 |
| On duty-kaunter pendaftaran. |
Alhamdulillah, program keibubapaan dan teknik pengajaran Bacalah Anakku khas untuk ibu bapa si cilik berusia 4 tahun telah berjaya dilaksanakan dengan lancar. Jika pada awal tahun lalu program ini memberi fokus kepada ibu bapa anak 5 tahun, kini giliran ibu bapa anak 4 tahun pula didedahkan dengan teknik yang sama seperti yang diajarkan kepada anak-anak di tadika. Program pada kali ini juga ada penglibatan daripada pengusaha-pengusaha tadika serta ibu bapa luar yang ingin menimba ilmu dan memahami kaedah pendidikan awal kanak-kanak dengan lebih mendalam.
Program dimulakan dengan slot keibubapaan yang disampaikan oleh Cikgu Tarmizi dengan tajuk “Menghadirkan Aroma Syurga di Dalam Rumah”. Slot ini sarat dengan perkongsian yang menyentuh hati dan memberi inspirasi kepada ibu bapa dalam membina keluarga yang harmoni berlandaskan tsaqafah Islam. Pelbagai tips praktikal dikongsikan, antaranya peranan ibu bapa sebagai pendidik utama, kepentingan mewujudkan suasana rumah yang penuh kasih sayang, serta pendekatan mendidik anak dengan cara yang seimbang antara kelembutan dan ketegasan.
Selepas sesi rehat, program diteruskan dengan slot teknik pengajaran membaca menggunakan siri Bacalah Anakku buku 1 hingga 8 yang disampaikan oleh Pn Norafizah Salleh yang berpengalaman lebih 20 tahun bersama MyBistari Group. Dalam slot ini, beliau berkongsi teknik secara terperinci tentang cara membimbing anak mengenal bunyi, suku kata dan seterusnya membaca dengan lancar. Pada asalnya, sesi bagi buku 6 hingga 8 akan disampaikan oleh Pn Suhaila, namun atas faktor kesihatan beliau tidak dapat bersama. Walau bagaimanapun, Pn Norafizah telah menggalas tanggungjawab tersebut dengan baik dan memastikan semua peserta mendapat ilmu yang lengkap.
Alhamdulillah, keseluruhan program dapat diselesaikan dengan sempurna dan mendapat sambutan yang sangat baik. Majlis penutup diakhiri dengan ucapan daripada founder MyBistari Group, Pn Zainun. Dalam ucapannya, beliau turut berbesar hati menjemput seorang rakan pengusaha tadika yang hadir dari Pahang untuk berkongsi pengalaman sepanjang mengikuti program ini, sekali gus memberikan inspirasi kepada para peserta.
 |
| Pendaftaran peserta seawal 7.45 pagi. |
 |
| Kedatangan ibu ayah akan disambut dengan guru besar otai di MyBistari. |
 |
| Ibu-ibu mula memenuhi ruang kosong yang ada di dewan. |
 |
| Kehadiran ibu ayah demi kecemerlangan anak. |
 |
| Cikgu Tarmizi dengan slot parenting sedia berkongsi ilmuo. |
 |
| Sempat Cikgu Tarmizi beramah mesra dengan ibu ayah yang hadir. |
 |
| Waktu rehat ibu ayah diberikan juadah untuk santapan. |
 |
| Sembang apa tu? |
 |
| Ruang pameran testimoni buku murid. |
 |
| Kad sukukata & koleksi buku cerita pendek juga dijual di sini. |
.jpg) |
| Pn Zainun berkongsi ilmu dengan sahabat pengusaha dari Kuantan. |
.jpg) |
| Slot ke-2 Kaedah Pengajaran Bacalah Anakku. |
 |
| Pn Fiza menunjukkan kaedah penggunaan kad sukukata. |
 |
| Penerangan dimulakan dengan buku bacalah 1. |
.jpeg) |
| Fokus masing-masing mendengar. |
 |
| Apalah yang lucu tu? Hihi |
 |
| Majlis penutup - ucapan dari Pn Zainun. |
.jpeg) |
| Perkongsian pengalaman dari rakan pengusaha tadika yang hadir ke program kami. |
 |
| Terima kasih guru-guru yang bertugas pada program ini. |
Semoga segala ilmu yang diterima dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh ibu bapa dan para pendidik dalam membimbing anak-anak ke arah masa depan yang lebih cerah dan cemerlang. Sama-sama kita berusaha membentuk minat membaca dalam diri anak-anak sejak usia kecil, kerana di situlah bermulanya asas kejayaan mereka pada masa hadapan.
Hakikatnya, minat membaca tidak lahir secara tiba-tiba — ia dibentuk sejak kecil, bermula dari rumah, dengan bimbingan penuh kasih sayang daripada ibu dan ayah.
Ayuh, sama-sama kita tanamkan cinta membaca dalam diri anak-anak demi masa depan yang lebih cerah dan cemerlang.
FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)
~Cikgu Azreen~
0 comments:
Post a Comment