Bismillahirrahmanirrahim
|
Jom teroka tempat baru untuk lawatan. |
Tiga tahun berturut-turut kami telah mengadakan lawatan ke Fanpekka dan Taman Rekreasi Adda Height, berbeza untuk tahun ini kami memberi suasana baru untuk anak-anak terokai. Lawatan pada tahun ini kami telah membawa seramai 166 orang murid K1 ke Laman Tasik Pandan dan Kidz Republic Komtar JBCC.
Alhamdulillah, lawatan ini berjalan lancar dan anak-anak sangat teruja dan seronok melakukan aktiviti bersama guru dan kawan-kawannya.
Seawal pagi anak-anak telah berkumpul di tadika untuk menaiki bas ke lokasi lawatan pada tahun ini.
Lokasi pertama anak-anak dibawa ke Laman Tasik Pandan untuk aktiviti riadah dan bersarapan. Anak-anak telah dijamu dengan nasi minyak. Nampak berat, tapi ini adalah untuk memberikan energi kepada anak-anak bila bereksplorasi di Kidz Republic nanti. Selepas makan, guru pengiring telah membawa anak-anak bersiar-siar di sekitar tasik dan bergambar.
Tepat jam 9.30 pagi anak-anak telah bergerak ke Kidz Republic Komtar JBCC. Macam biasalah, bila lawatan pada waktu bekerja dan tempat lawatan pula terarah ke kawasan bandar kesesakan lalu lintas tidak dapat dipisahkan. Agak lewat sedikit anak-anak tiba ke Komtar JBCC.
Tempat baru, suasana pun baru. Kawasan Kidz Republic ini agak luas berbanding Fanpekka, anak-anak sangat teruja untuk bereksplorasi. Pada awalnya, kami telah membahagikan anak-anak mengikut kumpulan untuk beraktiviti, tetapi apabila anak-anak sudah masuk ke dalam hilang dah kumpulannya sebab terlalu teruja dengan pelbagai permainan yang ada. Cikgu pula ke hulu ke hilir mencari anak-anak yang hilang. Hihihi
Anak-anak sangat manfaatkan masa yang diberikan selama 3 jam. Selain dari bermain taman permainan, anak-anak juga diberikan aktiviti mewarna dinasor. Bukan setakat mewarna sahaja, tetapi anak juga boleh melihat hasilnya di screen besar yang disediakan. Teruja anak-anak melihat dinasor yang diwarnakan bergerak di screen besar itu.
Pelbagai keletah dan gelagat anak-anak sepanjang berada di Kidz Republic, ada yang menangis tak nak pulang ke rumah sebab terlalu seronok bermain. Terpaksalah cikgu memujuknya.Hihihi
Keterujaan anak-anak dibawa sampai ke rumah.Terpaksalah ibu ayah sambung kerenah anak-anak pula ya.
|
Kasut simpan dalam beg sebelum masuk. (TH Inovasi) |
|
Cikgu-cikgu juga diberikan taklimat tentang keselamatan di dalam Kidz Republic. |
|
Sebelum bermain kita bergambar dahulu. (TH Genius) |
|
Hati-hati main tu. (TH Genius) |
|
Tempat gemeran anak-anak untuk bermain. |
|
Ready nak main gelongsor. |
|
Eh kenapa buka stoking tu? |
|
Hati-hati memanjat tu jatuh nanti. |
|
Cikgu-cikgu TH Jaya yang sabar melayan anak-anak. |
|
View dari atas, sibuk anak-anak menyusun lego dan puzzle. |
|
Sabar ya jangan tolak tarik kawan tu. |
|
Warna cantik-cantik. |
|
wah, ada game la kat sini. |
|
Mini playground pun ada di sini. |
|
Besarnya buku ni. |
|
Masa untuk makan. |
|
Makan kenyang-kenyang, nanti boleh sambung bermain lagi. |
|
Jom sambung bermain. |
|
Giliran anak-anak TH Minda & TH Kreatif pula menjamu selera. |
|
Bergambar kenangan sebelum pulang. |
|
Tadika Hebat Jaya |
|
Tadika Hebat Intelek |
|
Tadika Hebat Bijaksana |
|
Tadika Hebat Cemerlang |
|
Tadika Hebat Genius, Tadika Hebat Minda & Tadika Hebat Kreatif
|
|
Tadika Hebat Pintar |
|
Tadika Hebat Inovasi |
|
Tadika Hebat Ilmu |
Begitulah ragam anak-anak sepanjang lawatan. Semoga anak-anak dapat jadikan satu pengalaman yang berharga untuk dikenang suatu hari nanti.
Sekian, terima kasih.🌹
~Cikgu Azreen~
0 comments:
Post a Comment