Thursday, March 2, 2023

MYBISTARI GROUP BERKAH MELIMPAH!!

 

Bismillahirrahmanirrahim

Topik motivasi oleh Cikgu Tamizi.


“Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis”, maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu dan apabila dikatakan “berdirilah kamu”, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

(QS Surah Al-Mujadalah ayat 11)

Bermulalah episod baru sesi 2023/2024 bagi warga MyBistari Group. Seperti biasa murid sahaja yang bercuti guru-guru akan menjalankan tugas untuk persediaan menyambut murid baru nanti. Sebelum memulakan sesi baru, semua guru di MyBistari akan berkampung di Dewan Legacy MyBistari untuk menghadiri bengkel pemantapan guru untuk memantapkan lagi kemahiran dalam teknik-teknik pengajaran dan perkongsian ilmu dari guru-guru senior.

Program pemantapan guru pada kali ini, kami memberi fokus kepada program pratadika bagi kemasukan murid-murid pratadika yang akan bermula pada 26 Februari sehingga 9 Mac 2023.

Guru-guru akan didedahkan dengan taklimat awal pratadika dan silibus yang akan dijalankan sepanjang program pratadika berlangsung. Bengkel kelas pengajaran bacalah anakku dan kelas bacaan doa serta kelas nyanyian lagu kanak-kanak juga diadakan pada program ini agar guru-guru dapat mengajar anak murid mengikut teknik yang betul terutama guru-guru baru yang baru pertama kali menghadapi pratadika ini.

Selain itu, guru-guru juga diberikan motivasi oleh Cikgu Tamizi dengan tajuknya "Kisah Sebuah Kapal." Banyak pengajaran dan tauladan yang boleh diperolehi dari kisah ini dalam membentuk sahsiyah dan keterampilan guru serta tanggungjawab yang dipikul untuk mendidik anak-anak murid.

Walaupun kami hanya guru tadika tetapi tanggungjawab yang dipikul sangat berat untuk mengajar dan mendidik anak-anak seawal usia 5 tahun daripada kosong yang tidak tahu apa-apa sehingga mereka berjaya suatu hari nanti.

Harapan kami bukan sahaja anak-anak yang keluar dari MyBISTARI pandai membaca, menulis  dan mengira, malah boleh menampilkan syahsiyah yang baik serta terkedepan dalam segala hal bila berada di sekolah rendah nanti.

Baiklah sampai di sini sahaja coretan blog pada kali ini, semoga segala usaha kami membuahkan hasil yang terbaik untuk anak-anak murid yang menuntut ilmu di MyBistari Group dan semoga usaha kami ini mendapat berkah yang melimpah oleh Allah S.W.T.

Jom lihat gambar dan video sepanjang program berlangsung. Jangan lupa follow, like, comment and Share semua aplikasi media sosial kami.😍

Fokus semua guru mendengar taklimat pratadika.

Penerangan yang jelas dari penyelia kami Pn Faridah.

Penerangan silibus pratadika oleh Pn Norafizah.

Guru sedang menunjukkan cara berinteraksi dengan murid.

Sebelum ajar anak murid menyanyi, guru-guru akan membuat latihan dahulu beserta gaya.


Bengkel kaedah pengajaran Bacalah Anakku diterangkan oleh Cik Siti Dalilla Najwa.

Pn Fara Fazrina pula menunjukkan cara untuk mengajar anak murid membaca sukukata di dalam kelas.

Observation dari guru senior kami Pn Juliana.

Cikgu Syahirah sedang setting papn putih untuk di observe.

Slot motivasi dari Cikgu Tamizi.

Bengkel membuat RPH guru.

Bengkel kelas bacaan doa dan surah.








~Sekian terima kasih~

Cikgu Azreen

0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon