Bismillahirahmanirrahim
|
Rapatkan saf dahulu sebelum solat berjemaah.(TIPB) |
“Melentur
buluh biarlah dari rebungnya”
Penekanan
agama perlu dititikberatkan sejak kecil lagi terutama bab solat. Solat 5 waktu
merupakan rukun islam kedua yang wajib ditunaikan oleh semua umat islam. Oleh
itu, sudah tugas kami untuk memberi pendedahan awal tentang solat kepada
anak-anak di MyBistari Group.
“Kenapa praktikal
solat diajar sewaktu mereka berada ditahap K2?”
Soalan ini
sering kami terima dari pihak ibubapa yang pertama kali mendaftar anak di sini.
Hal ini adalah kerana kami ingin anak-anak menghafal dan kuasai dahulu bacaan
dalam solat sebelum mereka membuat praktikal. Bak kata pepatah english “just
follow and trust the process”.
Bagi tahap
K1 kami mulakan dengan hafalan doa-doa harian dan juga surah-surah lazim. Apabila
mereka memasuki tahap K2, barulah mereka didedahkan dengan hafalan ibadah iaitu
hafalan dalam solat dari niat solat sehinggalah bacaan doa selepas solat. Seiring
dengan silibus subjek pendidikan islam yang diajar pada semester 1 iaitu subjek
ibadah dimana murid-murid banyak didedahkan teori tentang solat terutama bab
berwuduk dan pergerakan dalam solat.
Apabila
anak-anak sudah kuasai semua teori tersebut barulah praktikal solat ini
diadakan. Pada bulan Ogos 2022 yang lepas kami telah mengadakan praktikal solat Subuh. Kemudian diikuti dengan praktikal solat Zohor, Asar dan Isyak yang telah
diadakan pada minggu lepas dalam bulan Januari 2023. InsyaAllah, pada bulan
Februari nanti akan diadakan pula praktikal solat Maghrib.
Semoga dengan usaha kami ini sedikit sebanyak dapat membantu dan memupuk semangat anak-anak untuk menunaikan kewajipan solat ini dengan mempraktikkannya di rumah.
Jom saksikan ragam anak-anak sepanjang praktikal solat ini diadakan.
|
Sebelum kita solat jangan lupa ambil wuduk (TIB) |
|
Sementara menunggu kawan-kawan ambil wuduk jom berzikir dahulu. (TMPB) |
|
Eh dah ready ke belum yang belakang tu? Imam dah solat. (TS1) |
Sebelum akhiri blog ini jom saksikan sedikit bingkisan video praktikal solat oleh anak-anak MyBistari.
Apalagi jom follow, like, comment and share!!!
Sekian terima kasih 🌹
~Cikgu Azreen~
0 comments:
Post a Comment