Monday, January 16, 2023

MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA

 

Bismillahirahmanirrahim

Rapatkan saf dahulu sebelum solat berjemaah.(TIPB)


“Melentur buluh biarlah dari rebungnya”

Penekanan agama perlu dititikberatkan sejak kecil lagi terutama bab solat. Solat 5 waktu merupakan rukun islam kedua yang wajib ditunaikan oleh semua umat islam. Oleh itu, sudah tugas kami untuk memberi pendedahan awal tentang solat kepada anak-anak di MyBistari Group.

“Kenapa praktikal solat diajar sewaktu mereka berada ditahap K2?”

Soalan ini sering kami terima dari pihak ibubapa yang pertama kali mendaftar anak di sini. Hal ini adalah kerana kami ingin anak-anak menghafal dan kuasai dahulu bacaan dalam solat sebelum mereka membuat praktikal. Bak kata pepatah english “just follow and trust the process”.

Bagi tahap K1 kami mulakan dengan hafalan doa-doa harian dan juga surah-surah lazim. Apabila mereka memasuki tahap K2, barulah mereka didedahkan dengan hafalan ibadah iaitu hafalan dalam solat dari niat solat sehinggalah bacaan doa selepas solat. Seiring dengan silibus subjek pendidikan islam yang diajar pada semester 1 iaitu subjek ibadah dimana murid-murid banyak didedahkan teori tentang solat terutama bab berwuduk dan pergerakan dalam solat.

Apabila anak-anak sudah kuasai semua teori tersebut barulah praktikal solat ini diadakan. Pada bulan Ogos 2022 yang lepas kami telah mengadakan praktikal solat Subuh. Kemudian diikuti dengan praktikal solat Zohor, Asar dan Isyak yang telah diadakan pada minggu lepas dalam bulan Januari 2023. InsyaAllah, pada bulan Februari nanti akan diadakan pula praktikal solat Maghrib.

Semoga dengan usaha kami ini sedikit sebanyak dapat membantu dan memupuk semangat anak-anak untuk menunaikan kewajipan solat ini dengan mempraktikkannya di rumah.

Jom saksikan ragam anak-anak sepanjang praktikal solat ini diadakan.

Sebelum kita solat jangan lupa ambil wuduk (TIB)

Sementara menunggu kawan-kawan ambil wuduk jom berzikir dahulu. (TMPB)

 
Eh dah ready ke belum yang belakang tu? Imam dah solat. (TS1)


Khusyuk menunaikan solat. (TS2)

Rukuk yang sempurna. (TS2)

Sujud pastikan lengan diangkat. (TKM)

Cikgu Amalina membetulkan kedudukan tangan murid. (TNPB)

Cikgu memerhati dari jarak jauh. (TM)

Cara duduk tahiyat akhir yang betul.(TIMB)


Zikir selepas solat.(TIMB)

Begitulah ragam anak-anak ketika melakukan praktikal solat. Alhamdulillah semangat masing-masing untuk melakukan ibadah solat ini. Jangan lupa bulan Februari nanti praktikal solat Maghrib pula.

Sebelum akhiri blog ini jom saksikan sedikit bingkisan video praktikal solat oleh anak-anak MyBistari.





Apalagi jom follow, like, comment and share!!!

Sekian terima kasih 🌹

~Cikgu Azreen~

Sunday, January 8, 2023

TERUSKAN PERJUANGAN MEREBUT TEMPAT PELAJAR TERBAIK!!

 

Hari pertama ujian subjek Bahasa Melayu dan Matematik.

Bismillahirrahmanirrahim.

“Ya Allah bukakanlah oleh-Mu atas kami hikmah-Mu dan bentangkanlah oleh-Mu atas kami gedung rahmat Engkau, wahai Tuhan yang Maha pengasih lagi Maha mengasihani.”

Inilah bait-bait maksud doa penerang hati yang dibaca oleh murid sewaktu permulaan kelas setiap hari. Semoga doa ini diterima oleh Allah untuk terangkan hati dan minda anak-anak MyBistari menjawab soalan ujian penilaian akhir semester 2.

Pejam celik, pejam celik sudah sampai ke penghujung semester 2 tinggal lagi beberapa minggu sahaja anak-anak akan bersama kami sebelum cuti panjang bulan Februari nanti. Bagi anak-anak 6 tahun akan menjejakkan kaki ke darjah 1 dan anak-anak 5 tahun yang mana berpindah dan sambung ke pra sekolah juga akan meninggalkan kami. Begitulah rutin setiap tahun, murid bersilih ganti. Bagi murid 5 tahun yang masih meneruskan pengajian di MyBistari Group akan berjumpa kami pada Mac nanti dengan melangkah ke satu tahap yang baru.

Inilah masanya untuk merebut tempat 3 terbaik di dalam kelas dan sekaligus menerima anugerah pelajar cemerlang pada hari anugerah cemerlang yang akan diadakan penghujung Januari nanti. Ujian penilaian akhir tahun berbeza format dengan ujian pertengahan tahun kerana untuk keputusan pertengahan tahun kami tidak menunjukkan kedudukan anak-anak di dalam kelas, kami hanya menunjukkan peratusan sahaja, berbanding pula dengan ujian penilaian akhir tahun pihak kami akan menunjukkan kedudukan anak-anak di dalam kelas lagilah semangat dan seronok anak-anak nanti untuk bersaing.

Pesanan kami kepada para ibu bapa, terimalah apa sahaja keputusan anak-anak anda dengan hati yang terbuka. Akan ada murid yang dapat keputusan cemerlang dan akan ada murid dapat keputusan sebaliknya. Jangan anak yang mendapat keputusan cemerlang dirai, tapi anak-anak yang tak mencapai keputusan yang kita inginkan kita biarkantanpa beri kata-kata semangat padanya. Nampak mudah, tapi dari sekecil inilah kita bentuk keyakinan diri dan pupuk nilai positif dalam diri mereka. Perlu diingat, anak-anak lebih mudah belajar dari layanan kita kepada mereka berbanding segaa macam pesanan yang kita beri pada mereka.

 

Kertas soalan dibalut rapi untuk di hantar ke cawangan.

 
Kertas soalan sedia diagihkan kepada murid.

 
Morning circle bersama guru bertugas.


                                                                     
Tulis nama dan kelas dahulu.

Penerangan kehendak soalan oleh guru bertugas.

Fokus fahamkan soalan.

Susun beg di luar kelas dahulu sebelum masuk kelas.

Fokusnya menjawab soalan.

Pening ke tu nak pilih jawapan.hihi

Alolo janganlah menangis cikgu ada ni tengokkan.

Agak-agak betul tak ya jawapan yang ini.

Warna salah satu je tau jawapan tu.

Faham tak soalan tu fokus tenung soalan.Hihihi

Sesi penandaan kertas ujian.

Jom saksikan kompilasi video sepanjang ujian penilaian akhir tahun.

                                                                 Part 1: Pecutan akhir!!


                                                           Part 2: Mulakan dengan bismillah

                                                      Last part:  Terus fokus menjawab soalan

Baiklah sampai di sini sahaja coretan blog pada kali ini. Inshaallah kita akan berjumpa lagi. Nantikan program penutup tirai sesi 2022/2023  dari Mybistari Group iaitu Hari Anugerah Cemerlang pada akhir bulan ini.

Sekian terima kasih.🌹

~Cikgu Azreen~
 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon