Friday, August 2, 2024

PERTANDINGAN UJI MINDA, BERCERITA & LEGO 2024

 Bismillahirrahmanirahim

Taklimat guru awal pagi.

Program kedua MyBistari Group selepas program Simulasi Haji Cilik pada tahun ini iaitu Pertandingan Uji Minda, Bercerita dan Lego. Program ini telah dilaksanakan pada 27hb Julai 2024, Sabtu di Atrium Pusat Bandar Pasir Gudnag. Seramai 141 orang murid yang mengambil bahagian di dalam program pada kali ini. Seramai 48 orang murid 6 tahun yang menyertai pertandingan uji minda, 50 orang murid 5 tahun yang menyertai pertandingan rekacipta lego, 8 orang murid pertandingan bercerita yang terdiri daripada 7 orang murid 5 tahun dan seorang dari murid 6 tahun dan seramai 35 orang murid membuat persembahan selingan program.

Kebiasaannya program ini kami laksanakan pada semester kedua, disebabkan jadual yang terlalu padat kami terpaksa mempercepatkan program ini pada semester 1. Alhamdulillah, walaupun sesi persekolahan anak-anak baru sahaja memasuki 4 bulan, anak-anak hebat kami tetap berikan yang terbaik untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan. Begitu juga dengan bercerita anak-anak tetap memberikan yang terbaik.

Program ini juga adalah salah satu usaha kami untuk menonjolkan bakat anak-anak disamping meningkatkan tahap keyakinan dan keberaniaan anak-anak berada di atas pentas.

Kami pihak pengurusan dan para guru telah melakukan segala persiapan untuk program ini dijalankan dengan lancar. Raptai penuh juga telah diadakan sehari sebelum program. Siapa sangka sewaktu program banyak masalah teknikal yang timbul, terutamanya sewaktu pertandingan bercerita peserta kedua, mikrofon tidak berfungsi. Pihak kami mohon maaf ya sekiranya ada ibu ayah yang kurang berpuas hati disebabkan masalah ini. Namun, kami juga telah menyelesaikan masalah ini dengan memberi peluang kepada peserta kedua untuk mengulanginya semula.

Adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah, apa yang kami mahukan sifat berani mencuba anak-anak di atas pentas dan berhadapan dengan orang ramai, bukan mudah ya untuk hilangkan darah gemuruh tu, inikan pula kanak-kanak, kita yang dewasa pun ada juga gementarnya bila berdiri di atas pentas. Hihihi memang wajarlah ada anak-anak yang menangis, yang betul-betul tekun dengar soalan guru dan ada juga yang terlupa skrip bercerita.

Begitulah ragam anak-anak sepanjang program ini dijalankan. Semoga pertandingan ini dapat memberikan pengalaman kepada semua anak-anak yang menyertainya.

Tak lupa juga kepada anak-anak yang membuat persembahan, hanya beberapa minggu sahaja masa yang mereka ada untuk membuat latihan, namun anak-anak tetap membuat persembahan terbaik terutama persembahan pembukaan majlis, mesti ibu ayah tersentuh dengan persembahan nasyid Bebas Palestin dari anak-anak Tadika Hebat Ilmu. Saya yang merakam pun bergenang air mata dengan persembahan mereka. Walau di mana kita berada jangan lupakan saudara-saudara kita di Palestin yang sedang berjuang untuk mendapatkan balik tanah air mereka dan bebas dari kezaliman yang dilakukan oleh pihak Zionis. Semoga Allah melindungi dan menghentikan peperangan yang berlaku di sana. Amiinnn YRA

Terima kasih ibu ayah, yang sudi hadir untuk memberi sokongan kepada anak-anak hebat kami pada hari raptai dan hari sebenar pertandingan.

Jom kita lihat gambar dan video yang terakam untuk dijadikan memori anak-anak suatu hari nanti.

Orang kuat program unit peralatan.

Hilangkan debaran sebelum membaca soalan.

Segak bergaya dengan pakaian bertemakan Palestin untuk persembahan.

Tersenyum anak-anak awal pagi.


Muka tersenyum tapi hati mesti berdebarkan. Hihihi

Unit audio yang berusaha melakukan yang terbaik.

Unit hadiah bersedia.

Seawal pagi ibubapa sudah mula membanjiri atrium.

Peserta lego juga sudah bersedia.

Persiapan sebelum pertandingan bermula.

Gandingan pengara majlis yang mantap.

Ucapan perasmian dari founder MyBistari Group, Pn. Zainun Binti Mat Lazim.

Persembahan menyentuh hati dari anak-anak TH Ilmu.

Kategori Bahasa Melayu dan Sains.

Kategori Matematik

Kategori Jawi dan Pendidikan Islam.


.

Kategori English.

Kecil-kecil cili padi, berani adik Iris Sofia wakil dari TH Intelek berdiri atas pentas.

Peserta kedua bercerita adik Nur Ariana Sofea wakil dari TH Genius.

Satu-satunya wakil peserta lelaki adik Maalik Fayyadh dari TH Cemerlang.

Bersahaja adik Mikayla Hana wakil dari TH Pintar dengan tajuknya Batu Belah Batu Bertangkup.

Eh pandang mana tu adik Auni Cassandra pengadil kat depan ni.

Cuba teka adik Daneen Darilynn wakil dari TH Jaya nak bercerita apa hari ni?


Adik Hana Sumayyah wakil dari TH Inovasi dengan ceritanya Nabi Nuh Di Dalam Perut Ikan Nun.

Peserta terakhir satu-satunya wakil murid 6 tahun dari cawangan TH Ilmu
adik Ulya Najla.

Peserta uji minda yang terpilih ke peringkat separuh akhir saringan 1.

Peserta uji minda saringan 2 peringkat separuh akhir.

Tahniah anak-anak hebat yang berjaya ke peringkat akhir. Fighting!

Pn Zainun juga tidak lepaskan peluang untuk membaca soalan peringkat akhir.

Persembahan Selayang Pandang dari anak-anak TH Bijaksana.

Semangat Pn. Suhaila memberi taklimat kepada anak-anak yang sertai pertandingan rekacipta lego.

Fokus masing-masing membina rekaan lego.

Lego perlu dihabiskan semuanya.

Wah dah nampak bentuk.

Kreatif rekacipta adik ini.

Hasilnya. Peninglah pengadil nak pilih pemenang.

3 rekaan terbaik pemilihan pengadil.

Hadiah menanti para pemenangnya.

Murid persembahan pun tidak pulang dengan tangan kosong.

Pemenang keseluruhan Pertandingan Uji Minda:-
Johan: Adik Nurul Aira Binti Mohamad Kamal (TH Ilmu)
Naib Johan: Adik Usayd Bin Mohd Farid (TH Inovasi)
Ketiga: Adik Ardani Waiz bin Allias Nur (TH Cemerlang)

Pemenang Pertandingan Bercerita:-
Johan: Adik Nur Ariana Sofea binti Mohd Fariz (TH Genius)
Naib Johan: Ulya Najla binti Hasan (TH Ilmu)
Ketiga: Maalik Fayyadh bin Mohammad Faizwan (TH Cemerlang)


Pemenang Pertandingan Rekacipta Lego:-
Johan: Adik Muhammad Luth Kamil bin Muhammad Farouk Azly (TH Bijaksana)
Naib Johan: Qaireen Nur Mikayla binti Mohammad Shafie (TH Bijaksana)
Ketiga: Wan Abdurrahman bin wan Azlan (TH Cemerlang)

Terima kasih ibu-ibu yang sudi memberi komitmen untuk penjurian pada program kali ini.

Alhamdulillah, we did it!!



Apalagi..Jom follow, like, comment and share!! untuk koleksi gambar yang lebih banyak boleh layari facebook kami.

Baiklah sampai di sini sahaja coretan sepanjang program ini dijalankan. Semoga program ini menjadi batu loncatan untuk anak-anak lebih terkedepan lagi dimasa akan datang.

Sekian, terima kasih. 🌹

~Cikgu Azreen~

0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon