Showing posts with label sesi penerangan bacalah anakku. Show all posts
Showing posts with label sesi penerangan bacalah anakku. Show all posts

Thursday, April 30, 2026

IBU AYAH HEBAT, ANAK CEPAT MEMBACA – INI CARANYA!

 

On duty-kaunter pendaftaran.

Alhamdulillah, program keibubapaan dan teknik pengajaran Bacalah Anakku khas untuk ibu bapa si cilik berusia 4 tahun telah berjaya dilaksanakan dengan lancar. Jika pada awal tahun lalu program ini memberi fokus kepada ibu bapa anak 5 tahun, kini giliran ibu bapa anak 4 tahun pula didedahkan dengan teknik yang sama seperti yang diajarkan kepada anak-anak di tadika. Program pada kali ini juga ada penglibatan daripada pengusaha-pengusaha tadika serta ibu bapa luar yang ingin menimba ilmu dan memahami kaedah pendidikan awal kanak-kanak dengan lebih mendalam.

Program dimulakan dengan slot keibubapaan yang disampaikan oleh Cikgu Tarmizi dengan tajuk “Menghadirkan Aroma Syurga di Dalam Rumah”. Slot ini sarat dengan perkongsian yang menyentuh hati dan memberi inspirasi kepada ibu bapa dalam membina keluarga yang harmoni berlandaskan tsaqafah Islam. Pelbagai tips praktikal dikongsikan, antaranya peranan ibu bapa sebagai pendidik utama, kepentingan mewujudkan suasana rumah yang penuh kasih sayang, serta pendekatan mendidik anak dengan cara yang seimbang antara kelembutan dan ketegasan.

Selepas sesi rehat, program diteruskan dengan slot teknik pengajaran membaca menggunakan siri Bacalah Anakku buku 1 hingga 8 yang disampaikan oleh Pn Norafizah Salleh yang berpengalaman lebih 20 tahun bersama MyBistari Group. Dalam slot ini, beliau berkongsi teknik secara terperinci tentang cara membimbing anak mengenal bunyi, suku kata dan seterusnya membaca dengan lancar. Pada asalnya, sesi bagi buku 6 hingga 8 akan disampaikan oleh Pn Suhaila, namun atas faktor kesihatan beliau tidak dapat bersama. Walau bagaimanapun, Pn Norafizah telah menggalas tanggungjawab tersebut dengan baik dan memastikan semua peserta mendapat ilmu yang lengkap.

Alhamdulillah, keseluruhan program dapat diselesaikan dengan sempurna dan mendapat sambutan yang sangat baik. Majlis penutup diakhiri dengan ucapan daripada founder MyBistari Group, Pn Zainun. Dalam ucapannya, beliau turut berbesar hati menjemput seorang rakan pengusaha tadika yang hadir dari Pahang untuk berkongsi pengalaman sepanjang mengikuti program ini, sekali gus memberikan inspirasi  kepada para peserta.


Pendaftaran peserta seawal 7.45 pagi.

Kedatangan ibu ayah akan disambut dengan guru besar otai di MyBistari.

Ibu-ibu mula memenuhi ruang kosong yang ada di dewan.

Kehadiran ibu ayah demi kecemerlangan anak.

Cikgu Tarmizi dengan slot parenting sedia berkongsi ilmuo.

Sempat Cikgu Tarmizi beramah mesra dengan ibu ayah yang hadir.

Waktu rehat ibu ayah diberikan juadah untuk santapan.

Sembang apa tu?

Ruang pameran testimoni buku murid.

Kad sukukata & koleksi buku cerita pendek juga dijual di sini.

Pn Zainun berkongsi ilmu dengan sahabat pengusaha dari Kuantan.

Slot ke-2 Kaedah Pengajaran Bacalah Anakku.

Pn Fiza menunjukkan kaedah penggunaan kad sukukata.

Penerangan dimulakan dengan buku bacalah 1.

Fokus masing-masing mendengar.

Apalah yang lucu tu? Hihi

Majlis penutup - ucapan dari Pn Zainun.


Perkongsian pengalaman dari rakan pengusaha tadika yang hadir ke program kami.

Terima kasih guru-guru yang bertugas pada program ini.

Semoga segala ilmu yang diterima dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh ibu bapa dan para pendidik dalam membimbing anak-anak ke arah masa depan yang lebih cerah dan cemerlang. Sama-sama kita berusaha membentuk minat membaca dalam diri anak-anak sejak usia kecil, kerana di situlah bermulanya asas kejayaan mereka pada masa hadapan.

Hakikatnya, minat membaca tidak lahir secara tiba-tiba — ia dibentuk sejak kecil, bermula dari rumah, dengan bimbingan penuh kasih sayang daripada ibu dan ayah.

Ayuh, sama-sama kita tanamkan cinta membaca dalam diri anak-anak demi masa depan yang lebih cerah dan cemerlang.

FROM ZERO TO HERO

(Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~

Friday, February 13, 2026

ILMU UNTUK IBUAYAH, MASA DEPAN UNTUK ANAK!

Seawal pagi ibu-ibu sudah hadir untuk mendaftar kehadiran.

Program Keibubapaan dan Teknik Pengajaran Bacalah Anakku telah berlangsung dengan jayanya pada 25, 31 Januari dan 8 Februari 2026, khusus untuk ibu ayah murid 5 tahun serta ibu ayah murid baru 6 tahun. Program ini diadakan di Dewan Al-Fateh, MyBistari Legacy dalam suasana yang kondusif, penuh fokus dan sarat dengan perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat. Kehadiran ibu ayah menunjukkan komitmen tinggi dalam usaha memahami peranan mereka dalam menyokong perkembangan pembelajaran anak-anak di rumah.

Slot pertama merupakan sesi parenting bersama Cikgu Tamizi yang membawakan tajuk “Algoritma Ancaman Tersembunyi Bagi Keperibadian Anak.” Perkongsian ini membuka mata ibu ayah tentang perkara-perkara halus yang boleh mempengaruhi pembentukan sahsiah anak, sama ada dari aspek emosi, persekitaran mahupun cara komunikasi harian. Banyak situasi yang dikongsikan sangat dekat dengan realiti kehidupan keluarga, sekali gus memberi kesedaran bahawa didikan bukan hanya pada arahan, tetapi pada pendekatan dan suasana yang dibina di rumah.

Slot kedua pula memfokuskan kepada Teknik Pengajaran Bacalah Anakku yang dibimbing oleh Cikgu Norafizah Salleh untuk buku 1 hingga 5, manakala buku 6 hingga 8 dibimbing oleh Cikgu Suhaila. Dalam sesi ini, ibu ayah didedahkan dengan teknik sebutan yang betul, cara membimbing anak membaca tanpa tekanan, serta langkah demi langkah penggunaan buku mengikut tahap. Ibu ayah juga dapat melihat bahawa proses mengajar membaca memerlukan teknik yang betul supaya anak lebih mudah faham dan kekal berminat untuk belajar.

Semoga ibu ayah yang hadir dapat memanfaatkan segala ilmu yang dikongsikan dan dapat membimbing anak-anak membaca dengan cara yang betul, tenang dan menyeronokkan di rumah. Apabila pihak sekolah dan ibu ayah bergerak seiring, insyaAllah anak-anak akan lebih yakin, bersedia dan cemerlang dalam perjalanan pembelajaran mereka.

Batch 1-full house dewan.

Batch 2 juga penuh dewan. Terima kasih ibu ayah.

Petugas kaunter pendaftaran batch ke 3 program.

Ibu-ibu sporting.

Soalan apa yang ditanya oleh Puan Suhaila tu?

Carta sukukata yang digunakan di dalam kelas.

Puan Zainun sempat berkongsi ilmu dengan ibu-ibu sewaktu rehat.

Ruang pameran testimoni buku murid juga disediakan untuk ibu bapa lihat dengan
lebih dekat hasil kerja murid.

Cikgu Tamizi sempat meluangkan masa beramah mesra dengan bapa-bapa yang hadir.

Fokus-fokus.

Waktu rehat makanan disediakan.

Q & A bersama Puan Zainun.

Cenderahati penghargaan oleh Puan Zainun kepada Puan Suhaila.

Cenderahati penghargaan Puan Zainun kepada Puan Norafizah.

Barisan guru juga hadir untuk menambah ilmu.

Sebagai penutup, program ini membuktikan bahawa kejayaan anak-anak bukan hanya bergantung kepada usaha di sekolah semata-mata, tetapi turut memerlukan sokongan dan kefahaman yang jelas daripada ibu ayah di rumah. Apabila ibu ayah melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan dan teknik pengajaran yang betul, proses membimbing anak menjadi lebih terarah, tenang dan berkesan.

Semoga segala perkongsian yang diterima sepanjang program ini menjadi panduan yang berterusan dalam mendidik dan membentuk keperibadian anak-anak. Dengan kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu ayah, InsyaAllah anak-anak akan membesar sebagai generasi yang berilmu, berakhlak dan cemerlang dalam setiap langkah kehidupan mereka.

Sekian, terima kasih.🌹

FROM ZERO TO HERO

(Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~

Friday, February 28, 2025

RAHSIA KEJAYAAN MEMBACA & PERANAN IBU BAPA DALAM PEMBELAJARAN ANAK!

 

Kaunter pendaftaran dibuka seawal 7.45 pagi.

Assalamualaikum

Alhamdulillah! Program Keibubapaan & Teknik Pengajaran Bacalah Anakku yang berlangsung pada 22 & 23 Februari 2025 telah berjaya mencipta momen berharga buat ibu bapa MyBistari Group! Ribuan terima kasih buat ibu dan ayah yang sudi meluangkan masa untuk menyelami teknik terbaik dalam membantu anak-anak membaca dengan lebih lancar di rumah. Kehadiran anda bukan sekadar sokongan, tetapi bukti kasih sayang dan dedikasi luar biasa terhadap pendidikan si kecil. 💖

Kami amat berbangga kerana dapat menampilkan tiga speaker luar biasa yang berkongsi ilmu bermakna dalam program ini:

📌 Cikgu Tamizi – Mengupas tajuk inspirasi "Ke Mana Halatuju Generasi Kita?" yang menyentuh hati dan memberi refleksi mendalam tentang peranan ibu bapa dalam mencorak masa depan anak-anak. 🌟

📌 Pn. Norafizah – Mengajar teknik bacaan Bacalah Anakku untuk Buku 1 hingga 5 dengan pendekatan yang mudah, menyeronokkan dan efektif! Kini, ibu bapa lebih yakin membimbing anak membaca dengan lancar. ✨

📌 Pn. Suhaila – Membimbing teknik bacaan untuk Buku 6 hingga 8 serta menyelitkan ilmu penting mengenai ciri-ciri murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK). Pendedahan ini sangat berguna dalam memahami keperluan anak-anak yang memerlukan sokongan lebih dalam pembelajaran mereka. 

Kami berharap ilmu yang dikongsikan sepanjang program ini menjadi titik permulaan kepada perjalanan membaca yang lebih menyeronokkan di rumah. Setiap usaha kecil anda akan membawa perubahan besar dalam perkembangan anak-anak! 💪

Sekali lagi, jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir. Bersama-sama, kita bangunkan generasi cemerlang, hebat di dunia mahupun akhirat kelak.🚀

Makin handsome bergaya.

Rutin program tahunan.

Semangat Cikgu Mizi bagi talk.

Hari pertama program, penuh Dewan Al-Fatih.

Gandingan speaker yang mantap!

Break time!

Semangat Cikgu Faridah beri penerangan kepada ibu-ibu.

Banyak ceritanya tu.

Fun learning!

Lama sangat duduk, jom kita buat aktiviti regangan.

Steady Pn Shawa pengacara majlis.

Manis-manis penyambut tetamu untuk hari kedua.

Penuh ceria ibu yang hadir.

Satu-satunya wakil ibuayah yang hadir untuk slot kedua program.

Masih bersemangat Cikgu Mizi berikan talk pada hari kedua.

Teh atau kopi menjadi pilihan?

Antara buku-buku bacaan yang diguakan di MyBistari.

Rancak berbual founder kami dengan perkongsian ilmu kepada ibu-ibu baru.

Fokus ya ibu-ibu, balik nak ajar anak pula. Hihihi

Fokus!

Bergetarlah hati ayah-ayah yang hadir kena soal dengan Pn Suhaila.

Teknik yang penting boleh dirakam untuk rujukan di rumah nanti.

Penutup program Q & A bersama founder kesayangan kami, Pn Zainun.

Baiklah, sampai di sini sahaja coretan blog pada kali ini. Ibu ayah jangan lupa follow media sosial rasmi kami untuk melihat lebih banyak perkongsian aktiviti tadika! 

Sekian, terima kasih. 🌹

FROM ZERO TO HERO 

(Bersatu Untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon