Tuesday, December 2, 2025

PENUH GELAK TAWA! HARI TEMU MESRA SEM 2/2025

Seawal pagi ibuayah sudah beratur untuk berjumpa guru.

 

Hari Temu Mesra Ibubapa & Guru Semester 2/2025

Seawal 8.00 pagi, ibu ayah sudah mula memenuhi ruangan tadika untuk berjumpa dengan guru kelas anak masing-masing. Suasana begitu meriah — ada yang datang awal untuk mengelakkan giliran panjang, ada yang hadir bersama si kecil yang tersenyum teruja untuk bertemu guru mereka.

Walaupun keputusan peperiksaan telah pun dikeluarkan melalui laman web tadika pada 27hb yang lepas, namun kedudukan dalam kelas masih dirahsiakan. Seperti biasa, hanya Top 3 sahaja yang kami kongsikan bagi memastikan fokus diberikan kepada perkembangan keseluruhan, bukan semata-mata angka.

Yang menariknya, ibuayah teruja, anak-anak pula lebih teruja! Walaupun program diadakan pada hari bekerja, sambutannya tetap sangat menggalakkan. Kehadiran ramai ibu ayah bersama anak-anak menjadikan suasana Hari Temu Mesra lebih bermakna dan penuh keceriaan.

Guru-guru menyambut kedatangan ibu ayah dengan penuh mesra, siap menyediakan jamuan ringan untuk kudapan sementara menunggu giliran. Sambil menjamu, ramai ibu ayah sempat berbual ringkas dengan guru-guru lain dan berkongsi kisah perkembangan anak-anak mereka.

Terima kasih diucapkan kepada semua ibu ayah yang hadir dan meluangkan masa untuk berdiskusi tentang prestasi serta perkembangan anak masing-masing. Terima kasih juga kepada ibu ayah yang bermurah hati berkongsi rezeki dengan para guru kami — moga Allah memberkati.

Yang baik kita teruskan, mana yang kurang kita perbaiki bersama. Tadika hanyalah permulaan, namun perjalanan inilah yang mencorakkan masa depan mereka.

Tahniah buat semua si cilik hebat! Semoga terus melangkah dengan kecemerlangan dan keyakinan. 🌟

Ruang kudapan di TH Genius.

Wah! dapat frame gambar. Bolehlah gantung di rumah nanti. (TH Genius)

Singgah di papan notis keputusan. (TH Genius)

Jemput makan! 

Sempat merakamkan kenangan..Nama tercalon dalam top student. (TH Inovasi)

Sempat Pn Zainun (founder MyBistari) turun padang. 

Terpancar kegembiraan ibu dan ayah dengan keputusan cemerlang anak. (TH Inovasi)

Pagi guru kelas si abang, petang guru kelas si adik.
Senang ibu jumpa satu cikgu sahaja. (TH Inovasi)

Ruang kudapan di TH Inovasi.

Meriah photobooth di TH Ilmu.

Apalah yang dibincangkan tu? (TH Ilmu)

Berdebar si adik apalah yang cikgu nak laporkan kepada ibu. (TH Ilmu)

Cikgu Auni bercuti, guru besarlah wakil untuk berjumpa ibubapa. (TH Bijaksana)

Terima kasih ibu ayah yang hadir. (TH Bijaksana)

Sebelum pulang bergambar dulu dengan guru kelas kesayangan. (TH Intelek)

Sempat bergambar kenangan bersama guru besar & guru kelas. (TH Intelek)

Happy family!

Adik pun nak tengok keputusan kakak juga. (TH Jaya)


Lain dari yang lain photobooth di TH Jaya.

Wah! ada ruangan ucapan di TH Jaya.

Sempat cikgu Aliyah menitip ucapan untuk anaknya. (TH Jaya)

Full house di TH Pintar.

Tema angkasawan di TH Pintar.

Hari Temu Mesra Semester 2/2025 ini berakhir dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan. Setiap senyuman, setiap perbincangan, dan setiap perkongsian antara guru dan ibu ayah menjadi bukti bahawa pendidikan anak-anak adalah usaha bersama yang memerlukan sokongan dari kedua-dua pihak.

Terima kasih kepada semua ibu ayah yang hadir, meluangkan masa walaupun pada hari bekerja, serta sentiasa memberi kepercayaan kepada kami dalam mendidik si cilik hebat. Semoga kerjasama ini terus kukuh demi perkembangan dan kecemerlangan mereka.

Tadika hanyalah permulaan, tetapi permulaan inilah yang membentuk langkah pertama mereka menuju masa depan yang lebih cerah.

Tahniah buat semua anak-anak! Teruslah melangkah dengan yakin, belajar dengan gembira, dan menjadi insan hebat pada masa hadapan. 🌟💛


FROM ZERO TO HERO

(Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~

0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon