Sunday, January 8, 2023

TERUSKAN PERJUANGAN MEREBUT TEMPAT PELAJAR TERBAIK!!

 

Hari pertama ujian subjek Bahasa Melayu dan Matematik.

Bismillahirrahmanirrahim.

“Ya Allah bukakanlah oleh-Mu atas kami hikmah-Mu dan bentangkanlah oleh-Mu atas kami gedung rahmat Engkau, wahai Tuhan yang Maha pengasih lagi Maha mengasihani.”

Inilah bait-bait maksud doa penerang hati yang dibaca oleh murid sewaktu permulaan kelas setiap hari. Semoga doa ini diterima oleh Allah untuk terangkan hati dan minda anak-anak MyBistari menjawab soalan ujian penilaian akhir semester 2.

Pejam celik, pejam celik sudah sampai ke penghujung semester 2 tinggal lagi beberapa minggu sahaja anak-anak akan bersama kami sebelum cuti panjang bulan Februari nanti. Bagi anak-anak 6 tahun akan menjejakkan kaki ke darjah 1 dan anak-anak 5 tahun yang mana berpindah dan sambung ke pra sekolah juga akan meninggalkan kami. Begitulah rutin setiap tahun, murid bersilih ganti. Bagi murid 5 tahun yang masih meneruskan pengajian di MyBistari Group akan berjumpa kami pada Mac nanti dengan melangkah ke satu tahap yang baru.

Inilah masanya untuk merebut tempat 3 terbaik di dalam kelas dan sekaligus menerima anugerah pelajar cemerlang pada hari anugerah cemerlang yang akan diadakan penghujung Januari nanti. Ujian penilaian akhir tahun berbeza format dengan ujian pertengahan tahun kerana untuk keputusan pertengahan tahun kami tidak menunjukkan kedudukan anak-anak di dalam kelas, kami hanya menunjukkan peratusan sahaja, berbanding pula dengan ujian penilaian akhir tahun pihak kami akan menunjukkan kedudukan anak-anak di dalam kelas lagilah semangat dan seronok anak-anak nanti untuk bersaing.

Pesanan kami kepada para ibu bapa, terimalah apa sahaja keputusan anak-anak anda dengan hati yang terbuka. Akan ada murid yang dapat keputusan cemerlang dan akan ada murid dapat keputusan sebaliknya. Jangan anak yang mendapat keputusan cemerlang dirai, tapi anak-anak yang tak mencapai keputusan yang kita inginkan kita biarkantanpa beri kata-kata semangat padanya. Nampak mudah, tapi dari sekecil inilah kita bentuk keyakinan diri dan pupuk nilai positif dalam diri mereka. Perlu diingat, anak-anak lebih mudah belajar dari layanan kita kepada mereka berbanding segaa macam pesanan yang kita beri pada mereka.

 

Kertas soalan dibalut rapi untuk di hantar ke cawangan.

 
Kertas soalan sedia diagihkan kepada murid.

 
Morning circle bersama guru bertugas.


                                                                     
Tulis nama dan kelas dahulu.

Penerangan kehendak soalan oleh guru bertugas.

Fokus fahamkan soalan.

Susun beg di luar kelas dahulu sebelum masuk kelas.

Fokusnya menjawab soalan.

Pening ke tu nak pilih jawapan.hihi

Alolo janganlah menangis cikgu ada ni tengokkan.

Agak-agak betul tak ya jawapan yang ini.

Warna salah satu je tau jawapan tu.

Faham tak soalan tu fokus tenung soalan.Hihihi

Sesi penandaan kertas ujian.

Jom saksikan kompilasi video sepanjang ujian penilaian akhir tahun.

                                                                 Part 1: Pecutan akhir!!


                                                           Part 2: Mulakan dengan bismillah

                                                      Last part:  Terus fokus menjawab soalan

Baiklah sampai di sini sahaja coretan blog pada kali ini. Inshaallah kita akan berjumpa lagi. Nantikan program penutup tirai sesi 2022/2023  dari Mybistari Group iaitu Hari Anugerah Cemerlang pada akhir bulan ini.

Sekian terima kasih.🌹

~Cikgu Azreen~

0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon