Thursday, March 9, 2023

PENGEMBARAAN PRATADIKA BERMULA!!

 

Papan notis pratadika yang dihias cantik oleh guru-guru.(TS1)



Bismillahirahmanirrahim

“Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat”.

(Imam Syafie)

Sedar tak sedar kita telah menghampiri ke sesi persekolahan yang baru pada tahun ini. Seperti biasa kami di MyBistari Group akan mengadakan Program Pratadika untuk murid 5 tahun yang telah membuat pendaftaran awal. Program ini berlangsung selama dua minggu bermula 26 Februari sehingga 9 Mac 2023.

Tujuan kami mengadakan program ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada murid-murid untuk menyesuaikan diri di tadika. Jumpa kawan baru, jumpa cikgu baru. Pastinya pengalaman yang amat menyeronokkan buat mereka. Lepas balik dari pratadika, pastinya ibu ayah menadah telinga mendengar cerita-cerita dari anak-anak kesayangan mereka. Almaklumlah pengalaman pertama murid-murid ke fasa yang baru dalam kehidupan mereka sudah pasti mengambil masa untuk suaikan diri dengan persekitaran baru.

Sepanjang sesi pra tadika ini saya berpeluang pergi ke semua cawangan untuk merakamkan aktiviti yang dilakukan oleh murid-murid di tadika. Alhamdulillah apa yang boleh saya katakan pada tahun ini kebanyakan murid-murid lebih matang dari tahun sebelumnya. Peratusan murid yang menangis hari pertama pun berkurangan berbanding tahun sebelumnya.

Bukan sahaja murid yang memberi kerjasama yang baik malah ibu bapa juga memberikan kerjasama yang baik di hari pertama sesi Pra Tadika kerana hampir semua ibu bapa yang menghantar anak ke kelas terus beredar meninggalkan kelas anak-anak mereka. Terima kasih ibu bapa yang memudahkan urusan kami

Alhamdulillah perjalanan Pra Tadika pada hari pertama di semua cawangan MyBistari Group berjalan lancar. Pelbagai aktiviti yang dijalankan selama 2 jam sesi persekolahan berlangsung. Semakin hari anak-anak semakin bersemangat untuk hadir ke tadika dan melakukan aktiviti. Seperti salah seorang murid di Taman Scientex 2  baru sahaja selesai membuat aktiviti pertama sudah tanya gurunya “Cikgu cepatlah saya nak belajar lagi”. Semangat sangat tu nak belajar cikgu bagi waktu rehat pun masih hendak belajar lagi. Hihihi

Perjalanan minggu kedua Pra Tadika juga berjalan lancar dimana ada sesetengah murid telah menunjukkan peningkatan dari segi penulisan dan juga bacalah. Jika minggu pertama murid menyurih semula tulisan guru, pada minggu kedua ada  murid yang sudah boleh menulis sendiri mengikut tulisan guru. Dari segi bacalah pula anak-anak telah mengecam sukukata dan ada juga murid yang telah membaca buku 6 ke atas. Alhamdulillah berkat anak-anak hadir ke tadika setiap hari dan bantuan dari ibu bapa di rumah.

Semoga anak-anak ini terus mendapat ilmu yang bermanfaat untuk masa hadapan. Terima kasih ibu bapa kerana memberi kepercayaan kepada kami MyBistari Group untuk mendidik anak-anak kalian.

Di sini saya ingin kongsikan video dan gambar sepanjang sesi Pra Tadika ini.

Ceria Cikgu Aqidah sambut kedatangan murid Pra Tadika. (TS1)

Ambil mood nak masuk kelas ke tu. (TS1)


Macam ni ke cikgu hendak susun kasut? hihi (TS1)


Sini sayang cikgu pakaikan nametag dulu. (TKM)

Bergambar dahululah sebelum masuk kelas. (TKM)


Perkenalkan diri kepada kawan-kawan sekelas. (TM)


Penerangan penggunaan tandas. (TM)

Lawatan ke kawasan larangan kolam renang. (TM)


Confirmation transport. (TIPB)


Ceria Cikgu Aliah menyambut murid untuk masuk ke kelas. (TIPB)


Rutin guru setiap hari observation sebelum kelas pra bermula. (TIPB)

Aktiviti kraftangan pertama topeng kucing. (TKM)

Fokus betul menyurih tu. Hihihi (TIMB)

Macam ni sayang cara mewarna yang betul. (TIMB)

Eh dia tenung mata cikgu la. Hihi (TNPB)

Waaa seronoknya anak-anak menyanyi lagu Teko Comel. (TNPB)

 
Fokus betul mewarna. Risau ke tak dapat bintang dari cikgu. Hihi (TS2)

Step by step untuk menulis hari, nama dan tarikh. (TS2)



Progres Penulisan minggu kedua. Tahniah Auliya sudah boleh menulis hari, nama dan tarikh. (TIPB)


Eh baca doa mata pandang mana tu.Hihihi (TIB)


Handcraft Pencil Holder. Boleh tak tu keluarkan pensel. (TIB)

Hasil kraftangan yang dah siap boleh dibawa balik.(TIB)









Sekian Terima Kasih.🌹

~Cikgu Azreen~

0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon