 |
| Comel berjubah konvo. (TH Cemerlang) |
Pejam celik, pejam celik… tahu-tahu je dah habis 2 tahun si cilik hebat bersama kami di MyBISTARI GROUP. Cepat sungguh masa berlalu! Dari langkah pertama masuk tadika, sampai lah hari memakai jubah graduasi, semuanya menjadi perjalanan manis yang tak akan kami lupa.
Tahun ini, In-House Graduation 2025 berlangsung dari 17 hingga 26 November, dan lebih istimewa sebab disiarkan secara langsung di TikTok MyBISTARI GROUP. Walaupun dibuat secara dalaman, vibes kemeriahan dia tetap padu!
Graduasi tahun ni ibarat roadtour mini penuh gelak tawa. Setiap hari, lain suasana, lain energi, lain kecomelan anak-anak!
Hari pertama – Taman Rinting
• Tadika Hebat Pintar
• Tadika Hebat Minda
Hari kedua – Taman Mawar
• Tadika Hebat Genius
Hari ketiga – Taman Bukit Dahlia
• Tadika Hebat Inovasi
Hari keempat hingga keenam – Taman Scientex
• Tadika Hebat Bijaksana
• Tadika Hebat Intelek
• Tadika Hebat Cemerlang
Hari ketujuh hingga kelapan – Kota Masai
• Tadika Hebat Ilmu
• Tadika Hebat Jaya
Setiap zon lain gaya, lain aura — tapi semuanya satu misi: meraikan si cilik hebat sebaiknya!
Walaupun majlis secara tertutup, sokongan keluarga memang terbaik!
Dalam live tu, boleh nampak:
π¬ Nenek komen: “Cucu nenek handsome!”
π¬ Makcik siap tunggu turn anak saudara
π¬ Ayah spam emoji love
π¬ Kakak bagi ucapan padu
Meriah sampai kami pun terharu!
Ini part paling mencuit hati:
✨ Ada yang melompat teruja nak naik pentas
✨ Ada yang malu sampai tak berani pandang kamera
✨ Ada yang siap buat gaya model catwalk
✨ Ada yang senyum… tapi tahan nak gelak
Memang tak habis-habis buat kami senyum dari pagi sampai petang!
Slot paling ditunggu — 360 photobooth!
Masing-masing terus on gaya, siap ada yang buat peace, love, flying kiss… macam-macam gaya yang terserlah!
Tapi… dengan rendah hati kami mohon maaf kepada ibu ayah dari:
• Tadika Hebat Pintar
• Tadika Hebat Minda
• Tadika Hebat Jaya
…kerana 360 photobooth tak dapat dibawa ke sana atas faktor teknikal.
Terima kasih sebab memahami dan tetap sokong program kami. ❤️
Graduasi ini bukan penamat — tapi permulaan perjalanan baru.
Setiap memori, setiap senyuman, setiap perkembangan si cilik selama dua tahun ini… semua akan kami simpan dalam hati.
 |
| Cikgu siap-siapkan si cilik untuk bersinar di hari graduasi! (TH Pintar) |
 |
| Duduk dulu nanti cikgu pakaikan topi. (TH Pintar) |
 |
| Menunggu giliran dipanggil untuk terima sijil graduasi. |
.jpg) |
| Pengacara majlis yang paling sempoi, Pn. Noorfaridah. |
 |
| Pakai lipstick sikit untuk seri di dalam gambar nanti. (TH Genius) |
 |
| Happy kids! (TH Genius) |
.jpg) |
| Cikgu kat topi ni ada apa? (TH Inovasi) |
 |
| 1..2..3 candid! (TH Inovasi) |
.jpg) |
| Moment graduasi dirakam live, penuh gemilang! |
 |
| Fokus Cikgu Faridah menyebit nama si cilik hebat. |
.jpg) |
| Pesanan guru besar Cikgu Fadiah kepada si cilik hebat. (TH Bijaksana) |
 |
| Cikgu akan pastikan kekemasan untuk anak-anak hebat. (TH Bijaksana) |
 |
| 1..2..3 senyum! (TH Bijaksana) |
.jpg) |
| Pegang sijil jangan senget. (TH Bijaksana) |
 |
| Ucapan dari guru besar TH Intelek Cikgu Siti Rugayah. |
.jpg) |
| 1..2..3 peace ✌ (TH Intelek) |
 |
| Malu-malu adik kita nak pegang sijil. (TH Intelek) |
 |
| Vibes di Intelek buat video content di luar bangunan tadika. |
 |
| Alaa comel-comel si cilik Hebat Intelek. |
 |
| Tukar vibes murid TH Kreatif ke TH Cemerlang untuk hari graduasi. |
 |
| Kehadiran kembar 3 dari TH Kreatif mencuri tumpuan ibuayah di dalam live. |
 |
| Cikgu kemaskan baju dahulu, sebelum nama dipanggil. (TH Kreatif) |
 |
| Comel bila dah siap pakai seragam konvokesyen. (TH Cemerlang) |
 |
| Bersedia! Sebentar lagi nama akan disebut. (TH Cemerlang) |
 |
| Tadah tangan mengaminkan doa yang dibacakan. (TH Cemerlang) |
.jpg) |
| Jom ambil gambar dulu. (TH Cemerlang) |
 |
| Tak sabar-sabar adik Farha kita nak ke pentas. (TH Ilmu) |
 |
| Eh mana tangan tu. hihi (TH Ilmu) |
 |
| Bergaya dengan pose masing-masing! (TH Ilmu) |
 |
| Tak sabar si cilik hebat nak bergaya di atas 360 photobooth. (TH Ilmu) |
 |
| Sebelum live berakhir lambai dulu kepada ibuayah. (TH Ilmu) |
 |
| Cikgu Faridah tetap berikan momentum yang sama sepanjang live berlangsung. |
 |
| Comel si cilik Hebat Jaya lengkap berpakaian jubah konvokesyen. |
 |
| Penyerahan sijil dari Guru Besar Pn Juliana kepada murid. (TH Jaya) |
 |
| Ceria wajah si cilik Hebat Jaya. |
 |
| Ucapan dari guru besar TH Minda, Cikgu Amira. |
 |
| Si cilik hebat TH Minda bergabung dengan si cilik Hebat Pintar. |
 |
| Pandang mana mata tu..kamera di depan ni. (TH Minda) |
Tahniah anak-anak 6 tahun MyBISTARI GROUP!
Teruslah bersinar, teruslah melangkah.
Kenangan bersama kalian — forever special. ππ
Baiklah sampai di sini sahaja coretan blog pada kali ini. Jumpa lagi di blog akan akan datang!
Sekian, terima kasih πΉ
FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)
~Cikgu Azreen~
0 comments:
Post a Comment