.jpeg) |
| Alaaa comel-comel semuanya (TH Jaya) |
🎉 Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 MyBistari Group 🎉
Pada 3 April 2026 (Jumaat), suasana di Tadika-Tadika Hebat MyBistari Group kembali meriah dengan gelak tawa dan keceriaan anak-anak selepas menyambut Hari Raya di kampung halaman bersama keluarga tercinta. Kini, tibalah masa untuk si cilik hebat beraya pula bersama guru dan rakan-rakan di tadika!
Seawal pagi, tadika dihiasi dengan warna-warni pakaian tradisional yang mencuri perhatian. Anak-anak lelaki tampil segak berbaju Melayu, manakala anak-anak perempuan pula anggun dan jelita berbaju kurung. Comel-comel belaka! Cikgu-cikgu juga tidak ketinggalan memeriahkan suasana — ada yang berselendang di bahu, dan ada juga yang memilih tema klasik dengan kain batik yang begitu menawan.
Sambutan Hari Raya kali ini bukan sahaja meriah, malah sangat bermakna. Meja hidangan dipenuhi dengan pelbagai juadah hasil sumbangan ibu ayah — daripada makanan berat hinggalah ke pencuci mulut yang menyelerakan. Minuman pula hadir dalam pelbagai perisa yang menyegarkan. Alhamdulillah, semua menikmati hidangan dengan penuh kesyukuran. Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu ayah yang sudi berkongsi rezeki — semoga dilimpahkan rezeki yang berpanjangan buat semua.
Selain menikmati juadah, anak-anak juga teruja dengan pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang hari. Ada sesi mewarna, bergambar kenangan, dan tidak ketinggalan juga mencuba trend TikTok viral yang mencuit hati. Gelagat mereka benar-benar menghiburkan dan menceriakan suasana!
Lebih istimewa, tradisi memberi duit raya turut memeriahkan sambutan apabila ada ibu ayah berkongsi kegembiraan dengan rakan sekelas anak-anak. Terima kasih atas keprihatinan dan kemurahan hati yang ditunjukkan.
.jpeg) |
| Makan kenyang-kenyang. (TH Jaya) |
.jpeg) |
| Hasil kreativiti murid. |
.jpeg) |
| Alolo comelnya bergambar di photobooth. (TH Bijaksana) |
 |
| Seronoknya makan ramai-ramai macam ni. (TH Intelek) |
 |
| Cantik tak kami warna? (TH Intelek) |
.jpeg) |
| Bergambar kelas 4 tahun di TH Cemerlang. |
.jpeg) |
| Gaya peace ✌ (TH Cemerlang) |
.jpeg) |
| Wah dapat duit raya! (TH Genius) |
 |
| Jom ambil gambar dulu sebelum makan. (TH Genius) |
.jpeg) |
| Rezeki anak TH Genius dapat goodies sumbangan dari ibu ayah. |
.jpeg) |
| Bergambar kenangan dengan guru kelas. (TH Ilmu) |
 |
| Last raya di tadika, tahun hadapan dah ke darjah 1. (TH Ilmu) |
 |
| Seronoknya dapat makan pizza. (TH Cemerlang) |
 |
| Jauh termenung...ingat apa la tu. Hihihi (TH Cemerlang) |
.jpeg) |
| Rezeki dikongsi bersama, duit raya dapat coklat pun dapat. (TH Inovsi) |
 |
| Wah guru kelas pun berkongsi rezeki! Terima kasih Cikgu Salasiah. (TH Inovasi) |
 |
| Macam-macam design photobooth tahun ni. Kreatif! (TH Inovasi) |
 |
| Si cilik Hebat Minda. |
 |
| Gambar kenangan bersama guru-guru tersayang. (TH Minda) |
.jpeg) |
| Si cilik Hebat Kreatif 6 tahun. |
 |
| Si cilik Hebat Kreatif 5 tahun. |
 |
| Si cilik Hebat Kreatif 4 tahun. |
 |
| Sedondon cikgu-cikgu Tadika Hebat Pintar. |
 |
| Rare photobooth TH Pintar siap ada periuk. |
Sesungguhnya, sambutan ini bukan sekadar perayaan, tetapi juga medan untuk mengeratkan silaturahim antara anak-anak, guru dan ibu ayah. Semoga kenangan indah ini akan terus terpahat di hati si cilik hebat.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin daripada MyBistari Group! 🌙✨
FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)
0 comments:
Post a Comment