Tuesday, August 27, 2024

APA ITU KELAS BISTARI?

 Bismillahirrahmanirrahim

Apa itu kelas Bistari?

Kelas Bistari adalah salah satu keistimewaan yang ada di MyBistari Group.  Kelas Bistari diwujudkan untuk menggarap potensi yang ada pada anak-anak dan merangsang anak-anak supaya lebih kreatif serta berketerampilan. Selain itu, kelas bistari juga merupakan persediaan maksimum untuk anak-anak memasuki darjah 1. Silibus yang digunakan mengikut tahap kebolehan anak-anak.

Justeru, kami di MyBistari Group telah mengadakan program penerangan kelas bistari khas untuk ibu ayah yang anak-anaknya terpilih untuk memasuki ke kelas bistari pada semester kedua nanti. Program ini diadakan adalah untuk memberi taklimat dan penerangan tentang keistimewaan kelas bistari berbanding kelas normal. Jadi dengan info-info yang diterangkan di dalam program ini dapat membuka mata ibu ayah untuk anak sertai kelas bistari. Bukan sekadar hanya mendengar persepsi dari orang luar tentang kelas bistari ini.

Alhamdulillah program ini telah dijalankan dengan jayanya pada 24hb Ogos 2024, Sabtu untuk slot yang pertama. InshaAllah slot yang kedua akan dijalankan pada 8hb September 2024, Ahad. Jadi bagi ibu ayah yang masih belum mendaftar, bolehlah mendaftar dengan kadar segera agar info yang diterima tentang kelas bistari lebih jelas dan terperinci lagi.

Program ini bukan sekadar sesi penerangan kelas bistari sahaja, malah ibu ayah juga diajarkan kaedah dan teknik pengajaran sempoa. Ilmu yang diberikan ini sangat mahal dan berharga yang susah untuk diperolehi pada zaman sekarang ini. 

Semoga perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan oleh ibu ayah demi masa depan anak-anak kita.

Jom kita saksikan koleksi gambar dan video sepanjang program ini dijalankan.

Pengesahan nama di kaunter pendaftaran.


Fokus ibu ayah mendengar perkongsian ilmu dari Cikgu Tamizi.

Antara buku keluaran MyBistari untuk kelas 6 Bistari.

Rehat dijamu dengan nasi lemak dan kuih-muih.

Pameran buku hasil kerja murid bistari.

Cikgu Zainun tidak lepaskan peluang untuk beramah mesra bersama ibu-ibu yang hadir.

Kaum bapa pun tidak lepaskan peluang untuk bertanya lebih lanjut tentang kelas bistari.

Dah bersedia ke semua nak belajar sempoa.

Pening ke tu belajar sempoa. Hihihi

Fokus!

Jika tak faham jangan malu-malu bertanya.

Semangat Cikgu Tamizi mengajar sempoa.

Bapa-bapa juga tidak kurang hebatnya.

Satu-satunya pasangan ibu ayah yang hadir.

Jangan malu bertanya ya bapa-bapa jika tak faham.

Berlumba siapkan latihan.

Fokus siapkan latihan yang diberikan.

Penutup soal jawab bersama Cikgu Zainun.

Beramah mesra sebelum pulang.

Barisan guru yang bertugas.



Baiklah sampai di sini sahaja coretan blog saya pada kali ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada ibu ayah yang sudi hadir ke program-program yang kami anjurkan. Semoga segala ilmu dan perkongsian ini dapat digunakan semaksimum mungkin untuk diaplikasikan kepada anak-anak hebat ibu ayah.

Sekian, terima kasih.🌹

~Cikgu Azreen~

0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon