Tuesday, September 23, 2025

ILMU UNTUK IBU AYAH HEBAT!

 

Steady Cikgu Tamizi 2 hari berturut memberi talk.

Alhamdulillah, program Keibubapaan & Teknik Pengajaran Asas Sempoa K1 yang diadakan pada 16 & 17 Ogos lalu telah berlangsung dengan penuh manfaat dan meninggalkan impak besar buat ibu ayah yang hadir.

Program ini dibuka dengan slot keibubapaan yang dikendalikan oleh Cikgu Tamizi dengan tajuk yang sangat dekat di hati kita semua – “Dari Brain Rot ke Otak Sihat”.
Perkongsian ini membuka mata tentang kesan penggunaan gajet terhadap perkembangan anak-anak kecil. Ramai ibu ayah tersentuh dan sedar betapa pentingnya pengawalan masa skrin demi membina generasi yang sihat minda dan emosi.

Slot seterusnya diteruskan dengan taklimat hala tuju silibus 5 & 6 tahun.
Hari pertama disampaikan oleh Pn Norafizah, manakala hari kedua pula oleh Pn Suhaila. Taklimat ini memberi pendedahan jelas kepada ibu ayah tentang perjalanan pembelajaran anak-anak serta bagaimana silibus yang dirangka mampu menyediakan mereka dengan asas kukuh sebelum melangkah ke sekolah rendah.

Tidak ketinggalan, ibu ayah juga berpeluang mengikuti teknik asas penggunaan sempoa K1, yang bukan sahaja menyeronokkan malah membuktikan bahawa matematik boleh menjadi aktiviti yang mudah, praktikal dan membina daya fokus anak.

Secara keseluruhannya, program dua hari ini benar-benar memberi nilai tambah kepada ibu ayah dalam usaha mendidik anak-anak agar terus cemerlang di masa hadapan.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir, semoga ilmu yang dikongsikan dapat dipraktikkan dalam mendidik anak-anak kita menjadi generasi hebat, berilmu dan berakhlak. 


Cikgu Aqidah & Cikgu Fad bertugas di kaunter pendaftaran hari pertama.

Hari kedua Cikgu Shafiqah & Cikgu Intan Syafiqah bertugas di kaunter pendaftaran.

Tanda hadir ✅ ibu ayah perlu tandatangan.

Tidak asing lagi pemudahcara majlis Cikgu Faridah.


Pn Suhaila dalam sesi taklimat hari kedua– memberi penerangan tentang silibus 
5 & 6 tahun untuk rujukan ibu ayah.

Sesi penerangan silibus bersama Pn Norafizah pada hari pertama.

Fokus belajar sempoa!

Jangan malu bertanya, nanti sesat jalan.

Ada yang memerhati!

Demi pembelajaran si clik hebat, ibu & ayah sanggup luangkan masa.

Antara nombor yang anak-anak keliru nanti.

Baiklah sampai di sini sahaja coretan blog pada kali ini. Semoga kita berjumpa lagi diblog yang seterusnya.

Sekian, terima kasih 🌹

FROM ZERO TO HERO
(Bersatu Untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~

0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon