Taklimat keibubapaan oleh Cikgu Tamizi. |
Bismillahirrahmanirrahim.
Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menempuh satu jalan
untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk
menuju ke syurga." (Riwayat
Muslim)
Alhamdulillah
selesai sudah Program Keibubapaan dan Teknik Pengajaran Bacalah Anakku yang
telah berlangsung dengan jayanya pada hari Ahad 5 Mac 2023 yang lepas bertempat
di Dewan Legacy MyBISTARI.
Program ini diadakan untuk memberi pendedahan awal kepada ibu bapa tentang kaedah pengajaran Bacalah Anakku yang diajarkan di MyBISTARI kepada anak-anak. Pihak kami ingin selaraskan teknik pengajaran di rumah dan juga di tadika supaya anak-anak tidak keliru dengan teknik yang digunakan dikedua-dua tempat ini. Biasalah anak-anak sekarang ini lebih mendengar cakap guru berbanding ibu bapa mereka sendiri. Apa yang guru cakap itulah yang betul bagi mereka. Hihihi (Mohon jangan terasa hati ya ibu bapa semua)
Selain daripada
teknik pengajaran bacalah anakku, ibu bapa juga diberikan tips-tips yang
berguna oleh Puan Norafizah dan Puan Suhaila tentang cara untuk menarik minat
anak-anak membaca buku bacalah serta cara menangani anak-anak yang di dalam
ketetapan.
Ibu bapa juga
diberikan taklimat keibubapaan tentang hala tuju MyBISTARI dan perkongsian ilmu oleh Cikgu Tamizi dalam membentuk
keperibadian anak-anak sejak dari kecil lagi.
Terima kasih ibu
bapa yang sudi hadir ke program ini. Semoga segala perkongsian ilmu yang
diberikan dapat dimanfaatkan bersama.
Oh ya sebelum
terlupa program ini akan diadakan lagi pada 18 Mac, 13 dan 21 Mei 2023. Oleh
itu, saya seru kepada semua ibu bapa yang belum berkesempatan hadir ke program ini,
mohon untuk hadir demi ilmu yang bermanfaat yang akan dikongsikan untuk
kejayaan anak-anak kita dimasa hadapan.
Jom lihat bingkisan gambar dan video sepanjang program.
Penerangan silibus oleh Cikgu Tamizi. Penuh dewan dengan kehadiran ibu bapa.
Buku bacaan yang digunakan di MyBISTARI. Menikmati makanan yang dihidangkan.
Emcee program Puan Faridah. Penerangan buku bacalah 1-5 oleh Pn. Norafizah. Penerangan buku bacalah 6-8 oleh Pn. Suhaila. Pameran buku yang digunakan di MyBISTARI.
Wakil bapa yang hadir. |
Hebat!! bawa buku nota. |
Fokus ibu-ibu semuanya. |
0 comments:
Post a Comment