Bismillahirrahmanirrahim.
|
Hiasan photobooth. (TKM)
|
“Selamat
hari guru, cikgu”, sapa seorang ibu murid sambil menghulur hadiah.
Speechless
saya dibuatnya, sambil mencari nama guru di paper beg tersebut. Namun,
tiada nama guru yang ditulis di situ.
Alhamdulillah
rezeki, siapa kita nak menolaknya?
Kehadiran
saya di Tadika Intelek Minda Bestari (TIMB) hanya sekadar untuk membantu menguruskan guru dan murid memandangkan 2 orang guru tidak hadir pada hari tersebut. Jika
diikutkan perancangan awal saya ke cawangan lain untuk memantau perjalanan Majlis Jamuan Hari Raya dan Sambutan Hari Guru yang
telah diadakan pada 7hb Mei 2023 (Ahad).
Namun, kita
hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukannya. Pagi Ahad sebelum saya
bergerak ke destinasi yang dituju saya telah menerima whatsapp dari Pengurus Operasi untuk membantu cawangan TIMB. Macam biasalah kami bahagian pengurusan perlu
sentiasa bersedia untuk menggantikan kelas apabila kekurangan guru di cawangan.
Alhamdulillah
rezeki anak-anak pada tahun ini sangat meriah dengan makanan dan minuman yang telah
disumbangkan oleh para ibu bapa yang budiman. Semoga bertambah lagi rezeki ibu
bapa semua.
Bukan
sekadar jamuan sahaja, anak-anak juga teruja dengan aktiviti sampingan yang
disediakan oleh guru-guru. Antaranya adalah kerusi beracun, menyusun balang,
pakaian sedondon dan pelbagai lagi.
Selain itu,
ada juga ibu bapa dan guru-guru yang sudi berkongsi rezeki dengan anak-anak
dengan pemberian duit raya. Bertambah seronoklah anak-anak semua. Yela, bukan
sekadar dapat menikmati juadah yang enak malah dapat juga mengumpul duit raya. Hihihi
Sebelum sesi jamuan bermula, anak-anak diisi dengan aktiviti kraftangan kad ucapan selamat hari guru. Di dalam aktiviti ini, teknik baru yang diaplikasikan iaitu teknik kolaj. Anak-anak begitu seronok dalam menjalani aktiviti ini.
Jom kita lihat gambar-gambar kemeriahan sepanjang majlis ini berlangsung.
|
Dah ready nak makan ke tu? (TKM) |
|
Menunggu giliran mengambil makanan. (TIB) |
|
Sebelum makan bergambarlah duhulu.✌ (TIB) |
|
Waaahh penuh makanan atas meja. (TS1) |
|
Eh makan tu dah baca Bismillah ke belum? (TS1) |
|
Gambar kenangan raya di tadika. (TS2) |
|
Wow bergambar penuh gaya. Hihihi (TS2) |
|
Pakaian sedondon, tema hitam menjadi pilihan pada tahun ini. (TS2) |
|
Fokus mendengar penerangan guru untuk aktiviti pertandingan. (TKM) |
|
Bergambar dengan guru kesayangan kami. (TKM) |
|
Alahai comel gaya masing-masing. (TIPB) |
|
Boleh ke tak tu buka sticker? Hihihi (TIPB) |
|
Cantik hasil mewarnanya. (TIPB) |
|
Sambil menunggu makanan sampai ke meja kita bergambar la dahulu. (TNPB) |
|
Eh awak makan apa tu? macam sedap je. (TNPB) |
|
Waaa banyaknya coklat. (TNPB) |
|
Warna cantik-cantik. (TM) |
|
Waahh cantiknya hasil kolaj yang sudah siap. (TM) |
|
Pertandingan makan kuih raya. (TIMB) |
|
Sumbangan makanan dari ibu bapa. (TIMB) |
|
Banyaknya duit raya saya. (TIMB) |
|
Pemberian goodies untuk kawan-kawan kelas. (TIMB) |
Meriahkan Majlis Jamuan Raya dan Sambutan Hari Guru di MyBISTARI. Terima kasih sekali lagi untuk ibu bapa yang sudi berkongsi rezeki dengan kami dan anak-anak di sini.
Di sini juga saya ingin kongsikan video sepanjang majlis berlangsung.
Baiklah sampai di sini sahaja coretan blog pada kali ini.
Apalagi...Jom follow, like, comment and share.😊
Sekian, Terima Kasih.🌹
~Cikgu Azreen~
0 comments:
Post a Comment