|
Selfie dulu sebelum masuk kelas. (TNPB) |
Assalamualaikum.
“Kawan-kawan
kalau cikgu bagi salam awak nak jawab apa?’
“Terima
kasih cikgu!!” spontan salah seorang murid 5 Pintar menjawab pertanyaan guru
kelas. Hehehe
Riuh satu
kelas dengan hilaian ketawa anak-anak. Cikgu pun speechless dengan
jawapan yang diberikan. Tidak mengapa cikgu faham masing-masing teruja dengan
suasana dan persekitaran yang baru. Lagilah murid 5 tahun yang baru nak kenal apa
itu tadika? Siapa guru mereka? Siapa kawan-kawan mereka? Di mana tandas? Apa yang
mereka boleh lakukan dan apa yang mereka tidak boleh lakukan?
Begitulah
keriuhan hari pertama sesi persekolahan di cawangan Taman Mawar. Setelah beberapa
minggu tadika tidak seriuh ini, bermula 15 Mac 2023 bermulalah episod baru bagi
kami warga MyBISTARI untuk memulakan sesi persekolahan tahun 2023/2024.
Alhamdulillah,
di Taman Mawar perjalanan bagi kedua-dua sesi sangat lancar dan memudahkan
urusan kami. Rezeki cikgu-cikgu di Taman Mawar tiada seorang murid pun yang
meragam dan menangis. Mungkin anak-anak ini sudah terbiasa agaknya berjauhan
dengan ibu bapa mereka. Hehehe
Biasalah simptom
guru tadika overthinking sebelum menerima murid baru. Sebab
itulah kami perlu sediakan fizikal dan mental yang kuat untuk sebarang
kemungkinan yang berlaku.
Teringat saya
sewaktu menggalas tugas guru di Tadika Inovasi Bestari mengejar murid yang
berlari meluru keluar pagar sebaik sahaja bapanya menghantarnya ke tadika,
mujur tiada kemalangan yang berlaku. Kalau nak diceritakan banyak lagi pengalaman-pengalaman hari pertama sesi persekolahan yang melucukan. Hehehe
Berbeza
pula ceritanya dengan cawangan-cawangan lain yang telah saya pergi pada hari
kedua, ketiga dan keempat masih lagi ada murid yang menangis setibanya di hadapan
pagar tadika dan juga menghampiri waktu balik ada sahaja kedengaran tangisan
murid. Huhuhu bertabahlah wahai guru.
Seronok sebenarnya
melayan kerenah murid yang pelbagai ragam ini. Apa-apa pun ibu bapa tidak perlulah
risau dengan anak-anak yang kerap menangis, InsyaAllah masuk je ke kelas mereka
ni baik-baik sahaja.
Terima
kasih ibu bapa yang masih lagi memberi kepercayaan kepada kami untuk mendidik
anak-anak kalian. Semoga anak-anak ini berjaya suatu hari nanti.
|
Kaunter pendaftaran untuk semakan maklumat murid. (TM) |
|
Sudah semak boleh tandatangan di ruangan yang disediakan.(TIPB) |
|
Cipta kenangan bersama anak hari pertama sekolah. (TM) |
|
Hari pertama sahaja ibu bapa dibenarkan menghantar anak ke kelas. (TM)
|
|
Eh cikgu suruh tengok tapak tangan bukan tutup muka. Hihihi (TM) |
|
Malu-malu nak kenalkan diri di hadapan. (TNPB) |
|
Belajar susun kasut di rak kasut. (TNPB) |
|
Penerangan keselamatan di tangga. (TIMB)
|
|
Kawasan larangan masuk kolam renang. (TIMB) |
|
Penerangan kegunaan tandas. (TIB) |
|
Waaahh ceria ya pergi sekolah. (TIB) |
|
Hati-hati naik tangga. Pegang sisi tangga ya. (TS2) |
|
Bagus patuh arahan guru. (TS2)
|
|
Cantik tak Head Crown Animal saya cikgu? (TS1) |
|
Eh sempat lagi buat peace. Hihihi (TS1) |
Berikut adalah perkongsian video sepanjang sesi orientasi untuk tatapan ibu bapa semua. :)
Apalagi...jom follow, like, comment and share!!
Sekian terima kasih 🌹
~Cikgu Azreen~
0 comments:
Post a Comment