 |
Kaunter pendaftaran dibuka seawal 7.45 pagi. |
Assalamualaikum
Alhamdulillah! Program Keibubapaan & Teknik Pengajaran Bacalah Anakku yang berlangsung pada 22 & 23 Februari 2025 telah berjaya mencipta momen berharga buat ibu bapa MyBistari Group! Ribuan terima kasih buat ibu dan ayah yang sudi meluangkan masa untuk menyelami teknik terbaik dalam membantu anak-anak membaca dengan lebih lancar di rumah. Kehadiran anda bukan sekadar sokongan, tetapi bukti kasih sayang dan dedikasi luar biasa terhadap pendidikan si kecil. ๐
Kami amat berbangga kerana dapat menampilkan tiga speaker luar biasa yang berkongsi ilmu bermakna dalam program ini:
๐ Cikgu Tamizi – Mengupas tajuk inspirasi "Ke Mana Halatuju Generasi Kita?" yang menyentuh hati dan memberi refleksi mendalam tentang peranan ibu bapa dalam mencorak masa depan anak-anak. ๐
๐ Pn. Norafizah – Mengajar teknik bacaan Bacalah Anakku untuk Buku 1 hingga 5 dengan pendekatan yang mudah, menyeronokkan dan efektif! Kini, ibu bapa lebih yakin membimbing anak membaca dengan lancar. ✨
๐ Pn. Suhaila – Membimbing teknik bacaan untuk Buku 6 hingga 8 serta menyelitkan ilmu penting mengenai ciri-ciri murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK). Pendedahan ini sangat berguna dalam memahami keperluan anak-anak yang memerlukan sokongan lebih dalam pembelajaran mereka.
Kami berharap ilmu yang dikongsikan sepanjang program ini menjadi titik permulaan kepada perjalanan membaca yang lebih menyeronokkan di rumah. Setiap usaha kecil anda akan membawa perubahan besar dalam perkembangan anak-anak! ๐ช
Sekali lagi, jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir. Bersama-sama, kita bangunkan generasi cemerlang, hebat di dunia mahupun akhirat kelak.๐
 |
Makin handsome bergaya. |
 |
Rutin program tahunan. |
 |
Semangat Cikgu Mizi bagi talk. |
 |
Hari pertama program, penuh Dewan Al-Fatih. |
 |
Gandingan speaker yang mantap!
|
 |
Break time! |
 |
Semangat Cikgu Faridah beri penerangan kepada ibu-ibu. |
 |
Banyak ceritanya tu. |
 |
Fun learning! |
 |
Lama sangat duduk, jom kita buat aktiviti regangan. |
 |
Steady Pn Shawa pengacara majlis. |
 |
Manis-manis penyambut tetamu untuk hari kedua. |
 |
Penuh ceria ibu yang hadir. |
 |
Satu-satunya wakil ibuayah yang hadir untuk slot kedua program. |
 |
Masih bersemangat Cikgu Mizi berikan talk pada hari kedua. |
 |
Teh atau kopi menjadi pilihan? |
 |
Antara buku-buku bacaan yang diguakan di MyBistari. |
 |
Rancak berbual founder kami dengan perkongsian ilmu kepada ibu-ibu baru. |
 |
Fokus ya ibu-ibu, balik nak ajar anak pula. Hihihi |
 |
Fokus! |
 |
Bergetarlah hati ayah-ayah yang hadir kena soal dengan Pn Suhaila. |
 |
Teknik yang penting boleh dirakam untuk rujukan di rumah nanti. |
 |
Penutup program Q & A bersama founder kesayangan kami, Pn Zainun. |
Baiklah, sampai di sini sahaja coretan blog pada kali ini. Ibu ayah jangan lupa follow media sosial rasmi kami untuk melihat lebih banyak perkongsian aktiviti tadika!
Sekian, terima kasih. ๐น
FROM ZERO TO HERO
(Bersatu Untuk Mendidik)
~Cikgu Azreen~
0 comments:
Post a Comment