Thursday, February 2, 2023

KALAM AKHIR 2022!!

 

Dekorasi pentas yang dihias oleh staf MyBistari Group.

 Bismillahirrahmanirrahim

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ, وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah, Ya Karim..

Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaan-Mu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur sama ada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada kami .

Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Kemuncak program MyBistari Group bagi sesi persekolahan 2022/2023 iaitu Hari Anugerah Cemerlang yang telah diadakan pada 31hb Januari 2023 (Rabu) di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang untuk meraikan kejayaan anak-anak yang mendapat keputusan cemerlang pada penilaian akhir tahun yang lepas.

Selain daripada itu, anak-anak K1 yang telah tamat 3 siri buku bacaan dalam tempoh 10 bulan sesi persekolahan juga turut diraikan dengan Anugerah Khas Bacaan. Alhamdulillah seramai 109 orang murid K1 yang layak menerima anugerah tersebut. Bukan mudah bagi anak-anak yang berusia 5 tahun yang tidak mengenal huruf dari awalnya untuk menamatkan siri bacaan. Lebih-lebih lagi setiap siri bacaan tersebut mengandungi sekurang-kurangnya 8 buah buku yang bermula dari bacaan Bacalah Anakku, Read Easy Beginner dan Jawi Al-Fateh.

Walaupun program ini diadakan pada hari  bekerja, namun kemeriahannya tetap dirasai dengan kehadiran ibubapa yang ramai untuk memberi sokongan kepada anak-anak K2 yang membuat persembahan selingan untuk tontotan para tetamu yang hadir. Untuk makluman perbincangan demi perbincangan telah dibuat untuk memilih tarikh untuk mengadakan program ini kerana tiada kekosongan untuk stadium walaupun telah ditempah awal. Bimbang sebenarnya program kami ini tidak dapat sambutan dari ibubapa.

Sebanyak 24 persembahan yang dipersembahkan dengan kepelbagaian jenis persembahan dari  tarian klasik, tarian rancak, nasyid, koir, pentomen, drama muzikal, stomp dan bicara berirama. Tujuan kami mengadakan kepelbagaian persembahan adalah untuk mencungkil bakat anak-anak dalam pelbagai bentuk.

Di pertengahan majlis anak-anak dan para tetamu yang hadir dikejutkan dengan persembahan khas dari Fanpekka dengan kemunculan maskot Tonti yang menghiburkan anak-anak dengan tarian rancak “Actions Song” dan “Gummy Bear”. Alhamdulillah, semua anak-anak dan para tetamu yang hadir seronok dengan kemunculan maskot Tonti apabila menari bersama-sama dan sorakan yang diberikan meriah sekali. Ditambah pula, para tetamu diberikan kupon diskaun dari pihak Fanpekka.

Disamping itu, para tetamu juga turut diberikan nombor cabutan bertuah yang akan dicabut setiap kali tamat penyampaian anugerah. Sebanyak 38 hadiah dan hamper yang menarik ditawarkan untuk para tetamu bawa pulang. Hadiah yang paling menarik yang ditawarkan pada kali ini adalah 2 buah basikal yang ditaja oleh parents cawangan Taman Mawar. Semua hadiah dan hamper ini hasil sumbangan ibubapa. Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ibubapa yang sudi memberikan sumbangan-sumbangan untuk kami jayakan program pada kali ini. 

Tanpa sokogan dan dorongan dari pihak ibubapa tidak mungkin program ini berjalan dengan lancar dan meriah. Sekali lagi terima kasih banyak-banyak kepada ibubapa kerana sudi hadir memeriahkan majlis penutup bagi sesi 2022/2023.

Di sini saya kongsikan gambar dan video sepanjang program berlangsung. Insyaallah Video penuh persembahan saya akan upload di youtube secara berperingkat. Harap ibubapa bersabar. Hihihi 😉


Pembuka majlis dengan bacaan doa oleh adik Luth Harraz dan adik Nur Rumaisah dari cawangan TNPB.

Ucapan perasmian oleh Penasihat MyBistari Group Encik Ahamed Tamizi.

Tarian pembukaan oleh penari cilik dari cawangan TS2 dengan tarian Zapin Melayu.

Tarian irama rancak cute dari penari cilik cawangan Taman Mawar.


Tarian menarik dari anak-anak TIPB kurik kundi.


Persembahan boria suka-suka dari anak-anak TIB.

Persembahan stomp terima kasih cikgu dari Taman Scientex 2.


Persembahan koir you're my sunshine dari cawangan Taman Scientex 1.


 
Drama muzikal dari cawangan TNPB.


Pelajar terbaik TPB Taman Mawar.

Pelajar terbaik Tadika Inovasi Bestari.

Pelajar terbaik Tadika Nur Pintar Bestari.

Pelajar terbaik Tadika Ilmu Pintar Bestari.

Pelajar terbaik TPB Taman Kota Masai.

Pelajar terbaik TPB Taman Scientex 1.

Pelajar terbaik TPB Taman Scientex 2.

Pelajar terbaik Tadika Minda Pintar Bestari.

Pelajar terbaik Tadika Intelek Minda Bestari.

Antara pelajar K1 yang menerima Anugerah Khas Bacaan.

Kemunculan khas maskot Tonti dari Fanpekka.

Antara hadiah dan hamper menarik untuk ibubapa bawa pulang.

Eh cikgu Shafiqah dari TIPB yang bertuah bawa pulang hadiah basikal.

Basikal lagi satu pula milik Ex-staf MyBistari la..hihi rezeki tunggu hingga akhir program. 

Yeayy we did it!! Gambar kenangan staf dan guru MyBistari Group.












Baiklah sampai di sini sahaja coretan untuk blog pada kali ini. Insyaallah kita akan berjumpa lagi bagi sesi baru 2023/2024. 

Apalagi jom follow, like, comment and share laman sesawang kami!!

Sekian terima kasih.🌹

~Cikgu Azreen~

0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon