada Rasulullah. (TH Bijaksana)

Hasil aktiviti 6 tahun di TH Kreatif.

Semarak Sambutan Maulidur Rasul bersama si cilik TH Kreatif.

Baiklah sampai di sini sahaja coretan  blog pada kali ini. Semoga kita berjumpa lagi di program tadika yang akan datang.

Sekian, terima kasih.🌹

FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~

Sunday, October 1, 2023

MINGGU MAULID DI MYBISTARI

Assalamualaikum.

ABM yang digunakan untuk penerangan tentang biografi Nabi Muhammad S.A.W
(TH Intelek)

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi S.A.W. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi S.A.W dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (Surah Al-Ahzab:56)

Sempena bulan Rabiul Awal iaitu bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W tadika kami telah mengadakan minggu maulid bagi memperingati dan menyemarakkan lagi cinta dan kasih sayang kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Minggu maulid ini telah berlangsung selama 2 minggu bermula 17 September sehingga 1 Oktober 2023. Minggu maulid diadakan adalah untuk mengenalkan murid tentang biografi Nabi Muhammad S.A.W, menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai uswatun hasanah dari segi akhlak dan ibadah serta mengajar murid berselawat.

Pada 27 September 2023 merupakan hari kemuncak minggu maulid, anak-anak telah memakai pakaian bebas. Murid lelaki segak dengan memakai baju melayu dan murid perempuan manis dengan pakaian baju kurung dan jubah untuk sambutan maulidurrasul di semua cawangan Mybistari Group.

Antara aktiviti yang telah diadakan sepanjang minggu maulid ini ialah berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W, perhimpunan mingguan bertemakan sirah Nabi Muhammad S.A.W, aktiviti membuat mini sepanduk, mencari perkataan serta warnakan poster bertemakan maulidurrasul. Penutup minggu maulid anak-anak telah berarak di dalam kawasan tadika sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dengan memegang mini sepanduk hasil dari aktiviti yang telah anak-anak lakukan.

Semoga dengan usaha kecil kami ini dapat memberi impak kepada anak-anak dengan menjadikan Nabi Muhammad sebagai idola dan contoh tauladan yang baik di dalam kehidupan seharian.

Jom kita lihat gambar dan video sepanjang minggu maulid ini berlangsung.

Comel anak-anak berbaju kurung dan baju melayu. (TH Bijaksana)



Fokus mewarna poster. (TH Bijaksana)

Betul ke ini jawapannya? (TH Bijaksana)

Surih dahulu perkataan di bawah sebelum mewarna (TH Genius)

Cikgu saya tak sedia lagi la. (TH Genius)

Fokus semuanya membuat aktiviti (TH Genius)

Warna cantik-cantik ya. (TH Ilmu)

Comel adik ini memakai serban. (TH Ilmu)

Waaah cantiknya! Pandai awak mewarna. (TH Ilmu) 



Inilah mini sepanduk kami. (TH Intelek)

Berarak sambil memegang mini sepanduk. (TH Intelek)

Hati-hati gunting tu. (TH Inovasi)


Tengah fikir ke tu nak guna warna apa? (TH Inovasi)



Warna mengikut kreativiti. (TH Jaya)

Wow colorful mini sepanduk adik ni. (TH Jaya)

Menyerlah warna oren yang digunakan. (TH Jaya)

Sikit je lagi nak siap tu. (TH Pintar)

Sempat lagi buat peace tu. Hihihi (TH Pintar)

Laju melangkah, nak ke mana tu? (TH Pintar)

Okay senyum semua. (TH Cemerlang)

Candid!! (TH Cemerlang)


1...2...3 smile :) (TH Cemerlang)







Apalagi..Jom follow, like, comment & share!

Sekian, terima kasih.🌹


~Cikgu Azreen~
 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon