 |
Seronoknya sambutan Maulidur Rasul bersama guru & murid. (TH Cemerlang) |
Sambutan Maulidur Rasul 1447H di Tadika Hebat MyBistari Group
Alhamdulillah, pada Khamis, 4 September 2025, semua Tadika Hebat MyBistari Group telah bersama-sama meraikan Sambutan Maulidur Rasul 1447H dengan penuh meriah dan bermakna. Sambutan ini bukan sekadar acara tahunan, tetapi juga menjadi ruang untuk mendidik si cilik tentang Rasul junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W yang membawa rahmat buat seluruh alam.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan mengikut peringkat umur agar setiap murid dapat merasai kemeriahan sambutan ini dengan cara yang paling sesuai untuk mereka:
✨ Berselawat bersama-sama, memenuhi ruang tadika dengan alunan penuh kasih kepada Rasulullah.
✨ Guru menceritakan biografi Nabi Muhammad S.A.W mengimbau kisah-kisah teladan Baginda untuk dijadikan iktibar kepada anak-anak.
✨ Murid 6 tahun – mewarna dan menghasilkan kraftangan yang cantik.
✨ Murid 5 tahun – mewarna gambar bertemakan Maulidur Rasul.
✨ Murid 4 tahun – membuat kolaj nama Nabi Muhammad dengan penuh kreatif.
Walaupun tiada perarakan di luar kawasan tadika, namun usaha guru tetap luar biasa. Guru-guru telah menyediakan sepanduk istimewa untuk murid-murid berarak kecil di dalam kawasan tadika sambil berselawat. Wajah ceria anak-anak jelas terpancar, seolah-olah mereka benar-benar berada dalam suasana perarakan sebenar.
Sambutan ini bukan sekadar aktiviti, tetapi juga satu didikan hati – menanam rasa cinta kepada Rasulullah S.A.W sejak usia kecil. Terima kasih kepada semua guru atas usaha dan kreativiti yang luar biasa dalam menjadikan sambutan ini indah dan bermakna buat si cilik Tadika Hebat MyBistari Group.
“Mencintai Rasulullah bermakna mencintai sunnahnya, dan mencintai sunnahnya membawa kita lebih dekat kepada Allah S.W.T.”
 |
Cikgu Amalina menunjukkan cara yang betul melipat kertas untuk aktiviti murid. (TH Pintart) |
 |
Kasih, ceria & ukhwah — itulah indahnya sambutan Maulidur Rasul. (TH Pintar) |
 |
Wah, siap bunga manggar di TH Intelek! |
 |
Bertemakan batik cikgu-cikgu di TH Intelek. |
 |
Di TH Ilmu sambutan tidak kurang meriahnya. |
 |
Semangat Cikgu Iffah menceritakan tentang biografi Nabi Muhammaad SAW. (TH Pintar) |
 |
Cikgu saya dah siap warna. (TH Pintar) |
 |
Hasilnya! Balik nanti boleh bermain teka biografi Rasul dengan keluarga. (TH Pintar) |
 |
Warna cantik-cantik tau. (TH Pintar) |
 |
Wah, cantiknya hasilnya! (TH Pintar) |
 |
Aktiviti santai, ilmu tetap sampai! Jom kenali Rasulullah. (TH Jaya) |
 |
Comel-comel si cilik Hebat Jaya. |
 |
Si cilik 4 tahun di TH Inovasi bergaya. |
 |
Sepanduk hasil tangan cikgu-cikgu TH Genius. |
 |
Fokus semua mendengar perkongsian kisah teladan baginda Raulullah dari Cikgu Afiqah. |
 |
Meriah juga sambutan di TH Minda. |
 |
Okay bersedia kita nak mulakan selawat. (TH Bijaksana) |
 |
Senyuman manis, hati ikhlas! Memupuk semangat cinta kepada Rasulullah. (TH Bijaksana) |
 |
Hasil aktiviti 6 tahun di TH Kreatif. |
 |
Semarak Sambutan Maulidur Rasul bersama si cilik TH Kreatif. |
Baiklah sampai di sini sahaja coretan blog pada kali ini. Semoga kita berjumpa lagi di program tadika yang akan datang.
Sekian, terima kasih.🌹
FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)
~Cikgu Azreen~
0 comments:
Post a Comment