Monday, September 29, 2025

BILA TADIKA JADI DUNIA KERJAYA MINI!

 

Bermacam jenis pekerjaan dalam kelas 6 Intelek. (TH Intelek)


๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿš’๐Ÿ‘ฎ‍♂️ Hari Kostum Pekerjaan MyBistari – Si Cilik Hebat Beraksi!

25 September 2025… wahhh meriah sungguh tadika kami! Buat kali pertama pada tahun ini, anak-anak diraikan dalam Hari Kostum Pekerjaan dan ternyata keterujaan mereka memang luar biasa. Terutama si comel 4 & 5 tahun… almaklumlah, kali pertama dapat menyarung kostum pekerjaan idaman masing-masing!

Pagi itu, pintu tadika ibarat pintu dunia kerjaya mini – ada yang melangkah masuk sebagai polis berani, tentera gagah, bomba penyelamat, doktor penyayang, jururawat prihatin, chef handal, malah ada juga cikgu kecil yang penuh gaya! Tak cukup dengan itu, angkasawan pun turut “mendarat” di halaman tadika, dan yang paling unik… artis budaya pun hadir memeriahkan suasana!

Gelagat mereka memang buat hati cair – ada yang serius berlakon macam betul-betul di tempat kerja, ada juga yang tersipu malu tapi tetap comel dengan uniform masing-masing. Memang tak kering gusi guru dan kawan-kawan dibuatnya.

Hari ini bukan sekadar hari bergambar dan berseronok… tapi hari yang mengajar anak-anak untuk berani bermimpi, yakin dengan cita-cita, dan bangga menjadi diri sendiri.

Dari kostum hari ini, semoga lahir cita-cita hebat esok hari. Siapa tahu, doktor kecil hari ini bakal jadi pakar bedah terkenal, atau chef kecil bakal jadi chef selebriti satu masa nanti!

Gabungan sepupu di TH Intelek memilih kostum pramugara & pramugari.


Lenggok kecil penuh pesona, bak penari budaya sejati. (TH Intelek)

Pemain bola sepak penuh gaya. (TH Intelek)

Gagah perkasa ahli bomba di TH Pintar.



Angkasawan sudah mendarat di bumi. (TH Pintar)

Penuh gaya project manager. (TH Pintar)

Pilot sedia menjalankan tugas. (TH Jaya)

Sedia berkhidmat! Tentera kecil penuh semangat ๐Ÿ’‚‍♂️✨ (TH Jaya)

Inspektor Fatin Afiyah. (TH Jaya)


Bergaya guru-guru, mengajar subjek apa tu? (TH Inovasi)

Barisan askar yang sentiasa bersedia menjaga keamanan negara. (TH Ilmu)

Dari tadika ke teknologi – bakal jurutera hebat sedang membesar! (TH Ilmu)

Pakar-pakar bedah suatu hari nanti. (TH Kreatif)

Hari Kostum Pekerjaan – si cilik beraksi penuh gaya! (TH Kreatif)

Si cilik 4 tahun TH Bijaksana… macam-macam watak, macam-macam cita!

Comel semuanya! (TH Minda)

Wah, siap bawa senapang! (TH Genius)

Ala comel doktor cilik berdua ni. (TH Genius)

Meriah kelas dengan bermacam pekerjaan. (TH Genius)

Baiklah sampai di sini  coretan blog pada kali ini, melihat si cilik penuh keyakinan dengan kostum pilihan mereka, kita percaya bahawa setiap impian mampu menjadi nyata dengan doa, usaha dan sokongan. Semoga anak-anak MyBistari terus membesar menjadi insan hebat yang memberi manfaat kepada semua. ๐Ÿ’–

Sekian, terima kasih๐ŸŒน

FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidk)

~Cikgu Azreen~


0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon