Bismillahirrahmanirrahim.
|
Semoga anak-anak diterangkan hati. (TH Pintar) |
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, Supaya mereka faham perkataanku”. Amiinnn YRA - Maksud doa pembuka hati.
Semoga Allah kabulkan doa ini untuk anak-anak dipermudahkan untuk menjawab soalan dan dikurniakan keputusan yang cemerlang untuk peperiksaan akhir tahun ini. Segala usaha dan penat lelah menuntut ilmu selama setahun, inilah masanya untuk menilai tahap kefahaman anak-anak dalam subjek yang telah diajarkan oleh para guru.
Bagi murid 6 tahun sebanyak enam subjek untuk anak-anak menjawab soalan iaitu subjek Bahasa Melayu, English, Matematik, Jawi/P.Islam, Sains dan juga Sempoa/Bahasa Arab. Manakala untuk murid 5 tahun sebanyak lima subjek sahaja untuk anak-anak bertarung untuk menjawab soalan iaitu subjek Bahasa Melayu, English, Matematik, Jawi dan juga Sempoa/Bahasa Arab.
Alhamdulillah peperiksaan penilaian akhir tahun sesi 2023/24 untuk anak-anak MyBistari Group yang telah berlangsung pada 4,7 dan 8 Januari 2024 telah pun berakhir pada hari ini. Hanya tinggal menunggu keputusannya sahaja. Nantikan ya ibu ayah keputusan anak-anak yang bakal keluar pada 25 Januari 2024 (Khamis). Raikanlah anak-anak dalam apa jua keputusan yang bakal diterima. Kegagalan sekarang bukan bererti anak-anak lemah, tetapi permulaan untuk anak-anak bangkit demi mencipta sebuah kejayaan suatu hari nanti.
Baiklah jom kita lihat gambar dan video sepanjang sesi peperiksaan berlangsung.
|
Cikgu, saya dah siap tulis nama dan kelas. (TH Pintar) |
|
Sebelum mula periksa, cikgu akan terangkan dahulu kehendak soalan bagi murid 5 tahun. (TH Pintar) |
|
Apa yang dimenungkan tu? (TH Bijaksana) |
|
Pastikan nama dan kelas ditulis dahulu. (TH Bijaksana) |
|
Masa yang ada dimanfaatkan dengan mengulangkaji. (TH Bijaksana) |
|
Susah ke soalan tu? Hihihi (TH Intelek) |
|
Cikgu bertugas sentiasa memerhati. (TH Intelek) |
|
Cikgu sampai tak ada suara nak terangkan. Nasib ada mini mikrofon. (TH Intelek) |
|
Awak tunjuk arahan yang cikgu baca. (TH Cemerlang) |
|
Kelas 6 Bistari tiada bacaan arahan. Anak-anak baca sendiri. (TH Cemerlang) |
|
Baca soalan betul-betul ya. (TH Inovasi) |
|
Sebelum menjawab jangan lupa baca doa. (TH Inovasi) |
|
Eh, kenapa pandang belakang tu? (TH Genius)
|
|
Bersemangat Cikgu Hamieza terangkan soalan. (TH Genius) |
|
Kira jangan tak kira. (TH Ilmu) |
|
2 orang pengawas peperiksaan. Hihihi (TH Ilmu) |
|
Fokus semua menjawab soalan. (TH Ilmu) |
|
Sampai berdiri ya jawab soalan tu. (TH Jaya) |
|
Guru bertugas menyemak kertas soalan murid. Mana tahu ada mukasurat yang tertinggal. (TH Jaya) |
|
Memerhati jawapan anak murid ke tu? (TH Jaya) |
Apalagi...Jom follow, like, comment & share!!
Baiklah sampai di sini sahaja blog pada kali ini. Ibu ayah jangan lupa janji temu kita pada 28hb Januari 2024 merupakan hari terbuka untuk membincangkan prestasi anak-anak bersama guru kelas.
Sekian, terima kasih.🌹
~Cikgu Azreen~
0 comments:
Post a Comment