.jpeg) |
| Perarakan di TH Cemerlang. |
Cinta Rasul Mekar di Hati Si Cilik Hebat
Sambutan Maulidur Rasul 2026
Pada 24 Ogos 2026 (Isnin), suasana di seluruh cawangan Tadika Hebat MyBistari dipenuhi dengan keceriaan dan kemeriahan apabila Sambutan Maulidur Rasul 2026 diadakan secara serentak.
Ayu dan segak, masing-masing melangkah masuk ke tadika dengan penuh bergaya. Si cilik lelaki tampil segak berbaju Melayu lengkap bersongkok, manakala si cilik perempuan pula kelihatan manis dan comel berbaju kurung dengan lilitan tudung yang indah. Wajah ceria mereka jelas menunjukkan keterujaan untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang telah disediakan.
Seharian si cilik hebat menghayati sambutan Maulidur Rasul dengan aktiviti yang bukan sahaja menyeronokkan, malah sarat dengan pengisian ilmu. Aktiviti pertama dimulakan dengan Origami Biografi Rasulullah S.A.W.. Sambil menghasilkan origami masing-masing, si cilik berpeluang mengenali kisah dan perjalanan hidup Rasulullah S.A.W. dengan cara yang lebih menarik dan mudah difahami.
Selesai menyiapkan origami, tiba pula masa untuk menguji ingatan! Si cilik hebat bermain teka-teki berkaitan biografi Rasulullah S.A.W.. Gelak tawa dan keseronokan jelas terasa apabila mereka cuba menjawab setiap soalan yang diberikan.
Seterusnya, semua si cilik hebat dikumpulkan di tapak perhimpunan untuk mendengar perkongsian daripada guru tentang sirah Rasulullah S.A.W. bermula daripada kelahiran sehinggalah kewafatan Baginda. Si cilik begitu tekun mendengar kisah perjalanan hidup Rasulullah S.A.W. yang penuh dengan pengajaran, kesabaran dan akhlak mulia.
Semoga kisah yang disampaikan dapat menyemai rasa cinta dalam hati si cilik hebat agar menjadikan Rasulullah S.A.W. sebagai contoh dan suri teladan dalam kehidupan seharian. Sesungguhnya, Allah S.W.T. telah berfirman dalam Surah Al-Ahzab, ayat 21:
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik...”
Kini tiba masa yang paling dinanti-nantikan — perarakan sambil berselawat! Walaupun hanya berarak di sekitar ruang perhimpunan tadika, kehangatan sambutan tetap terasa dengan laungan selawat yang bergema daripada si cilik hebat. Langkah kecil mereka diiringi suara selawat yang penuh semangat, menceriakan lagi suasana Maulidur Rasul.
Selepas berehat, aktiviti diteruskan lagi mengikut peringkat umur. Si cilik 6 tahun menghasilkan kraftangan Biografi Rasulullah, si cilik 5 tahun pula mewarna poster Maulidur Rasul, manakala si cilik 4 tahun menghasilkan kolaj bertemakan Maulidur Rasul. Setiap aktiviti memberi ruang kepada si cilik untuk belajar, berkarya dan mengenali Rasulullah S.A.W. dengan cara yang sesuai dengan usia mereka.
Bukan sekadar sambutan, hari ini menjadi satu pengalaman bermakna untuk menanam benih cinta kepada Rasulullah S.A.W. dalam hati si cilik hebat. Semoga benih yang disemai sejak kecil ini terus tumbuh subur sehingga mereka membesar sebagai insan yang mencintai Rasulullah, mengamalkan sunnah Baginda dan sentiasa menjadikan akhlak Rasulullah S.A.W. sebagai panduan dalam kehidupan.
 |
| Comel! (TH Genius) |
.jpeg) |
| Cikgu origami saya dah siap. (TH Genius) |
.jpeg) |
| Jom selawat! (TH Genius) |
.jpeg) |
| Fokus melakukan aktiviti kolaj. (TH Minda) |
 |
| Manis senyumannya. (TH Minda) |
 |
| Bersedia untuk berarak. (TH Pintar) |
 |
| Bergambar bersama rakan sekelas. (TH Pintar) |
.jpeg) |
| Wah! siap ada Bunga Manggar. (TH Ilmu) |
.jpeg) |
| Masing-masing fokus mendengar perkongsian oleh guru. (TH Ilmu) |
.jpeg) |
| Cikgu origami saya sudah siap! (TH Ilmu) |
.jpeg) |
| Si cilik Tadika Hebat Jaya. |
 |
| Cantik tak cikgu saya mewarna? (TH Jaya) |
 |
| Hero di Tadika Hebat Jaya. |
 |
| Hasil kraftangan kisah Nabi Muhammad S.A.W. (TH Inovasi) |
 |
| Cikgu nak main teka-teki dengan saya? (TH Jaya) |
 |
| Berarak sambil berselawat. (TH Inovasi) |
 |
| Kemasnya lipatan kertas. (TH Inovasi) |
.jpeg) |
| Buat kraf sambil menjawab soalan sirah Baginda. (TH Minda) |
 |
| Cikgu-Cikgu Tadika Hebat Intelek siap berkain batik di kepala. |
 |
| Dengar ya, Cikgu Siti nak bercerita ni. (TH Intelek) |
 |
| Cikgu Fatimah memberikan penerangan untuk membuat origami. (TH Intelek) |
 |
| Balik rumah nanti bolehlah bermain dengan ahli keluarga. (TH Bijaksana) |
 |
| Comelnya si cilik 4 tahun di TH Bijaksana. |
.jpeg) |
| Ayu dan segak si cilik 6 tahun di TH Cemerlang. |
 |
| Macam-macam gaya si cilik bergambar. (TH Cemerlang) |
Semoga si cilik hebat terus membasahkan lidah dengan selawat, menyuburkan hati dengan cinta kepada Rasulullah S.A.W. dan membesar menjadi generasi yang berakhlak mulia.
Selawat dilafaz, cinta disemai, sunnah Rasul menjadi pedoman. ❤️
Koleksi gambar Sambutan Maulidur Rasul klik di sini.
Sekian, terima kasih. 🌹
FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)
~Cikgu Azreen~
0 comments:
Post a Comment